Posts

Showing posts from November, 2010
APAKAH TUGAS AHLI POLITIK SEKARANG?
Nampaknya ketika diadakan perhimpunan parti politik yang tertentu dari masa kesemasa, maka isu yang ditimbulkan sering merupakan penentangan terhadap parti lawan. Keritikan, serangan, bantahan dan sebagainya sering bergema dengan penuh emosi dan marah-marag tanpa asas di dalam ucapan dasar dan penggulungan, juga ucapan wakil-wakil tertentu.
Semua serangan dan kecaman terhadap parti lawan ini amat bersifat konfrantasi dan permusuhan, yang sering kali pula bercorak perkauman dan keagamaan yang sempit dan menyakitkan, malah terdapat kecaman peribadi orang lain yang merupakan andaian sahaja.
Negara kita mengalami sindrom ini, terutamanya sejak akhir-akhir ini, ketika parti pembangkang menjadi kuat dengan kemenangan yang agak besar di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
Di dalam Prlimen, DUN, dan diluarnya juga terdapat konfrantasi dan serang menyerang di antara pembangkang dengan pihak Kerajaan, sehingga kadang-kadang terdengar kata-kata kesat dan kas…
MU'JIZAT ALLAH

Mu'jizat dan kuasa Allah
Apabila Dia berfirman
Kun Fa Yakun
maka jadilah apa-apa saja.

Adam diciptakan dari tanah
Menghuni syurga bersama Hawa'
Kemudian berlaku kesilapan
Lalu turun ke dunia
Menjadi penghuninya
Hingga ke anak cucunya

(2)
Maryam menerima tiupan Roh
langsung dari Allah
Tanpa sentuhan lelaki
'Isa dilahirkan
Dengan mu'jizat-Nya
Mengatasi jadian alam

(3)
Mu'zijat Allah meyakinkan
Hati sanubari
Prangsangka dan andaian
Manusia tanpa iman, bongkak
Ilhad tidak percaya Tuhan
Sombong dengan sains jadian
Ciptaan tangan mereka sendiri

(4)
Nabi 'Isa membuktikannya
Lahir sebagai putera istima
Telah berbicara
Ketika masih dalam buaian
Lalu terus berbicara
Hingga dewasa
sebagai seorang Nabi

(5)
'Isa diutuskan untuk Bani Israel
Kaum Yahudi serba ingkar
Nabi dan Rasul istimewa
Menyeru kepada agama tauhid
"Buktikan!" Kata mereka
"Ya, aku datang penuh bersedia
Tanda-tanda kebesaran Allah
Aku…
RADIKALISME BUKAN SIFAT ISLAM
(Siri Ketiga - Akhir)
Islam sebenarnya mempunyai sikap yang amat terbuka terhadap bangsa lain yang tidak beragama Islam, iaitu seperti yang juga ditegaskan oleh Al-Quran tentang kejadian manusia yang terdiri dari berbagai-bagai puak dan bangsa, sama juga seperti kejadian manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan, juga kejadian manusia yang terdiri daripada kepelbagaian warna kulit dan bahasa, maka manusia seluruhnya tanpa mengira jantina dan bangsa, warna kulit, bahasa dan budaya, adalah diciptakan untuk berinteraksi, bekerjasama dan berbaik-baik di antara semua umat itu. Malah Al-Quran memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan mencela atau mencerca apa-apa benda yang disembah oleh orang-orang lain yang menyembah selain daripada Allah, supaya mereka pula tidak akan mencerca Allah dengan melampaui batasan tanpa ilmu. (Al-Quran 6:108).
Jadi berdasarkan sikap terbuka dan toleransi ini, tidak mungkin sama sekali bagi sesiapa pun melemparkan fitnah dan…
SIKAP RADIKAL ISLAM : APAKAH PUNCANYA?
(SIRI KEDUA)
Ketika menjalankan dasar kuku besi penjajahan itu, apa bila timbul sahaja penentngan dari rakyat umum, seperti perbuatan rakyat Palestin yang bertindak membaling batu kepada askar-askar Israel, atau melancarkan roket jarak dekat ke bumi Israel, maka mereka akan segera bertindak balas dengan senjata berat yang membunuh begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, sedangkan batu yang dibaling rakyat Palestin, dan roket yang dilancarkan itu tidak membawa sebarang bahaya yang serius kepada askar atau orang awam penjajah itu. Para pejuang yang bertindak untuk memerdekakan tanah air mereka itulah yang dianggap sebagai puak pengganas, radikal dan ekstrem.

