Posts

Showing posts from November, 2011

APAKAH UMNO DAN PAS HARUS BERSATU?

APAKAH UMNO DAN PAS PERLU BERSATU? (Bah.I)

UCAPAN KHAS KEPADA TV ALHIJRAH

UCAPAN TAHNIAH DAN ULANG TAHUN KHUSUS KEPADA SALURAN 114 TV ALHIJRAH YANG MENYAMBUT ULANG TAHUN PERTAMA PENUBUHANNYA PADA HARI INI, 1 MUHARRAM 1433.

KEHADIRAN TV INI AMAT DIRASAI OLEH MASYARAKAT DI NEGARA KITA, YANG SAYA PERCAYA BUKAN HANYA DI KALANGAN PENONTON ISLAM, MALAH DI KALANGAN PARA PENONTON BUKAN ISLAM JUGA YANG TURUT MERASAKAN KESAN DARI PROGRAM SALURAN TV INI YANG MENGGABUNGKAN SEGALA NILAI BAIK MASYARAKAT ISLAM, DAN BUKAN ISLAM, DI NEGARA KITA DAN NEGARA LAIN.

SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH TV ALHIJRAH, SAYA SECARA KHUSUS DENGAN SEGALA RASA IKHLAS DAN BANGGA INGIN MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH YANG SETINGGI-TINGGINYA KEPADA PENERAJU DAN KELUARGA TV INI DIATAS SEGALA USAHA MEREKA YANG DINAMIK UNTUK MENJDIKAN TV INI SEBAGAI SATU ALAT YANG BERKESAN UNTUK MEMBERIKAN PENGETAHUAN, PENDIDIKAN DAN MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA DALAM MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP YANG MENYELURUH DAN BERSEPADU BAGI SEMUA MANUSIA SEJAGAT.

SEMOGA SEGALA DORONGAN DAN GALA…

TAHNIAH TOKOH MAAL HIJRAH 1433

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam di mana saja mereka berada,

Di negara kita perayaan menyambut tahun baru Hijrah merupakan satu acara tahunan yang disambut dengan besar-besaran, melibatkan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan semua Raja di Negeri-Negeri, Perdana Menteri, Timbalannya dan ketua-ketua kerajaan di peringkat naasional serta negeri, yang jelas sekali menunjukkan komitment Malaysia dalam merayakan perayaan yang bersejarah itu.

Yang tinggal dan mungkin belum sepenuhnya dihayati oleh umat Islam keseluruhannya, sama ada di negara kita atau negara-negara Islam lainnya, ialah segala slogan, seruan,pengucapan dan harapan tinggi yang sering diluahkan di dalam majlis-majlis perayaan ini saban tahun sejak puluhan tahun yang lalu, yang nampaknya segala seruan perpaduan, kesefahaman, persefahaman di antara umat Islam, yang dilagu dan dinyanyi-nanyikan, dipidatokan, di ulang-ulang dalam segala ucapan, perbincangan. termasuk ucapan Menteri, SPB Yang Di Pertuan …

ADAT PERMAINAN.......!

ADAT PERMAINAN ADA KALAH ADA MENANG. YANG MENANG TIDAK SELALUNYA MENANG, DAN YANG KALAH TIDAK SEMESTINYA SERING KALAH. YANG PENTINGNYA KEDUA-DUA BELAH PIHAK HARUSLAH MENERIMA KEMENANGAN ATAU KEKALAHAN DENGAN RELA HATI.

DEMIKIANLAH YANG BERLAKU DI JAKARTA, MALAYSIA MEMENANGI EMAS BOLA SEPAK SEA GAMES, DAN INDONESIA SEHARUSNYA MENERIMA KEKALAHAN ITU, JANGAN PULA MASIH MERASA BAHAWA MEREKA SEHARUSNYA MENANG, DAN SEHARUSNYA MEMPERSENDA2KAN KEMENANGAN MALAYSIA.

