Posts

Showing posts from July, 2014

3 SYAWAL 1435 - HARI RAYA KETIGA

MAKNA UJIAN


Pesawat MAS KLIA - KB yang gagal mendarat di KB jam 3. 30 ptg Raya Kedua semalam setelah membuat dua kali percubaan, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke KLIA.

Di KLIA semua penumpang diminta turun dan berada dalam balai ketibaan sementara menunggu pengumuman seterusnya. Akhirnya diumumkan bahawa pesawat akan kembali ke KB.
Pulang ke KB dengan pesawat yang sama dan anak kapal yang sama, kecuali Keptain, berlepas semula ke KB dari KLIA pada jam 7.30 malam. Keptain baru menggantikan Keptain yang terdahulu ialah kerana Keptain pertama telah pun cukup tempoh tugasnya.

Ujian yang dihadapi ketika mengalami kegagalan mendarat tadi menjadikan penumpang rata-ratanya, saya rasa, agak gelabah dan resah. Hal ini dapat dilihat kepada sikap penumpang yang kelihatan agak gementar, mulut terkumat kamit membaca apa-apa saja yang teringat, dan susana sepi yang biasanya tidak begitu, malahan ketika akan mendarat inilah biasanya orang menjadi teruja dan mulai berbual dengan suara yang kuat…

HARI ISTIMEWA RAYA - KLIA - KB ....BALIK LAGI

LAGI CERITA RAYA KE DUA
Kini balik KLIA lagi sekali. Tadi jam 2 telah menuju Gate 7 dan berlepas ke Kota Bharu jam 2.30. Kini jam 5.30 balik KLIA pula, kerana sesampainya pesawat ke Kota Bharu, cuaca buruk melanda lapangan terbang Kota Bharu, percubaan mendarat dua kali tidak berjaya, angin kencang dan hujan lebat, akhirnya Kaptain membuat keputusan untuk terus patah balik ke KLIA.
Kini pesawat yang sama akan balik lagi ke Kota Bharu jam 7.30 malam ni. 
Kerja Allah akan terjadi seperti yang ditakdirkan, tidak ada satu kuasa lain yang dapat mengubahnya. Saya dan isteri merancang akan singgah di rumah kawan di KB sebelum meneruskan perjalanan ke Pasir Mas. Tetapi nampaknya tidak berlaku seperti yang dirancangkan.
Hal ini mengingatkan saya bahawa apa-apa yang berlaku kepada MH akhir-akhir ini adalah di luar kemampuan manusia untuk menentukannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, beriman kepada perkara yang ghaib, qada' dan qadar, akan menerimanya dengan penuh keinsafa…

2 SYAWAL 1435 HARI RAYA KEDUA

POLITIK DAN KEPENTINGAN AGAMA BANGSA..

Hari ini bila berbincang tentang cadangan pertukaran MB Selangor, terlalu banyak polimik yang terjadi. Yang paling menarik mungkin tentang perpecahan yang akan berlaku di dalam PR, yang dikatakan bahawa PAS akan menarik diri dari PR.
Sebagai bukan orang politik yang aktif dalam mana-mana parti politik di negara kita, saya rasa alasan terakhir ini merupakan satu percubaan bagi menarik perhatian orang ramai tentang isu kepartian dan perebutan kuasa, terutamanya dalam PRU yang akan datang, yang merupakan agenda "jalan ke Putrajaya"
Sememangnya hal ini penting bagi orang-orang yang menerajui parti politik, kerana apa-apa sahaja agenda parti, matlamatnya ialah untuk merebut kuasa pemerintahan.
Namun bagi majoriti bangsa dan rakyat keseluruhannya, saya rasa dalam situasi sekarang, ketika semua dunia sedang berkonflik, berkerisis, polarisasi kaum, agama, dan budaya serta lain-lain lagi menjadi seperti duri dalam daging, yang hanya menunggu masa un…