Sebaliknya para pemimpin imperialis Barat yang bertindak merampas atau menjajah tanah air dan negara orang lain dan melakukan segala penyeksaan kepada rakyat, merekalah yang dianggap oleh dunia sebagai penyelamat umat manusia yang cintakan keamanan, pada hal merekalah yang sebenarnya bertindak se…

JIKA KITA LEKA.......

Jika kita leka, segala yang berasal dari kita pun boleh diambil orang. Yang kita punya itu jangan kita anggap akan berada di tangan kita selama-lamanya, tetapi orang lain yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh akan berjaya merampasnya dari kita.
Inilah yang berlaku dalam permainan yang berasal dari kita seperti "sepak raga" telah dirampas oleh orang lain dengan nama baru "sepaktakraw"
Saya teringat hal ini kerana dalam sukan Asia yang berlangsung di China sekarang ini, sudah empat kali, kalau tak salah saya, Thailand merampas kejuaraan permainan itu dari kita.
Permainan sepak raga itu telah dimain oleh nenek moyang kita sekian lama, telah menjadi kebudayaan dan permainan rakyat kita di merata kampung dan desa, tetapi apa bila di permodenkan, dan semua orang mulai meminatinya, mulai menjadi permainan dalam temasya sukan antarabangsa, maka kita ketinggalan di belakang, permainan yang menjadi darah daging keturunan kita itu, telah di kuasai oleh orang lain.
Kita tid…
HORMATI PERLEMBAGAAN : MAJLIS PERUNDINGAN AGAMA-AGAMA
Majlis Perundingan Agama-Agama Malaysia : Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao melalui Presidennya Dr. Thomasa Philips, telah mengeluarkan kenyataan yang amat positif dan tepat pada masanya iaitu menggesa semua rakyat negara kita supaya menghormati Perlembagaan yang mengandungi kontrak sosial bagi mewujudkan keadilan sosial dan perpaduan di negara ini.
Ketika saya mengetuai Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam tahun 90an lagi, Majlis ini sering mengadakan dialog dengan IKIM bagi mencari jalan mewujudkan kesefahaman agama di Malaysia, kerana isu agama adalah merupakan isu yang paling sensitif bagi rakyat negara berbilang agama ini.
Saya merasa bangga kerana Majlis ini masih aktif bergerak dalam masyarakat bagi mencari jalan kemanan dan perpaduan yang berterusan di dalam negara kita.
Hanya ketua-ketua agama sendiri yang merupakan para pelaku yang dapat memainkan peranan yang penting dalam memahami keadaan masyarakat berbilang …
WASATIYYAH : AGENDA UMAT YANG DINAMIK
(Bahagian ke-3 – Akhir)
"Umatan wasatan" ialah umat yang dinamik, kuat dan maju dalam bentuk dan agenda perjuangan yang sejajar dengan agama dan ajarannya yang lengkap dan menyeluruh., bukan merupakan umat yang mengambil sesetengah bahagian sahaja dari ajaran agamanya.
Dalam hal ini, kita merasa sukacita apa bila melihat tafsiran-tafsiran yang membina di dalam kitab-kitab tafsir berbahasa Melayu, termasuk Pimpinan Al-Rahman yang memberikan huraian yang dinamik ketika mentafsirkan ayat yang saya sebutkan di atas, iaitu tentang "ummatan wasatan".
Ayat 143 dari Surah Al-Baqarah itu diberikan pengertian begini:
"Dan demikianlah ( sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus) Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang mener…
SELAMAT HARI RAYA KORBAN KEPADA SEMUA SNAK SAUDARA, HANDAI TOLAN, JAUH DAN DEKAT. SELAMAT BERKORBAN DAN SEMOGA MENDAPAT GANJARAN BERGANDA DARIPADA ALLAH SWT.
MAAF SALAH SILAP DAN SESUATU YANG TERKASAR BAHASA, SEMOGA KITA KEMBALI BERSIH SEPERTI DILAHIRKAN DALAM FITRAH.
KULLU SANAH WA ANTUM BI KHAIR
SIKAP RADIKAL : APAKAH ISLAM PERLU DISALAHKAN ?
(SIRI PERTAMA)
Peristiwa yang berlaku dengan agak rancak dan memakan korban ramai nyawa yang tidak berdosa yang sedang berlaku di dalam dunia moden pada hari ini menunjukkan bahawa umat manusia sekarang ini lebeh cenderong mengambil pendirian radikal dan ekstrem dalam memperjuangkan kes masing-masing, dan lebeh yakin kepada cara ganas untuk mencapai objektifnya, walau pun dalam kebanyakan kes, cara ganas seringkali tidak membawa kepada kejayaan.

