Posts

Showing posts from January, 2014

TAKUT YANG TIDAK BERASAS

BENARKAH TURKI BERGOLAK?

Saya menaiki pesawat MAS menuju ke Istanbul, Turki, selepas tengah malam, 24 Januari 2014. Seperti termaklum, saya pergi ke KLIA  pukul 9.00 malam 24 Januari, dan bertolak meninggalkan KLIA pukul 12.30 selepas tengah malam 24 Januari itu, maknanya saya ke Istanbul jatuh pada hari Sabtu 25 Januari 2014.
Sebelum bertolak ke Istanbul, saya merasa agak takut juga, kerana distinasi saya ialah Turki, sedangkan akhir-akhir ini saya melihat berita Tv antarabangsa, CNN, BBC dan Al-Jazirah sendiri banyak sekali menyaiarkan berita keganasan, demonstrasi, pertempuran antara pihak keselamatan dengan para protes semakin menjadi-jadi, dan salah satu dorongan bantahan itu ialah kerana rakyat umumnya tidak menyukai Kerajaan yang memerintah, oleh itu mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan, juga menuntut supaya Perdana Menteri dan Kerajaannya meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Saya tawakkal sahaja, sebab saya ke sana adalah kerana menjalanka…

SECURITY AND PUBLIC ORDER

KALIMAH ALLAH: KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM
Penganut Kristian dan Islam yang sama-sama menuntut hak, iaitu penganut Kristian mengatakan mereka berhak menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka, dan para penganut Islam yang mengatakan bahawa mereka sahaja yang berhak menggunakan Allah untuk Tuhan orang Islam, sekarang ini haruslah diberikan amaran bahawa tujuan asal mecegah penggunaan Allah kepada agama Kristian dan Allah hanya berhak digunakan oleh orang Islam, ialah atas dasar  menjaga keselamatan dan memelihara ketenteraman awam.
Oleh kerana Fatwa pun tidak dihormati, keputusan mahkamah pun tidak di patuhi, malah titah Sultan pun dikatakan tidak boleh diaplikasikan kepada orang bukan Islam, maka telah sampai masanya pihak berkuasa memberhentikan konflik dan kerisis ini dengan kembali kepada tujuan asal kenapakah orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah, dan kalimah ini hanya untuk orang Islam, iaitu bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam (public order) dan keselamatan …

APAKAH AGENDA UTAMA KITA?

ANCAMAN POLARISASI AGAMA YANG SERIUS DI NEGARA KITA


Biarlah apa-apa saja yang dikatakan oleh individu, atau orang-orang tertentu dalam masyarakat kita, tetapi sebuah organisasi haruslah meletakkan keutamaan agendanya ialah untuk perpaduan dan keharmonian masyarakat dan negara. Semua pihak haruslah bersedia melakukan pengorbanan demi keselamatan dan perdamaian, terutamanya dalam negara Malaysia yang aman damai selama ini.
Cukuplah segala kerisis dan pergolakan yang berlaku di dalam masyarakat dan negara dunia pada masa kini tentang pergisiran agama, terutamanya di antara Islam dan Kristian, yang menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda secara yang amat sia-sia sekali. Kita di Malaysia ini haruslah mengambil iktibar dan pelajaran, apakah kita juga mahu mencetuskan kerisis yang amat serius itu?
Biarlah apa-apa saja yang diperkatakan oleh Marina Mahathir atau Aziz Bari, biarlah apa-apa saja yang hendak dikatakan oleh DAP, PAS, UMNO atau PKR, BN dan PR malah mungkin juga sehingga mahu …

Kemelut Polarisasi Agama

Kita Perlu Fokus Tentang Kalimah Allah


Kita sering menghadapi masalah ketika membicarakan sesuatu isu, iaitu kita sering membincangkannya secara umum tanpa memfokuskan kepada isu yang sedang kita bicarakan.
Isu pengharaman penggunaan kalimah Allah yang dibawa kepada mahkamah dan telah dibuatkan keputusannya oleh Mahkamah Tinggi, kemudiannya oleh Mahkamah Rayuan, ialah tentang penggunaan kalimah Allah di dalam mingguan katholik The Herald.
Mahkamah yang membicarakan kes ini telah memutuskan bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah, tetapi Mahkamah Rayuan kemudiannya memutuskan bahawa orang bukan Islam tidak seharusnya menggunakan kalimah Allah, oleh itu The Herald tidak seharusnya meneruskan penggunaan kalimah ini.
Inilah isu dan kes yang dibawa ke mahkamah, ketika mahkamah telah pun membuat keputusannya. Keputusan mahkamah seharusnya dihormati oleh semua, dan sekiranya proses keadilan itu masih diteruskan, maka tidak seorang pun berhak membuat kenyataan bantahan tentang keputusan…

PERLU KEFAHAMAN BERSAMA

MENCAMPURI URUSAN AGAMA LAIN DAN SEMPADANNYA

Polarisasi agama yang melanda masyarakat kita sekarang tidak pernah berlaku selama ini. Mungkin polarisasi agama seperti ini merupakan sesuatu yang baru dalam sejarah hubungan kaum dan agama di negara kita. Setahu saya hubungan antara kaum berbagai agama di negara kita selama ini tidak pernah mengalami kerisis seperti sekarang. Dan hal ini besar kemungkinan telah berlaku kerana kurangnya kepekaan masyarakat kita tentang agama orang lain, dan kerana kita tidak lagi menggariskan had dan sempadan yang seharusnya dijaga ketika kita mencampuri urusan dan falsafah ketuhanan agama lain.
Bagi orang Islam, Al-Quran dengan jelasnya telah menerangkan perkara ini di dalam surah Al-Mumtahanah (60) ayat 7 dan 8, iaitu tentang perhubungan antara umat Islam dengan orang lain di dalam dunia ini.
Ayat 7 dimulakan dengan kenyataan yang amat positif tentang sosialisasi orang Islam dengan orang lain, iaitu dengan firman Allah SWT:
"Allah tidak melarang kamu da…

HARI PERAYAAN ISLAM

HARI MELAKAR AZAM

Budaya dan agama menentukan sesuatu hari perayaan. Negara kita merupakan satu contoh yang unik tentang perayaan berbagai budaya dan agama.
Menyambut tahun baru Masihi merupakan perayaan bersama berasaskan budaya, sungguh pun terdapat unsur agama bukan Islam dalam perayaan tersebut.
 Acheh mangharamkan perayaan menyambut hari tahun baru ini, dan menghukumnya sebagai haram dari sudut syariah Islam. Tetapi negara kita tidaklah sampai mengharamkannya dari sudut ajaran agama.
Walau pun perayaan menyambut tahun baru masihi ini tidak diharamkan dari sudut agama di negara kita, tetapi cara sambutannya dari sudut budaya kita, terutamanya oleh penganut Islam, seharusnya disemak semula dan kita tidak seharusnya berkekalan dan hanyut dengan cara tradisi lama ketika menyambut hari tahun baru ini.
Tidak ada sesuatu yang seharusnya dibanggakan dengan perayaan ini, kerana hari-hari ketibaan bulan Januari tahun baru ini, sama saja dengan ketibaan hari-hari yang lain.
Perayaan yang keterla…