1 SYAWAL 1435 SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT BERPISAH RAMADAN 1435
Tiba pagi Isnin 28 Julai 2014 menjelmalah fajar Raya setelah sebulan berpuasa. Sekali lagi Ramadan beredar meninggalkan kita, dan sekali lagi Syawal menjelma membawa kita ke hari perayaan.
Puasa meninggalkan kenangan dan pengajaran, yang mungkin dalam jangka masa yang pendek pemergiaannya, kita masih dapat merasakan kesannya. 
Kita boleh menyambung sarapan yang telah ditinggalkan sebulan yang lalu seandainya Ramadan tidak di ikuti dengan 6 hari Syawal. Rutin pekerjaan mulai disambung semula selepas hari perayaan menyambut ketibaan Syawal, iaitu mulailah para pekerja memasuki pejabat dan memulakan rutin kerja dan makan minumnya seperti sebelum Ramadan dulu.

Namun begitu, Raya pada tahun ini jatuh pada hari Isnin yang memberikan peluang untuk kita mengambil cuti yang panjang hingga ke akhir minggu.
Bulan Ramadan dihormati dan dihidupkan dengan cara yang sewajarnya di negara kita. Banyak amal ibadat yang dilakukan, tazkirah dan kulliah agama dan kerohanian dianj…

PUASA HARI KE DUA PULUH SEMBILAN 1435

SELAMAT BERPISAH RAMADAN 1435


Pada lazimnya, hari ini, Ahad 27 Julai 2014, merupakan hari terakhir Ramadan 1435. Kita akan berpisah dengan Ramadan ini menjelang berbuka puasa ketika mata hari terbenam pada hari ini, dan esoknya akan menjelangnya hari baru, 1 Syawal 1435, Hari Raya Aidilfitri.
Selamat Hari Raya kaum muslimin muslimat sekelian, minal 'aaidin al faezin al maqbulin, semoga kita semua termasuk ke dalam golongan hamba Allah yang kembali bersih, kembali kepada fitrah, yang berjaya dan diterima amalannya oleh Allah SWT.
Hari berlalu silih berganti. Sudah kesekian kali kita mengucapkan selamat berpisah kepada Ramadan yang berkat, puluhan tahun bagi orang yang telah lama hidup, belasan atau beberapa tahun, malah beberapa  bulan bagi yang baru menjelma ke dunia ini.
Kita di negara ini berpuasa dalam negara sendiri, berbuka di rumah sendiri atau di luar, bersama sanak saudara dan keluarga atau handai taulan, ketika terdapat juga saudara kita seagama yang berpuasa dan berbuka keti…

PUASA HARI KE DUA PULUH LAPAN 1435

PERPADUAN UMAT ISLAM...
Umat Islam diperintahkan oleh Allah SWT supaya hidup dalam jemaah, iaitu dalam perpaduan dan kesatuan. Perpaduan ini hendaklah ada dalam masa aman dan dalam masa perang. Atas dasar inilah Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berjemaah, dan semangat jemaah inilah yang di hayati di dalam sembahyang berjemaah, berkumpul di tanah suci Makkah ketika menunaikan haji, dan seterusnya dalam ibadat zakat serta sadaqah jariah, maka amalan ini juga sebenarnya menggalakkan umat Islam supaya bantu membantu, tolong menolong.
Puasa sendiri mengandungi semangat perpaduan dan kesatuan yang amat kuat sekali, kerana berkumpul dan berjemaah di dalam bulan puasa sering di rialisasikan, dalam sembahyang terawih, berbuka dan bersahur, berderma dan bersadaqah jariah, malah pada akhir Ramadhan diwajibkan zakat fitrah untuk membantu fakir miskin.
Dalam surah Ali Imran ayat 103, satu firman Allah yang amat masyhur menyebut "Brepegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (agama Allah)…