APA LAGI YANG DIKEHENDAKI OLEH INDONESIA, MEREKA MENGUNGGULI PINGAT TERBANYAK DALAM SUKAN INI, EMAS 170 BUTIR, MALAYSIA HANYA 59 EMAS, JAUH LEBEH TINGGI DARI NEGARA2 LAIN, MALAH JAUH KE ATAS DARI MALAYSIA, JADI KENAPAKAH MEREKA SEHARUSNYA MENGHINA MALAYSIA, MENGHINA LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA, MENGANCAM KESELAMATAN PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA?

TIDAK ADA DALAM DUNIA INI PASUKAN BOLA SEPAK TETAMU TERPAKSA MASUK KE PADANG DENGAN MENGGUNAKAN KERETA PERISAI SEPERTI PASUKAN TENTERA YANG SEDANG MENGHARUNG PERKEMAHAN MUSUH, TETAPI PASUKAN MALAYSI…

TAK PERLU BERTOLAK ANSUR

Saya tahu para pemimpin politik di negara kita sekarang ini sedang mencari keuntungan politik bagi mendapatkan undi dalam pilihan raya ke-13 yang semakin hampir. Ahli politik komponan parti politik Kerajaan dan pembangkang akan berhati2 untuk menjaga hati pengundi, kerana pengundi sajalah yang akan menentukan kemenangan atau kegagalan mereka dalam pilihan raya yang akan datang ini.

Bagaimana pun saya tidak perlu masuk campur dalam tektik atau strategi masing2 dalam mengambil hati dan bertolak ansur dengan kepelbagaian kaum dan penganut agama di negara kita ini ketika ahli2 politik sedang mencari popularitinya untuk menang dalam pilihan raya yang akan datang.

Yang menjadi pokok perjuangan untuk membentuk generasi baru yang bertamadun, berpegang teguh kepada Perlembagaan negara, yang masih mahu mempertahankan kewibawaan negara dan bangsa Malaysia, dan yang masih mahu memelihara keharmonian kaum dan penganut agama di negara kita, maka hal inilah yang seharusnya menjadi pemikiran dalam meny…

DAKWAAN ISLAM TIDAK MENGUBAH SESUATU

Negara kita menghadapi masaalah jenayah dadah yang agak serius dari negara luar, iaitu dari rakyat luar yang kelihatannya terlalu amat ghairah menjadikan Malaysia sebagai pusat dan makmal mereka untuk memperoses berbagai jenis dadal, kemudiannya menjadikan Malaysia sebagai pengkalan untuk mengekspotkan dadah itu keluar negara atau mengedarnya di dalam negara ini sendiri.

Telah banyak kita membaca berita dan menonton TV yang memaparkan berita bahawa pengedar dan pengusaha dadah ini adalah terdiri dari rakyat negara luar yang beragama Islam. Malah terdapat rakyat dari negara luar yang mengisytiharkan kepada dunia sebagai sebuah negara republik Islam, tiba2 rakyatnya sendiri yang banyak terlibat dengan perbuatan yang terkutuk dan haram ini.

Baru semalam sahaja terdapat rakyat negara tersebut yang menjadi pengusaha untuk mendapatkan jutaan ringgit ini dengan hasil dadah yang diprosesnya di satu ceruk negara kita, sedangkan dia adalah seorang bekas pensyarah Universiti, dan sedang menyiapkan…

Bila Mufti Membuat Fatwa

Saya tidak menyebut siapakah mufti yang saya maksudkan, kerana hal itu mungkin tidak penting, malah yang pentingnya ialah tentang fatwanya yang memperssoalkan tentang ibadat haji yang dilakukan oleh PM kita, iaitu yang dikatakan sebagai haji ekspress yang menimbulkan persoalan sama ada haji itu sah atau tidak.

Jawapan kepada persoalan itu telah diberikan sendiri oleh Menteri di JPM, Dato' Seri Jamil Khair bahawa PM telah berwukuf di Arafah dan menunaikan keperluan haji yang tidak seharusnya dipertikaina tentang ibadat nya itu sama ada sah atau tidak.

