Posts

Showing posts from July, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

Hari Isnin 1 Ogos insya'Allah kita menyambut ketibaan bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan adalah merupakan bulan yang menjelma setiap tahun kepada kita, dan setiap kali ketibaannya, kita bertungkus lumus berusaha menahan nafsu, iaitu kerana mematuhi perentah Allah swt untuk menunaikan ibadat yang difardhukan-Nya itu.

Puasa, mengikut syarat dan rukunnya, adalah satu ibadat yang sememangnya berat bagi manusia. Tetapi bagi umat Muslimin yang telah biasa melakukan ibadat ini, maka dia tidak lagi merasakan berat dan payah, kerana setiap kali tibanya bulan puasa, dia telah pun memprogramkan minda dan jasadnya untuk menghadapi ibadat yang merupakan satu ibadat "menentang arus" itu. Ketika ia berniat pada malamnya untuk menunaikan ibadat puasa pada esoknya, kerana menunaikan suruhan Allah SWT, maka dia telah melakarkan dalam mindanya dengan segala kekuatan akal dan badannya untuk berpuasa esoknya, menahan segala kehendak dan tuntutan emosi, nafsu, jasad dan kehendak lain …

ORANG MANA MAIN BOLA TU?

TAHNIAH KEPADA SINGAPURA YANG MENGALAHKAN MALAYSIA SEMALAM, MEMANG BIJAK DAN PANDAI MEREKA BERMAIN BOLA. TAHNIAH LEBEH-LEBEH LAGI KEPADA PARA PEMIMPIN NEGARA SINGA ITU YANG MENDAPATKAN PARA PEMAIN LUAR NEGARA, MEMBERIKAN KERAKYATAN, DAN MEREKA ITU BERMAIN ATAS NAMA SINGAPURA. MEMANG BIJAK DAN BERGELIGA BETUL OTAK MEREKA, SEPERTI KATA P.RAMLEE DALAM FILEMNYA "TIGA ABDUL"!

JANGAN HAIRAN SATU MASA NANTI, KITA AKAN MELIHAT ORANG EROPAH ATAU AFRIKA YANG KUAT BADAN DAN TAHAN LASAK, KESEBELASAN PEMAIN SEKALI BERMAIN BOLA ATAS PADANG MEWAKILI MANA-MANA NEGARA YANG PUNYA DUIT, BAGI KERAKYATAN DAN MEREKA BERMAIN ATAS NAMA NEGARA TERSEBUT. FIFA PUN MUNGKIN TAK BOLEH BUAT APA-APA.

HAI DUNIA, DUNIA ! ASAL DAPAT NAMA, BUAT APA PUN TAK APA.

PAKAI BIOMETRIK ATAU DAKWAT?

Inilah nampaknya persoalan yang timbul ketika tercetusnya pertentangan di antara SPR dengan parti-parti politik ketika negara menghadapi Pilihan Raya yang akan datang, dan persoalan inilah, yang ditambah lagi dengan beberapa perkara lain yang tidak disenangi oleh beberapa pihak yang tertentu, yang akhirnya menyebabkan lahirnya kenyataan bahawa Pilihan raya di negara kita tidak telus, tidak adil, terdedah kepada manipulasi politik tertentu dan sebagainya, (tapi macam mana tak tau tiba-tiba parti politik dan pakatan mereka yang tidak pernah memerintah banyak negeri, tiba-tiba dapat memenangi dan memerintah negeri-negeri yang tertentu di negara kita) .

Dan sebagai kemuncaknya, tentang ketidak telusan dan tidak adilnya pilihan raya ini, pada 9 Julai 2011 berdemonstrasilah puak-puak tertentu untuk menyatakan protes dan rasa marah, sehingga menimbulkan suasana hiruk pikuk, hingar bangar, kacau bilau dan pertentangan di antara penunjuk perasaan dengan pihak Polis yang bertindak menjaga kesela…

NAK BERDIALOG ATAU NAK BERPERANG??

Itulah persoalan yang timbul di dalam kepala saya apabila menonton TV tentang dialog anjuran Karangkraf diantara pihak SPR dan penganjur Bersih. Orang ramai yang datang telah sedia membawa pendirian dan sikap yang tidak mungkin dapat berubah lagi. lalu berlakulah kelakuan yang tidak beradab dan tidak bertamadun, riuh rendah, bertempek melolog, menunujukkan otot dan kekuatan fizikal diantara golongan yang bertentangan, malah terhadap pihak SPR.

Saya perturunkan di bawah ini teks dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya telah diamalkan oleh orang-orang yang bertamadun, terutamanya di dunia Barat, iaitu tentang perbezaan diantara debat dan dialog, yang seharusnya menjadi renungan dan amalan kita bersama.