PUASA HARI KE DUA PULUH TUJUH 1435

HAMAS DAN FATAH........ Selama ini Palestin berada di bawah satu pemerintahan pihak berkuasanya, iaitu Gazzah dan Tebing Barat. Sebelum Pilihan Raya yang lepas, kedua-dua kawasan tersebut dikuasai oleh Fatah.  Tetapi di dalam Pilihan Raya yang lepas, Fatah berkuasa di Tebing Barat dan Hamas berkuasa di Gazzah. Pada mulanya, oleh kerana terdapat sedikit perbezaan ideologi politik dan pendekatan strategi agenda perjuangan masing-masing, maka Hamas dan Fatah telah terjebak dalam satu kerisis perjuangan dan kefahaman politik masing-masing sehingga berlaku konfrontasi, melibatkan konflik yang membawa kepada kekerasan dan mencetuskan konflik bersenjata juga. Masing-masing saling tangkap menangkap, membawa kepada memenjarakan pihak "lawan" dan berbagai-bagai insiden lain yang menunjukkan perbezaan diantara keduanya seperti dua pihak yang bertentangan dan bermusuh. Pihak Raja Saudi, Malik Abdullah, pernah memanggil persidangan damai di antara dua kumpulan ini, bertempat di istana bagind…

PUASA HARI KEDUA PULUH ENAM 1435

DAPATKAH UMAT ISLAM BERPUASA .....?
Mengikuti berita dalam media cetak dan letronik, ternyata bahawa umat Islam di negara Arab dan negara Afrika Utara tidak dapat berpuasa dengan sempurna. Kekacauan dan keganasan semakin menjadi-jadi di daerah itu. 
Namun peristiwa perang yang berlaku di Gazzah mengatasi segala peristiwa berdarah lain, dan menjadikan penderitaan umat Islam semakin meningkat dan merbahaya di daerah itu. Sebuah negara yang mempunyai senjata berat dan canggih, menyerang sebuah daerah yang lemah, tidak punya senjata, dan memusnahkan segala-galanya milik umat Palestin, termasuk membunuh orang awam, kanak-kanak yang tidak berdosa.
Amat menyedihkan banyak masjid yang dibom dan dimusnahkan, tanpa lagi menghormati tamadun dan harga diri manusia, malah mencabar undang-undang antarabangsa, merendahkan umat Islam, dan mencabar agama Islam sendiri...

Inilah pesanan yang disampaikan oleh Al-Quran bahawa "Yahudi dan Nasrani tidak akan rela sama sekali terhadap kamu (Muhammad) sehin…

PUASA HARI KE DUA PULUH LIMA 1435

KAWALAN DIRI
Menyebut tentang ajaran puasa supaya seseorang itu mengawal dirinya, saya amat yakin bahawa kita perlu mengawal diri dalam semua perkara, temasuk satu perkara yang sering terjadi di dalam musim perayaan ini, iaitu kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya, termasuk kemalangan maut, sering terjadi di dalam musim perayaan ini adalah disebabkan oleh banyak perkara dari segi kesesakan lalu lintas, kenderaan yang tidak diselenggarakan dengan baik, keadaan jalan, kesalahan pemandu lain, dan berbagai-bagai faktor fizikal dan mekanikal yang mungkin tidak kena mengena  dengan faktor kemanusiaan pemandu.

Namun begitu, mengikut perangkaan yang sering dikeluarkan oleh pihak berwajib, ternyata bahawa banyak kemalangan yang berlaku adalah akibat dari faktor kemanusiaan.

Maka dari sudut faktor kemanusiaan inilah pemandu kenderaan seharusnya dapat mengawal dirinya ketika memandu dalam sebarang keadaan supaya pemandu ini tidak melakukan kesilapan yang mengakibatkan kemalangan.