Setiap hari ketika membaca akhbar atau menonton berita di kaca TV, kita dapat melihat peristiwa berdarah berlaku di sana sini. Tindakan membunuh manusia seolah-olah menjadi satu permainan harian yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan dari satu segi yang lain, nyawa manusia kelihatan lebeh murah dari nyawa semut dan lipas, yang boleh dibunuh dengan amat senang dan sesuka hati pada bila-bila masa sahaja.

Cara membunuh orang juga menjadi lebeh kompleks lagi pada hari ini, iaitu dengan terciptany…
WASATIYYAH : TUNDUK KEPADA DEFINESI BARAT?
(Siri Kedua)
Dalam salah satu siri CNN Larry King Live selepas peristiwa 11 September, seorang pendeta Yahudi memetik beberapa ayat al-Quran untuk menyokong hujahnya bahawa Islam adalah satu agama yang keras, tidak toleran, dan tidak mesra dengan umat lain dengan mengambil contoh dari ayat 51 Surah Al-Maidah di luar konteks. Ayat itu bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah menjadikan Yahudi dan Kristian sebagai teman rapat, kerana sesetengah dari mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain, dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan pertunjuk kepada kaum yang berlaku zalim"
Ayat ini sebenarnya merupakan amaran Allah kepada umat Islam tentang tindakan kaum-kaum tersebut yang mempunyai permusuhan terhadap agama Islam dan umatnya, iaitu mereka yang ternyata mempunyai niat yang jahat dan berusaha un…
Lihat apa kata Clinton ?

Inti International University di Nilai menyaksikan Bill Clinton, bekas Presiden Amerika Syarikat, yang berubah perangai dan cakapnya, dibandingkan semasa dia datang ke Malaysia semasa masih menjadi Presiden AS menyeru kepada "reformasi" dan membelakangkan pihak berkuasa Kerajaan lebeh sedekad yang lalu.

Kini dia menjadi "mantan" President, dan memberikan nasihat kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia dalam nada yang amat positif dan penuh "hikmah". Itulah perubahan yang dialaminya ketika dia tidak lagi menjadi Presiden, dan tidak lagi tertekan dengan pandangan politik dan dasar luar negaranya AS yang merupakan sebuah negara yang menjadi "polis dunia". Kini dia menjadi orang bebas yang boleh bercakap atas nama peribadinya. Dia menjadi lebeh mesra dan bebas.

Dia menyeru Kerajaan dan para ahli politik dunia supaya menumpukan usaha kepada politik yang penuh harapan, tidak kepada politik yang penuh dengan rungutan dan rasa tidak pu…
APAKAH 'WASATIYYAH" BERARTI MENYERAH KALAH ?
(siri pertama)

