Posts

Showing posts from July, 2013

HARI KE-22 PUASA: AMANAH, JUJUR DAN ADIL...

22 RAMADHAN 1434


Alangkah baiknya kalau manusia dapat menjadi orang yang amanah, jujur dan adil, dan alangkah baiknya kalau orang yang berpuasa akan dapat mengambil pelajaran dari ibadat puasanya menjadi orang yang bersifat dengan sifat-sifat yang baik itu.
Malah kalau tidak beramanah, jujur dan adil kepada sesama manusia pun, alangkah baiknya kalau manusia dapat menjadi orang yang beramanah, jujur dan adil kepada dirinya, agar menjadi beramanah dan jujur kepada Allah SWT.
Dalam berpuasa, umat Islam menjadi amanah kepada Allah SWT, kerana dia akan berpuasa tanpa makan dan minum atau membuat satu perkara yang membatalkan puasanya di dalam tempat sulit, tersembunyi atau di tempat terbuka dan di hadapan khalayak.
Dia juga menjadi jujur kerana dalam berpuasa dia tidak mencuba untuk menipu dirinya, apa lagi menipu Tuhan. Kalau bilangan hari berpuasa ialah selama 30 hari, maka dia akan berpuasa selama 30 hari. Tetapi kalau dia terpaksa berbuka satu atau dua hari kerana sakit atau musafir, maka …

HARI KE-21 PUASA: POWER SHARING AND PEACEFUL COEXISTENCE

21 RAMADHAN 1434


Setiap kali saya dijemput untuk berbuka puasa di hotel khususnya, maka saya dapat melihat masyarakat bukan Islam yang turut serta menjamu selera di sana. Mungkin mereka adalah tetamu yang dijemput, atau mungkin juga merekalah yang menjemput kawan-kawan Islam untuk sama-sama berbuka puasa di sana. Hal ini merupakan satu budaya yang unik untuk negara kita, terutamanya apabila melihat akan kemesraan dan persefahaman yang kelihatan amat subur di kalangan mereka.
Yang bukan Islam akan sama-sama menunggu azan maghrib sebelum mulai menjamah makanan dan minuman, seolah-olah mereka juga telah sama-sama berpuasa seperti orang Islam. Kalau hendak di nilai fenomena ini, maka inilah  gambaran dan manifestasi budaya dan cara hidup rakyat Malaysia dalam satu masyarakat yang berkongsi kuasa dan hidup bersama secara aman damai (Power sharing and peaceful coexistence).
Sebenarnya fenomena ini merupakan satu cara hidup yang telah lama berlangsung di negara kita, kerana selama ini orang Mel…

PUASA HARI KE-20: KETIKA NYAWA MANUSIA MENJADI AMAT MURAH

20 RAMADHAN 1434 Di negara Arab bulan puasa ini menyaksikan orang mati dalam perhimpunan raksaksa politik, tetapi di negara kita, orang mati di atas jalan raya (tetapi saya menagguhkan dulu pembicaraan tentang kematian orang Malaysia di atas jalan raya ini).
Di Mesir, Iraq, Syria dan Tunisia, orang sesama Islam bertembakan, seolah-olah segala kematian adalah dirancang. Orang yang menyokong bekas Presiden Mesir, Morsi, umpamanya merancang untuk menembak, membaling batu dan sebagainya untuk membunuh kumpulan yang anti Morsi.
Kumpulan yang menentang dan anti Morsi pula, berusaha untuk membunuh atau mencederakan para penyokong Morsi. Keadaan ini menjadi bertambah sulit kerana terdapat berita terakhir yang menyatakan bahawa pihak tentera Mesir juga bertindak menembak para penyokong Morsi. Kalau berita ini benar, maka akan bertambah sukar lagilah keadaan di sana, kerana askar yang sepatutnya memainkan peranan untuk menjaga keamanan telah mengambil pendirian berat sebelah kepada pihak yang anti…

HARI KE-19 PUASA: TUHANKU, SESUNGGUHNYA AKU INI BERPUASA....