Isunya di sini ialah tentang fatwa seorang mufti dalam masyarakat Malaysia yang terlalu banyak bilangan muftinya, sehingga dengan itu mungkin menyebabkan sesetengah umat Islam merasa keliru dan tertanya2 juga mengenai persoalan yang ditimbulkan oleh seorang yang berpengaruh dalam masyharakat Islam, iaitu seorang mufti, bukan seorang biasa di dalam masyarakat kita.

Dalam hal ini saya rasa mufti ialah seorang yang mempunyai otoriti yang t…

UMAT ISLAM SENDIRI HARUS BERHATI-HATI

Saya tidak mahu mempunyai pandangan serong kepada golongan bukan Islam ketika berlaku berbagai-bagai cabaran terhadap Islam dan umatnya, sama ada di dalam negara kita, atau di luar negara kita, iaitu di dalam dunia Islam, dan dunia bukan Islam yang terdapat umat Islam di sana.

Hal ini telah menjadi sikap dan pemikiran saya sejak lama, iaitu ketika saya mulai menerajui Institut Kefahaman Islam Malaysia ((1992) sehingga tamat tempoh khidemat saya di situ pada tahun 2002.

Tetapi segala kecaman terhadap Islam dan gambaran serta imej negatif yang dilabelkan kepada Islam dan umatnya, tidaklah semestinya merupakan kesalahan umat kita sendiri sahaja, malah ketika Islam digambarkan sebagai agama ekstremis dan radikal, dan ketika umat Islam dipandang dengan pandangan permusuhan malah dianggap sebagai pengganas, maka ketika itu sedikit sebanyak sememangnya terdapat sikap bermusuh dan stereotype dari pihak yang bermusuh dengan Islam, dan seterusnya menggambarkan Islam dan umatnya sebagai agama dan…

KESIMPULAN KENYATAAN MPAM

The Malaysian Insider semalam telah menyiarkan kenyataan Majlis Perunding Agama2 Malaysia: Budha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao tentang isu yang saya tuliskan semalam dalam ruangan ini, iaitu kenyataan Majlis tersebut mengenai perlaksanaan ibadat Korban dengan melakukan penyembelihan di beberapa tempat awam yang dianggapnya menyinggung sesitiviti kaum lain. Saya cuba simpulkan di bawah kefahaman saya tentang kenyataan Majlis itu, iaitu tentang isu sensiviti kaum yang ditimbulkannya :
Sensitiviti pertama ialah kerana lembu yang dianggap sebagai binatang suci oleh penganut agama Hindu tidak seharusnya disembelih dihadapan penganut Hindu.
Sensiviti kedua ialah acara penyembelihan dilakukan ditempat awam seperti di sekolah atau IPT dan sebagainya bukan hanya terbatas di masjid dan seumpamanya,
Sensiviti ketiga Majlis tersebut merasa kurang senang kerana upacara itu dijalankan di tempat awam, di hadapan pelajar dan orang awam pengikut berbagai agama.

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Majlis t…

PERLU PENJELASAN LANJUT MPAM (Majlis Perunding Agama2 Malaysia)

Majlis Perunding Agama2 Malaysia mengeluarkan kenyataan tentang ibadat korban yang membabitkan penyembelihan binatang korban di negara kita. Mengikut Majlis tersebut bahawa perbuatan menyembelih binatang korban di lakukan dalam kawasan yang kononnya amat sensitif kepada penganut agama lain.