Saya amat ber…

PUASA HARI KE DUA PULUH EMPAT 1435

RAMADAN : SELF CONTROL, PATIENCE AND GOOD BEHAVIOUR


Ramadan telah tiba ke saat-saat pengakhirannya. Tidak mengapa sekiranya setiap tahun kita mengulangi tentang kelebihan dan pengajaran yang dapat diambil daripada ibadat puasa sebulan itu, kerana kaedah mengulang-ulang adalah merupakan kaedah Al-Qurna, iaitu banyak menyebut tentang sesuatu peristiwa, pengajaran, kisah para Nabi dan Rasul dan lain-lain mesejnya di sana sini dari awal halaman Al-Quran hingga akhirnya, agar dengan kaedah itu maka Al-Quran akan dapat menjadi kitab suci kalimah Allah secara yang lebih efektif.
Demikian juga dengan ibadat puasa pada tahun-tahun yang lalu, dan tahun ini, juga pada tahun-tahun yang mendatang, kita sering mengulang-ulang menjelaskan tentang pengajaran puasa, dengan harapan bahawa Ramadan akan dapat dilihat dan dihayati sebagai bulan untuk mengawal diri, sabar dan orang yang berpuasa akan keluar dari Ramadan dengan perilaku yang baik.
Dalam berpuasa kita meletakkan peraturan dan disiplin yang tert…

PUASA HARI KE DUA PULUH TIGA 1435

WAJIB MENENTANG ISRAEL


Kini kita sedang menyksikan satu kezaliman yang dilakukan oleh sebuah negara yang diperintah oleh golongan zionis, iaitu negara Israel, yang menyerang, membunuh dan memusnahkan harta benda orang Palestin di Gazzah.
Mereka melanggar negara orang, membunuh mangsa mereka di dalam rumah tanga orang itu, memusnahkan rumah kediaman, gedung perniagaan dan bangunan lain di negara Palestin.
Ribuan yang cedera dan ratusan yang lain terbunuh, termasuk kanak-kanak. Pemandangan yang ditunjukkan di dalam kaca TV amat menyedihkan, menyayat hati dan perasaan, malah menumpahkan air mata kita yang melihatnya.
Undang-undang dunia yang telah digubal kalau tak salah saya sememangnya membenarkan negara israel, sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, melengkapkan diri mereka dengan senjata berat. Namun undang-undang itu juga, kalau betul mengikut maklumat saya, tidak membenarkan Palestin menggunakan senjata berat, kerana Palestin bukanlah sebuah negara yang diiktiraf, tidak diberikan…

PUASA HARI KE DUA PULUH DUA 1435

SERANGAN KE ATAS GAZZAH DAN MALAYSIA


Serangan ke atas Gazzah dan Malaysia pada saat ini, menjadi berita dunia yang amat panas di perkatakan, terutamanya oleh media antarabangsa. Serangan ke atas Gazzah, tanah kepunyaan penduduk Palestin, berbeza dari seranga ke atas Malaysia.
Israel memulakan serangan ke atas Gazzah, dan selama ini pun, telah kelihatan tanda-tandanya bahawa negeri Palestin ini akan di serang. Oleh itu Israel mencari justifikasinya, lalu mereka terus memulakan serangan secara besar-besaran ke atas wilayah ini, di mulai dengan serangan udara, kemudian diikuti dengan serangan darat, membunuh ratusan mangsa yang terdiri dari orang awam, kanak-kanak dan wanita serta warga emas.
Serangan ke atas Malaysia ialah dalam bentuk bedilan peluru berpandu yang ditujukan ke udara Ukraine ketika pesawat Malaysia terbang di ruang udara negara tersebut, membunuh semua penumpang dan anak kapal MH 17 itu.
Mangsa serangan kejam di wilayah Gazzah, terpaksa dihadapi oleh orang awam dan pihak ber…

PUASA HARI KE DUA PULUH SATU 1435

BUKA PUASA DI IPB Kg Pandan KL dan IDIP Pengkalan Chepa KOTA BARU..Berbuka  di luar lebih baik dari segi interaksi sosial dan ruh kebajikan serta semangat persaudaraan Islam. 
Pada hari ke-21 puasa, 19 Julai 2014, saya bertolak ke Kota Bharu, Kelantan, untuk berbuka di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), atas sifat saya sebagi Pengerusi Institut tersebut.
Sehari sebelum itu, atas nama Pengerusi juga, saya berbuka puasa bersama kakitangan Akademik dan Pentadbira serta para pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, di bangunan IPB, Kg. Pandan.
Dua hari tidak berbuka dengan para jemaah di Surau Al-Manar, Presint 14 Putrajaya, tempat kediaman saya, yang selama ini menjadi tempat istimewa para jemaah sekitar Presint 14 dan 15 berbuka, berjemaah serta bermoreh dengan penuh semangat silaturrahim, diikuti dengan tadarus al-Quran.
IPB mempunyai staf akademik dan pentadbiran serta pelajar yang semuanya berjumlah lebih dari seribu orang. 
Kelebihan dan …