19 RAMADHAN 1434

Menjelang minggu ini, masyarakat Islam di negara kita menerima beberapa pukulan dari dua peristiwa yang menguji kesabaran dan kewarasan pemikiran umat ini. Tetapi seperti biasa, umat Islam dan orang Melyu menerimanya dengan sabar dan tenang, mungkin juga dalam semangat Ramadhan, ketika baginda Rasulullah SAW sentiasa berpesan bahawa sekiranya ada sesuatu ujian atau isu yang menganggu kita, maka katkanlah "Tuhanku, bahawa sesungguhnya aku ini berpuasa..."

Dua peristiwa yang saya maksudkan itu ialah:
Pertama: peristiwa tentang sebuah sekolah di ibu kota dalam bulan Ramadhan ini, yang diberitakan telah melakukan "penghinaan" terhadap pelajar-pelajar bukan Islam dengan "memaksa" pelajar-pelajar itu minum dan makan di dalam "tandas".
Kedua: keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bahawa tindakan seorang suami, bapa kepada tiga orang anak,  yang memeluk agama Islam, dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan ibunya yang masih kekal …

PUASA HARI KE-18: FOOD, FOOD EVERYWHERE....

18 RAMADHAN 1434
Masa kami adik beradik kecil-kecil dulu, dalam bulan puasa begini kami merayau-rayau pada siang hari mencari bermacam-macam buah untuk makan selepas buka puasa. Dalam kampung yang ada hanyalah buah jambu, nam-nam, ciku dan buah mempelam saja. Itu pun kami kumpul, namun bila lepas buka puasa tak larat lagi nak makan, buah yang nampak amat sedap dan melelehkan air liur siang tadi, menjadi masam atau kelat, tidak sedap lagi.
Sekarang tidak begitu lagi, dalam bulan puasa masa kini, emak bapa yang berusaha mengumpulkan makanan untuk buka puasa, terutamanya di bandar kecil dan besar, ketika para peniaga berlumba-lumba berniaga macam-macam makanan dan kuih-muih di pasar Ramadhan.
Berbuka puasa di kurun 21 ini pula bukanlah seperti kurun 20 dulu, kerana sekarang ini dalam bulan puasa perusahaan makanan dan minuman, restoran dan hotel, telah menjadikan bulan puasa ini sebagai satu bulan bisnes yang besar.
Sebulan sebelum puasa lagi, promosi bufet Ramadhan telah naik di sana sini, …

PUASA HARI KE-17: PENDEKATAN SAINTIFIK ISLAM

17 RAMADHAN 1434

Hari ini umat Islam menyambut hari turunnya kitab suci al-Quran al-Karim, atau nuzul-Quran. Kita berharap akan mm yang agong itu.endapat malam Al-Qadar yang berkat dan banyak fadhilat itu, Insya'Allah. Peristiwa malam ini amat banyak, dan kita kurang memahaminya, kerana tidak banyak ilmu kita. Harap bacalah dan dengarlah para pemceramah memberikan penjelasan tentang mala
Umat Islam amat kekurangan penyelidikan dalam membentangkan kecemerlangan Islam kepada umum, iaitu yang lebih beresifat saintifik dan ilmiah, supaya Islam itu sentiasa difahami dengan lebih konfrehensif oleh masyarakat moden sekarang ini. 
Kita masih mengambil pendekatan tradisional ketika melancarkan penjelasan tentang agama, iaitu pendekatan ritual dan kerohanian per se. Pendekatan ini memanglah amat penting, terutamanya dari segi menerangkan asas Islam itu sendiri kepada masyarakat. Tetapi pendekatan ini, terutamanya berasaskan pengalaman peribadi dan hubungannya dengan Tuhan semata-mata, haruslah…

HARI KE-16 PUASA: IBADAT PUASA BUKAN SATU ILUSI....

16 RAMADHAN 1434


Menjelang hari ke-16 puasa hari ini, ingin saya mengajak umat Islam, sekurang-kurangnya di negara kita mengkaji sedikit tentang usaha pihak lain yang cuba mencari keharmonian di antara dua pendirian yang sering bertentangan mengenai kepentingan agama dan Tuhan, dan persoalan apakah agama dan Tuhan masih relevan pada masa kini, iaitu kita cuba meninjau perdebatan di antara dua orang sarjana, yang telah dibukukan bertajuk Is God an Illusion? (Adakah Tuhan itu Satu Ilusi?)