Sejak konssep "wasatiyyah" di ketengehkan akhir-akhir ini di dalam masyarakat kita sebagai sifat dan sikap umat Islam, maka telah timbul berbagai-bagai kesalah fahaman tentang pengertian sebenarnya konsep ini. Kenapakah hal ini berlaku?
Saya akan cuba memberikan jawapan tentang persoalan ini di dalam beberapa siri tulisan di sini, dimulai dengan tulisan ini sebagai siri yang pertama, dan akan disambung dengan siri-siri berikutnya kemudian.
Kesalah fahaman tentang sesuatu istilah yang dihubungkan dengan agama sering timbul kerana kekeliruan umat Islam sendiri dalam memahami agamanya itu secara menyeluruh. Kekurangan ilmu tentang konsep dan falsafah serta hukum hakam agama sering membawa kepada kesalah fahaman tentang ajaran dan misi Islam itu sendiri sebagai "Ad-deen" atau "cara hidup yang lengkap dan menyeluruh".
Lebih menyedihkan lagi, kesalah fahaman tentang agama ini juga sering membawa …
KALAU PARTI TIDAK TERURUS, APA LAGI MENGURUSKAN NEGARA ?
Demikian ramai yang menghantar komen dan persoalan kepada saya. Saya tidak menjawab persoalan ini, kerana sememangnya kalau menguruskan parti yang serba terhad itu pun amat rumit, menimbulkan kerisis demi kerisis, malah ada berita yang mendedahkan tentang salah pengurusan, mementingkan kepentingan tertentu, maka apatah lagi untuk menguruskan negara. Itu saja yang dapat saya katakan.
Yang menghantar persoalan kepada saya adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada umum, bahawa parti-parti politik yang mengalami masaalah, maka janganlah diharapkan dapat memerintah negara dengan baik.
Mereka memberi contoh, hal ini lah yang ditimbulkan oleh Datuk Zaid akhir-akhir ini yang meletakkan jawatan dari PKR, disokong oleh teman-temannya yang lain yang sebelum ini mengalami perkara yang sama, dan telah mengambil tindakan yang sama.
Saya menyampaikan hal ini kepada umum, untuk dijadikan bahan pemikiran bagi menentukan nasib negara kita pada…
BOLEHKAH DIBERSIHKAN PERMAINAN POLITIK YANG KOTOR?
Tindakan beberapa orang aktivis politik yang menimbulkan kerisis di dalam politik tanah air, termasuk tindakan Datuk Zaid Ibrahim dalam pergolakan politik yang terakhir, sekali lagi menunjukkan bahawa permainan politik itu mempunyai dua wajah, politik positif dan politik negatif. Mungkin ada orang yang akan memberikan pentafsirannya, bahawa permainan politik itu terdapat permainan politik kotor dan permainan politik bersih.
Itulah namanya permainan politik, yang lurus dan yang bengkuk, yang taksub dan yang terbuka, yang bermotifkan kepentingan peribadi dan kumpulan, atau yang ikhlas berjuang untuk kepentingan umum.
Saya rasa dalam keadaan masyarakat kita sekarang ini, yang kadang-kadang menunjukkan sikap dan sifat yang amat mentah dalam politik kepartian, maka amat sukar bagi sesiapa pun akan menemui perjuangan politik yang bersih 100%, malah tidak mungkin akan terdapat ahli politik, terutamanya pimpinan atasannya yang benar-benar dapat …
JANGAN MEMANDU LAJU
Amat menyayat hati insiden kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa masih berlaku sehari dua ini. Nampaknya kemalangan jalan raya yang membabitkan bas masih berlaku, dan selain dari itu kemalangan kereta juga turut berlaku, meragut beberapa nyawa, termasuk kemalangan maut yang menimpa pelajar-pelajar universiti, juga orang-orang muda.
Orang muda yang kehilangan jiwa dalam kemalangan jalana raya itu amat menyedihkan, mereka baru sahaja selesai membina karier mereka, atau baru sahaja memulakan kerjaya mereka, tiba-tiba mereka ditimpa kemalangan maut, yang berarti bahawa segala persiapan pendidikan yang mereka lalui sebelum ini, dan kejayaan yang bari dicapai, akhirnya berkecai.
Disamping menyedari akan suratan takdir yang telah ditentukan Allah SWT, maka pelajaran yang diambil dari kemalangan maut itu haruslah juga dipelajari. Mengikut pihak berkuasa, ternyata bahawa kesilapan manusia merupakan salah satu sebab yang utama, yang menyebabkan kemalangan jalan raya i…
BERAKHIRNYA SATU EPISOD PILIHAN RAYA KECIL
Alhamdulillah semalam berakhirlah satu pertelagahan politik bagi dua kawasan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tahniah kepada calon-calon yang menang dan rakyat semuanya kerana , seperti biasa, pilihan raya kita sentiasa berakhir tanpa insiden yang serius seperti insiden berdarah yang sering berlaku di sesetengah negara lain.
Walau sekencang mana sekali pun ribut taufan kempen yang berlaku di dalam negara kita, akhirnya ribut taufan itu akan reda begitu sahaja setelah berakhirnya pengundian. Kejadian kecil ketika berkempen dan hari mengundi adalah perkara biasa, yang hanya berlaku ketika terdapat segelintir anak-anak muda berdarah panas yang tidak tahan sabar dan ingin mencetuskan pergaduhan tanpa berfikir panjang.
Saya perhatikan di Sabah, semangat persahabatan agak ketara, iaitu ketika pengumuman keputusan pengundian dibuat, nampaknya ketiga-tiga calon yang bertanding sama-sama berdiri di atas pentas bagi mendengar pengumuman itu, walau…
PILIHAN RAYA : KEHAKISAN ETIKA DAN AKHLAK……
Ketika saya menulis catatan ini, para pengundi di kawasan Dun Galas, dan Parlimen Batu Sapi, sedang berkira-kira untuk mengundi esok, 4 November 2010 bagi kedua-dua kawasan pilihan raya yang tersebut.
Para Calon, ketua dan penyokong parti politik yang bertanding untuk merebut kerusi kawasan tersebut pula sedang memalu gendang perang berhabis-habisan untuk mendapat sokongan orang ramai supaya mereka menang, mendapat kuasa dan calon mereka akan mendapat gelaran YB.
Dalam masa berkempen, banyak perkara yang berlaku. Ramai orang yang tidak tidur malam, kecuali hanya beberapa jam sahaja, ramai yang sakit tekak kerana terlalu banyak membuat pidato berapi-api, banyak pula orang yang memungut wang lebih daripada patut dengan mengenakan sewa yang berlipat ganda bagi tempat kediaman bagi orang luar kawasan yang terdesak untuk tinggal di kawasan pilihan raya.
Tetapi hal itu tidaklah amat serius jika dibandingkan dengan ramai pula orang yang rosak akhlak …