PUASA HARI KE DUA PULUH 1435

RAHSIA DALAM CIPTAAN ALLAH
Kita sering melihat keindahan ciptaan Allah SWT di dalam dunia kita ini. Indahnya alam di kala mata hari terbenam, dan di kala ombak memukul pantai, atau gunung ganang di liputi awan, atau ribuan bunga yang menghiasi taman, malah indahnya melihat jari jemari anak-anak kecil yang montok, senyum ketawanya yang riang, malah seluruh dunia ini kita rasakan indahnya ciptaan Allah yang dapat kita perhatikan ketika objek yang kita perhati dan lihat itu indah, apa lagi ketika perasaan dan hati sanubari kita juga berada dalam kegembiraan ketika itu.
Namun pada mala petaka yang berlaku, seperti kemalangan yang menimpa MH17, atau sebelum ini MH370, kita mungkin tidak dapat melihat apakah keindahannya, kerana mala petaka itu hanya merangsangkan dukacita dan hiba yang bersangatan, memuramkam wajah dan perasaan setiap orang, terutamanya yang terlibat dengan kemalangan itu.
Tetapi satu hal yang harus kita sedari bahawa, keindahan itu tidaklah dalam pandangan indah yang meriang…

PUASA HARI KE SEMBILAN BELAS 1435

UJIAN GETIR KESABARAN RAKYAT MALAYSIA
Setelah MH 370, kini MH 17 pula mengalami mala petaka...
Besar kemungkinan kali ini kemalangan berlaku akibat konflik sesama manusia di daerah yang bergolak, Ukrain....Kalau benar berita ini, maka MH 17 adalah merupakan korban konflik manusia yang mempunyai perbezaan ideologi mereka di sana. Korbannya adalah korban nafsu manusia yang tidak mengenal batasan, sehingga mangabui mata mereka, tanpa lagi dapat membezakan di antara pesawat perang dan pesawat awam yang tidak berdosa.
Amat getir ujian ini kepada rakyat Malaysia semuanya, terutamanya kepada para kaum keluarga penumpang MH 17 ini yang menjangka kaum keluarga dan sanak saudara mereka akan mendarat di KLIA jam 6 pagi 16 Julai 2014, yang kini tentunya masa itu tidak akan menjelang lagi....
Ujian ini memerlukan kesabaran semua, terutamanya bagi orang yang mempunyai orang tersayang di dalam pesawat itu...
Kaum keluarga Islam, tentunya memerlukan ketabahan yang lebih, dalam menghadapi ujian ini....dan …

PUASA HARI KE LAPAN BELAS 1435

APA MAKNA "SABAR"...?


Kita sering mengingatkan diri kita dan orang lain bahawa puasa adalah satu amalan yang mendidik kita bersifat denagn sifat "sabar".
Tetapi kita sentiasa menyebut sahaja tentang sabar ini tanpa memahami konsepnya, malah tanpa mengetahui bagaimanakah menjadi orang yang sabar atau penyabar.
Seorang bapa yang mempunyai anak-anak yang masil kecil kadang-kadang tidak mengenal erti sabar. Diandaikan bahawa bapa ini adalah seorang penulis, sering menulis di dalam bilik bacaannya, dan selalu juga meletakkan kertas  dan buku-buku rujukan bersiepah-sepah di sana sini di atas mejanya, tiba-tiba pada satu hari anaknya yang berumur 3 tahun memasuki bilik itu dan bermain dengan kertas atau bukunya, sehingga bahan-bahan tulisannya itu menjadi berselerak.