Ilusi ialah kata pinjaman dari bahasa Inggeris illusion: bayangan, khayalan, maya, kepercayaan palsu. Ahli sains, khususnya ahli fizik, yang memandang alam ini dari kacamata pengamatan fizikal dan teori matematik semata-mata, akan melihat bahawa ibadat yang dilakukan dalam agama, adalah satu ilusi, iaitu khayalan dan kepercayaan karut.
Maka dalam konteks puasa Ramadhan ini pun mereka akan melihatnya sebagai satu amalan sia-sia, malah agama itu secara keseluruhannya, temasuk Tuhan, adalah satu ilusi, sama …

HARI KE-15 PUASA; terkenang ke masa dulu.....

15 RAMADHAN 1434
Ada sesuatu yang istimewa mulai pada malam ke-16 puasa mengikut amalan umat Islam di rantau kita, iaitu amalan yang dibuat dalam sembahyang Terawih pada zaman silam, yang mungkin tidak diamalkan lagi pada  hari ini. Masuk ke malam 16 Ramadhan surau dan masjid akan mendirikan sembahyang terawih dengan membaca surah Al-Qadar dalam rakaat yang kedua. Hal ini dilakukan sempena dengan jangkaan ketibaan Malam Lailatul-Qadar dalam babak kedua bulan Ramadhan. Surah Al-Qadar yang dibacakan di dalam rakaat kedua Terawihmenerangkan bahawa Allah SWT mulai menurunkan al-Quran pada malam Lailatul-Qadar yang bermaksud malam yang mulia. 

Pada masa itu Terawih dibuat sebanyak 20 rakaat tanpa sebarang perbahasan, kerana semua orang sembahyang terawih 20 rakaat, dan bacaannya pula ialah ayat lazim dalam rakaat pertama, kemudian surah Al-Ikhlas dalam rakaat yang kedua. Maka mulai pada malam 16 Ramadhan inilah ayat yang dibaca dalam rakaat yang kedua digantikan dengan surah Al-Qadar. Itulah…

HARI KE-14 PUASA: ISLAM IS NOT A RELIGION ABOUT DEATH ONLY, IT IS A RELIGION ABOUT LIFE TOO.....

14 RAMADHAN 1434


Ramadhan memasuki hari ke-14 hari ini. Esok umat Islam memasuki setengah bulan berpuasa, bakinya setengah bulan lagi akan menjelma Syawal. Ketika menjelmanya Syawal, kita akan berbicara tentang kemenangan orang-orang yang berpuasa, dan mungkin juga secara individu atau masyarakat, orang boleh melihat ke belakang tentang dirinya, di manakah kemenangannya dan di manakah kekalahannya ketika berpuasa Ramadhan tahun ini.
Dunia Islam mungkin memasuki rekod yang paling buruk Ramadhan ini, iaitu dengan peristiwa hitam yang berlaku di beberapa buah negara Timur Tengah serta Afrika Utara yang amat mencemarkan kesucian Ramadhan tahun ini.

Kematian dan kecedraan yang menimpa orang ramai di Iraq, Mesir, Syria dan kawasan lain sudah cukup menyebabkan trauma dan stress kepada anggota keluarga, teman rakan dan masyarakat sebangsa serta seagama yang berada di sekeliling. Hal ini merupakan satu penyakit jiwa dan saraf yang mengancam pembangunan bangsa dan negara tersebut dalam jangka pend…

HARI KE-13 PUASA: TRAGEDI YANG MERAGUT NYAWA ORANG ISLAM.......