Dialoque vs Debate

1. Dialoque is collaborative: two or more sides work together toward common understanding. Debate is oppositional: two sides oppose each other and attempt to prove each other wrong.

2. In dialogue, finding common ground is the goal. In debate, winning is the goal.

3. In dialoq…

KEMATIAN YANG DIPOLITIKKAN

Saya merasakan bahawa kita di Malaysia, tidak kira dari latar belakang agama mana sekali pun, nampaknya telah terlalu terlanjur dalam perbincangan mengenai banyak isu negara, terutamanya dalam isu politik harian kita.


1. Kematian Allah Yarham Baharuddin Ahmad ketika menyertai perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu, nampaknya telah dipolitikkan sebegitu rupa sehingga telah menimbulkan tuduhan yang melulu tentang sebab kematian Allah yarham, iaitu kerana kekejaman Polis.

Tidak setakat itu sahaja, malah Ambiga dalam ucapana penerimaan ijazah Doktor Kehormatnya di Exeter Universiti di UK baru-baru ini telah juga mendedikasikan penghormatan yang diberikan kepadanya itu kepada Allah Yarham, yang menurutnya telah terkorban kerana perbuatan manusia ganas dalam peristiwa itu. Apakah ahli akademik seharusnya bangun di hadapan khalayak akademik membuat ucapan "politik partisan" yang sempit, mencela dan memburuk-burukkan negara sendiri dengan nada snikal dan penuh retorika? Kalau yan…

ISLAM BUKAN AGAMA BERMUSIM

Memang kita akui bahawa bulan Ramadhan yang sekarang ini berada di ambang pintu setiap rumah orang Islam di seluruh dunia ini adalah bulan mulia, bulan ibadat dan satu bulan yang mempunyai erti kerohanian dan ketaqwaan yang amat tinggi. Oleh itu Ramadhan seharusnya menjadi satu bulan penghayatan yang sebaik-baiknya kepada seluruh peringkat generasi orang Islam untuk beramal, berbakti dan beribadat, yang semuanya itu dilakukan adalah dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Dalam keghairahan untuk merealisasikan matlamat suci dan mulia bulan Ramadhan inilah nampaknya umat Islam sendiri seolah-olah menganggap bahawa bila tibanya sahaja Ramadhan maka mereka harsulah segera mengubah rutin hidup mereka dalam konteks dosa pahala, makruf dan mungkar, sama seperti mereka mengubah rutin makan minumnya mengikut masanya, siang dan malam.

Perkembangan terbaru yang berlaku di Kedah dan Selangor, iaitu ketika Kedah telah mencuba untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengharamkan operasi …

HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN VATICAN

Kunjungan Perdana Menteri ke Vatican City kali ini membuahkan satu sejarah baru bagi dasar luar negara kita apabila Kerajaan memutuskan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican, pusat penganut Katolik itu. Secara peribadi, saya beranggapan bahawa hubungan diplomatik dengan pusat penganut Katolik itu tidak seharusnya menimbulkan sebarang masaalah, malah dipandang dari sejarah perhubungan Islam dengan agama samawi lainnya, Islam telah berkurun-kurun menjalinkan hubungan dengan semua penganut agama lain, malah di negara kita sekarang ini pun kita sedang merialisasikan hal ini dengan kepelbagaian penganut agama yang berada di negara ini.

Kunjungan Perdana Menteri kita ke Vatican City bukanlah merupakan kunjungan pertama dalam sejarah Malaysia merdeka. Dalam bulan Jun 2002 Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mengetuai satu delegasi ke sana, menemui mendiang Pope John Paul II.

Saya termasuk slah seorang anggota rombongan Tun M bersama-sama dengan Tan Sri Bernar…

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAH YARHAM DR LO' LO'

Hari ini terputuslah amalan Allah Yarham, kecuali tiga perkara yang tinggal : Anak soleh yang mendoakannya, Sadaqah jariah dan Ilmu yang dimanfaatkan. Takziah setinggi-tingginya kepada semua ahli keluarga Allah Yarham. Bersabar dan bertawakallah kepada Allah swt.