Si bapa yang memahami dan menghayati makna "sabar" akan melihat kelakuan anaknya itu dari sudu pandang seorang "penyabar" dengan melihat sifat "innocence" atau kelakuan yang tidak be…

PUASA HARI KE TUJUH BELAS 1435

DARIPADA-NYA KITA DATANG........

Perginya masih gagah dan kuat, kembalinya sebagai mayat, kaku tidak bernafas.
Demikianlah yang berlaku kepada saudara Ustaz Ismail Abdul Halim, pesara Pensyarah UKM,  pada hari Ahad yang lalu, dia turun dari rumah, memandu kereta, tiba-tiba berlaku kemalangan, dan pada hari ke-17 berpuasa jam sembilan malam, ia kembali kerahmatullah di HUKM, Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un. daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.
Hari Ahad 6 Julai lalu, arwah Ustaz Ismail, turun dari rumahnya di Taman Bangi, Kajang dalam perjalanan ke Masjid untuk berterawih berseorangan. Dia memberhentikan keretanya di seberang jalan, dan melintas jalan ke Masjid. Tiba-tiba sebuah motosikal melanggarnya, dia terjatuh, cedera di kepala, tidak sedar diri.
Seorang hamba Allah membawanya ke hospital Kajang, dan dia terus koma hingga saat terakhirnya, ketika dia kembali kepada Allah pada jam 9 malam 17 Ramadhan, setelah dipindahkan ke HUKM sehari sebelumnya.
Malamnya dia p…

PUASA HARI KE ENAM BELAS 1435

DUGAAN PUASA............

Kita berpuasa tahun ini dalam cuaca panas. Orang kampung saya selalu berkata kepada saya semasa saya kanak-kanak bahawa puasa dalam cuaca panas ni banyak pahalanya, kerana cuaca panas menjadikan kita lebih sabar dan tabah melawan cabaran puasa!
Memang pun begitu, jadi untuk memujuk kami kanak-kanak supaya tidak membuka puasa sebelum waktunya, maka mereka kata kami dapat banyak pahala. Kami pada masa itu pun memang perihatin dengan amal ibadat kerana mengharapkan pahala dari Allah, satu motivasi yang amat baik bagi generasi Y ketika itu, yang mungkin generasi sama pada hari ini mentalitinya agak berbeza dari generasi kami..
Dulu kami tak banyak mendengar ceramah dan tazkirah dari ustaz ustazah seperti sekarang. Kami hanya mendengar sedikit sebanyak nasihat dari pak haji dan pak lebai kampung, atau orang-orang tua kampung yang tidaklah punya ijazah universiti. Namun dalam keadaan begitu pun kami tahulah dosa pahalanya, sembahyang puasa dan menghormati orang tua ser…

PUASA HARI KE LIMA BELAS 1435

BILAKAH HARUS KITA BERTOLAK ANSUR...?

Ada perkara yang boleh kita bertolak ansur, dan ada benda yang tidak boleh kita bertolak ansur. Rasulullah SAW mengajar kita untuk bertolak ansur sesama manusia, walau pun berlainan agama, tentang hal-hal yang tidak menyentuh soal akidah, seperti tindakan Baginda yang bangun kerana menghormati mayat orang kafir yang melewatinya. 
Tetapi apa bila kaum musyrikin, mengikut sesetengah riwayat, mencuba untuk berkompromi dengan Baginda tentang ibadat kepada Tuhan, iaitu mereka menyembah Allah SWT untuk beberapa hari, dan Baginda menyembah Tuhan mereka selama beberapa hari yang lain secara bergilir-gilir, maka turunlah Firman Allah SWT, iaitu Surah Al-Kafirun, yang memerintahkan Baginda supaya menjawab kepada mereka bahawa Baginda tidak akan menyembah apa-apa yang mereka sembah, kerana "bagi kamu agama kamu, dan bagi ku agama ku" ertinya dalam menyembah Allah yang maha esa, tidak ada jalan pertengahan dan bertolak ansur, kerana hal itu merupakan …