13 RAMADHAN 1434

Ramadhan bulan ibadat, bulan doa mohon rahmah, maghfirah dan bebas dari api neraka. Itulah doa kita semua orang Islam, dan hal inilah yang membezakan kita umat Islam dari umat lain. 
Dalam bulan Ramadhan, pada umumnya, perkara pertama yang terlintas di kepala setiap orang Islam pada malam menjelangnya bulan Ramadhan ialah arwah orang-orang tercinta dan tersayang yang telah pergi dulu, sama ada telah lama meninggalkan kita, atau yang paling terbaru meninggal dunia ini. 
Mengenang mereka bukan hanya sekadar mengenang dengan teriak tangis menitiskan air mata, tetapi mengiringi ledakan emosi dan ingatan itu dengan doa restu, bacaan ayat-ayat suci, malah mahu memberikan apa saja untuk mereka. Lalu gambaran kasih sayang, kenangan manis yang lama segeralah terbayang semula di dalam fikiran dan ingatan kita.
Dalam bulan Ramadhan ini, semasa kita di perantauan dengan keluarga kita sendiri, dan emak ayah kita berada di kampung sendirian, kita sering kali terbayang di kepala kita ke…

HARI KE-12 PUASA: ARAH TUJU GENERASI BARU...

12 RAMADHAN 1434 Setiap malam, dalam bulan Ramadhan ini, kita dapat menyaksikan ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke surau atau masjid untuk sama-sama menunaikan sembahyang. Hal ini merupakan satu adat kita yang seharusnya di pupuk dan diteruskan dengan lebih baik lagi, kerana menjinakkan anak-anak dengan tempat ibadat serta mencari pengalaman dari pergaulan serta suasana di tempat-tempat ibadat itu adalah merupakan proses pendidikan yang baik bagi mereka.
Sekarang ini orang berbicara tentang generasi baru, iaitu generasi Y, yang dilahirkan diantara atahun 1977 hingga 1997, yang berumur diantara 16 hingga 36 tahun sekarang ini.  Generasi selepas generasi Y pula ialah generasi Z, iaitu anak-anak yang berumur 16 tahun ke bawah. Generasi Z inilah yang sering kita lihat mengikut ibu bapanya ke suaru atau masjid. Generasi Y biasanya akan berpergian secara bebas ke mana-mana sahaja yang mereka mahu.

Di negara kita generasi X dan Y berjumlah kira2 (42%) dari keseluruhan penduduk negara ini…

HARI KE-11 PUASA: DIANTARA TAUBAT AGAMA DAN TAUBAT SEKULAR......

11 RAMADHAN 1434
Ramadhan mendidik umat Islam menanamkan sifat taqwa yang tulin dalam hati sanubari setiap individu dalam konteks hubungannya dengan Allah SWT dan hubungannya sesama manusia. Sifat taqwa ertinya menghayati  dan melaksanakan ciri-ciri hukum Islam dalam ibadat dan amal baktinya kepada Allah, dan bertindak dengan ikhlas dan jujur dalam segala urusan dan interaksi sesama insan.
Manusia dalam kehidupannya terikat dengan komitment dan kewajipannya terhadap penciptanya, Allah SWT, iaitu mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Oleh itu satu daripada perintah Allah yang sedang kita jalankan sekarang ialah menunaikan ibadat puasa selama sebulan, dengan melengkapkan segala rukun dan syaratnya, dengan sempurna.

Manusia juga terikat dengan segala prinsip syariah dan etika serta nilai moral dalam kehidupan seharian bersama anggota keluarga dan masyarakat serta rakan temannya yang lain. Adab sopan dan tata susila pergaulan yang baik haruslah diamalkan dalam…

HARI KE-10 PUASA: HIDUP PENUH CUBAAN.....

10 RAMADHAN 1434


Hidup ini adalah penuh dengan cubaan dan cabaran. Sebab itulah ibadat puasa mendidik kita supaya menjadi manusia tabah dan kuat untuk melawan semua cubaan dan cabaran. Melawan hawa nafsu yang dijadikan Allah di dalam jiwa dan hati manusia ini bukanlah satu perkara yang mudah. Ramai manusia yang menyerah kalah kepada nafsu, lalu berlakulah seribu satu perkara yang menentang tamadun dan kesejahteraan masyarakat, malah menentang hukum Allah SWT. 
Al-Quran menjelaskan sebahagian dari tuntutan nafsu, yang diibaratkan oleh Al-Quran sebagai tuntutan syahwat, iaitu nafsu di antara lelaki dan perempuan, harta benda, haiwan peliharaan, emas dan perak dan sebagainya.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kes…