(Nota kaki) :
Saya tidak tahu betulkah dalam Kamus Dewan telah ditulis "Allah Yarhamah" sebagai merujuk kepada seorang Muslimah yang telah meninggal dunia. Kalau sudah demikian, maknanya "Yarhamah" telah menjadi kata pinjaman Arab yang telah dimelayukan bermaksud "Merahmati"nya" (wanita yang dimaksudkan itu), sesuai dengan "Yarhamuh" bagi seorang lelaki yang telah meninggal dunia, iaitu dengan menggunakan partikal "ganti nama - hu di akhir kata Yarham (bagi lelaki) dan ha(bagi perempuan),

Atau dengan lebeh tepat lagi dalam bahasa Arab bentuk asalnya ialah Allah Yarhamhu (baca Yarhamuh, ketika wakaf)), bagi lelaki dan Allah Yarhamha bagi wanita, hu dan ha adalah partikal ganti na…

Datuk Abd. Manaf Ahmad

Sdra Datuk Abdul Manaf Ahmad meminta saya tolong siarkan surat terbukanya di bawah untuk di kongsikan oleh saudara-saudara semua. Semua yang disiarkan dalam surat ini adalah pandangan beliau secara peribadi. Eloklah kita fikir2kan sama, ambil yang jernih, buang yang keroh, barulah aman kita semua.

Surat asalnya ditulis oleh beliau dalam bahasa Arab. Saya telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu.

Ismail Ibrahim

رسالة مفتوحة
24 رجب 1432
إخوة سادة العلماء الماليزيين

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

وبعد،
فإني لا أنام هذه الليلة وأكتب هذه السطور في الساعة الثالثة صباحا بعد ما شهدت من خضوع و طاعة المؤمنين لطلب السيدة الكفرة التي تأمر بعمل البغاة وتشجيع على ذلك وهذا العمل مخالف للتعاليم الإسلامية الحنيفة لأن الله يأمر بالخير ينهى عن المنكر و يشير القرآن في هذه القضية بالأمر والنهي :
• الأمر بالعدل والإحسان
• النهي عن الفحشاء والمنكر والبغي (البغاة)
"إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي يعظكم لعلكم تذكرون" ( سورة النحل : أية 90 )

وهل يعجبك قو…

Beza Perhimpunan Haram dan Halal

Dalam satu minggu kebelakangan ini kita menyaksikan beberapa perhimpunan. Perhimpunan 9 Julai sahaja nampaknya yang amat ditakuti, mengganggu ketenteraman awam, waris orang meninggal tidak dapat melawat jenazah, orang kawin tidak menerima bilangan tetamu yang diharapkan dan berbagai-bagai peristiwa lain yang menyaksikan kehidupan orang awam yang tergendala dan terganggu. Malah yang lebeh serius lagi ialah pihak keselamatan negara terpaksa mengerah ribuan polis untuk mengawal keselamatan dari kerosakan harta benda dan kemudahan awam, kecederaan yang tidak sepatutnya berlaku, dan berbagai-bagai kerosakan moral dan nilai yang berlaku, yang selama ini bukan merupakan budaya dan cara hidup kita di negara ini.

Semuanya ini angkara salah faham dan dorongan sentimen yang mungkin sengaja di cetuskan oleh beberapa pihak yang mengambil jalan yang salah untuk tujuan-tujuan yang tertentu yang mempengaruhi tanggapan orang awam tentang "keburukan" negara ini seperti yang digambarkan mereka…

Secebis Berita Dunia Islam

Saya setiap hari membaca akhbar. Saya percya banyak juga orang Melayu yang berbuat demikian. Tetapi yang saya dengar, wallah a'lam betul atau tidak, oleh kerana orang Melayu sering diseru supaya memulaukan akhbar utama "yang menjadi lidah rasmi Kerajaan (UMNO?)" seperti yang didakwa oleh beberapa kalangan politik, maka orang Melayu yang telah sedia malas membaca itu, apa lagi, lalu tak maulah membaca akhbar.

Bagi orang yang mungkin tidak membaca akhbar hari ini - Jumaat 15 Julai 2011, saya ingin memberitakan semula secebis kisah dari negara seagama kita iaitu Pakistan dan Afghanistan (go head gostan - kata Ahmad Nisfu, arahan P. Ramlee)yang tersiar dalam Utusan Malaysia.

Pertama ialah tentang pengebom berani mati (suicide bomber) yang telah masuk ke dalam masjid ketika berlangsung majlis tahlil untuk arwah Ahmed Wali Karzai (Adik Tiri Presiden Afghanistan,yang mati ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri) Hamba Allah yang membalut dirinya dengan bahan letupan, lalu mel…

Siapakah Yang Paling Keliru di Negara Kita?

Soalan di atas boleh di ungkapkan semula, iaitu yang berbunyi begini: diantara semua kaum di Malaysia ini, siapakah yang paling keliru dan kebingungan sekarang ini? Satu soalan lagi: di antara semua para pengikut agama yang banyak di Malaysia ini, pengikut agama manakah yang juga paling keliru dan bengung sekarang ini?