Persoalan ini seingat saya tidak pernah dibangkitkan dalam negara kita sebelum ini, dan sekiranya ditimbulkan sekarang ini maka kita perlu mendapatkan penjelasan yang lebeh terpeinci dan jelas lagi apakah maksud mereka tentang hal ini, dan bagaimanakah tiba2 perkara ini menjadi sensitif pada hal sebelum ini tidak pernah terdengar komen atau pandangan demikian, sedangkan bilangan rakyat Malaysia samalah juga dari sudut komposisi kaumnya, keadaan kepadatan penduduknya di bandar dan di luar bandar, kepatuhan berbagai kaum tentang ajaran agamanya, malah dasar dan peruntukan dalam Perlembagaan tentang kedudukan agama Islam dan kebebasan agam2 lain dalam menjalankan acara agama masing2. semuanya tidak men…

BERHIKMAH DAN BERFIKIR KETIKA MENGIKUTI MEDIA

Rakyat kita terikut2 dengan trend dunia yang kini lebeh bersikap kasar dan liar dalam tindakan memperjuangkan sesuatu yang dikatakan sebagai hak individu dan kelompok masing2. Kita tidak sangat didedahkan tentang trend ini mengikut kajian dan penyelidikan ilmiah dengan segala data dan faktanya. Tetapi sepintas lalu ternyata bahawa perjuangan menegakkan kepentingan diri dan kelompok semakin menjadi2 mutakhir ini.

Memanglah secara umumnya trend mempertahankan hak dan kepentingan ini nampaknya berlaku dengan hebat di kalangan ahli politik yang mempertahankan, sekali gus menonjolkan perjuangan parti masing2, tetapi nampaknya media, termasuk media baru, nampaknya telah memainkan peranan yang amat penting dalam menonjolkan kes "perjuangan" kelompok2 tertentu dalam politik, sama ada politik pemerintah bagi kerajaan yang berkuasa, atau pihak pembangkang.


Medialah yang sebenarnya pada masa kini yang menjadi medium utama memindahkan segala konflik dalam politik kepada masyarakat semua …

MASIH NAK BELA SEKSUALITI MERDEKA?

Pihak polis telah mengambil tindakan mengharamkan seksualiti merdeka. Semua pengikut agama Islam menentang aktiviti ini tanpa mengira fahaman politik kepartian, kerana aktiviti ini jelas bertentangan dengan ajaran agama dan nilai2 murni serta budaya kita.

Namun dalam kesepakatan umat Islam ini, terbit pula suara2 sumbang dari para pejuang hak asasi manusia yang mengutuk pengharaman ini, dan menganggap bahawa tindakan polis itu adalah menandakan satu hari yang tragik kepada kebebasan manusia di negara kita.

Pembelaan ini memanglah telah dapat diduga dan ditelah, kerana para penganjurnya bukanlah terdiri dari NGO atau orang perseorangan yang kecil dan tidak berpengaruh. NGO dan orang inilah juga yang menganjurkan protes jalanan yang besar, dan disokong oleh banyak Ngo serta parti politik, termasuk parti Islam dan Melayu sendiri.

Bagaimana pun saya menganggap bahawa bantahan dan gerakan menentang aktiviti songsang dan keji ini telah mendapat kemenangan dengan campur tangan pengawal undang2 …

KAHWIN SEJENIS....

Saya pernah menulis tentang golongan yang tidak tabi'e iaitu yang bercadang hendak mengadakan upacara perkahwinan sama sejenis di negara kita sebelum Hari Raya yang lalu. Saya melihat bahawa bantahan telah dibuat juga oleh beberapa orang ketua gereja di negara kita terhadap amalan yang dianggap terkeluar dari norma2 agama kita.
Umat Islam sememangnya menentang perbuatan itu, dan menegaskan bahawa hal itu tidak seharusnya berlaku di negara kita, di hadapan anak2 kita yang tidak biasa menyaksikan hal itu, walau pun mereka mungkin pernah terdedah kepada cerita2 begini.
Dalam beberapa hari ini malangnya masyarakat kita sekali lagi dikejutkan dengan situasi dan kelakuan yang hampir sama iaitu penganjuran pesta seksualiti merdeka yang juga menuju kepada gejala luar tabi'e ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Kita dikejutkan dengan hal ini kerana dalam kebangkitan manusia yang sedang menyedari akan pentingnya nilai2 moral dan budaya manusia yang kelihatannya telah amat terlan…