Dua persoalan ini bukan mudah untuk di jawab. Tetapi kalau dilihat kepada keadaan dan perkembangan politik, sosial dan kefahaman agama dan budaya bangsa pada masa kini maka nampaknya jawapan bagi kedua-dua soalan itu ialah : Melayu dan orang Islam.

Orang Melayu dan Islamlah yang paling keliru dalam masyarakat Malaysia sekarang ini. Salah satu sebabnya ialah kerana kemelut yang diciptakan oleh orang-orang agama sendiri, iaitu mungkin para ulamak, sarjana Islam, pendakwah, bukan ulamak tetapi mencuba melantik dirinya sebagai ulamak, dan berbagai-bagai golongan agama Islam yang lain lagi yang terlalu cenderung untuk menjadi mufti atau hakim, bagi mengeluarkan fatwa dan huku…

BACA INTERNET BOLEH SAKIT JIWA

Saya tidak bertujuan untuk menyebelahi sesiapa, kerajaan atau pembangkang. Saya mahu supaya orang berfikir dengan waras sahaja, bukan berfikir untuk nak menyokong parti politik yang tertentu, tanpa berfikir lagi.

Saya sebelum ini telah menulis pasal peratusan tinggi rakyat kita yang mengidap sakit jiwa. Saya bukan pakar, tetapi nampaknya bila kita terlalu membaca dan percaya internet, media baru ini, seperti yang amat terkenal dengan berita dan komen yang sensasi, berat sebelah kepada pembangkang, dan anti kerajaan, saya rasa hal boleh juga membawa kepada penyakit jiwa.

Media baru ini penuh dengan berita yang sensasi, memaparkan keburukan Kerajaan dan mewujudkan persepsi bahawa negara kita semuanya buruk, pemimpinnya korup, undang-undangnya zalim, pilihan rayanya tidak adil, dan 1001 macam lagi buruknya Kerajaan dan PM serta jenteranya.

Seorang yang boleh berfikir dengan waras, berdasarkan kepada realiti dalam negara ini, melihat kepada pembangunan ekonominya, pilihan rayanya, demokrasin…

Mana Dia Ketua Parti Lain?

1. Saya nampak Ketua Pembangkang DSAI dan Presiden PAS saja yang menyertai perarakan Bersih. Mana dia Ketua DAP, Penasihat dan wira-wira mereka yang tertinggi? Adakah maknanya ketua-ketua dari parti politik Melayu-Islam saja yang bertindak melawan Melayu-Islam? Diatur supaya kita melawan sesama kita? Sehinggakan yang kena tangkap pun sama juga, Melayu-Islam, atau bukan Islam hanya anak-anak ikan kecil sahaja? Mana dia Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan "big guns" yang lain?

2. Perarakan Bersih bukan anjuran NGO's. Lebeh bermotifkan politik, kerana parti politik yang menyertainya, parti politik Melayu dan majoriti Islam ,kerana ketua-ketua politik yang menyertainya ialah orang Melayu-Islam seperti yang saya sebutkan di atas. Kalau hendak menyatakan perasaan, seluruh rakyat menyertainya seperti yang berlaku di dunia Arab. Kalau motifnya politik, maka terdapat mesej politik, iaitu semata-mata hendak menjatuhkan Kerajaan yang ada, supaya kuasa politik berpindah kep…

KEMBALI AMAN - KEMBALI KE PANGKAL

Itulah yang diharapkan oleh masyarakat negara kecil ini, iaitu negara timur jauh, yang bernama Malaysia. KL menderita satu hari sahaja, Sabtu 9 Julai 2011, yang menyaksikan agak banyak kerosakan, kerugian para peniaga, terbengkalai beberapa majlis kawin, ada keluarga yang terlambat menziarahi mayat, dan beberapa peristiwa yang amat jarang berlaku di bumi tercinta ini, yang seharusnya dapat di elakkan, sekiranya kita masih mahu mengikut tradisi aman yang kita warisi dari nenek moyang penduduk asli tanah Melayu ini, dan mengikut lunas-lunas agama Islam yang kita terima berabad-abad lalu, yang semuanya mengajar kita berdamai, mencari jalan terbaik, tanpa kekasaran dan keganasan.

Selain dari kerosakan dan gangguan yang berlaku di dalam negara, maka dunia luar mungkin telah "tertipu" dengan persepsi salah yang digambarkan tentang negara kita, tentang rakyat kita, tentang undang-undang kita, malah tentang kemajuan kita dalam segala bidang yang selama ini membangun dengan baik, berb…

Hari Terputus Silaturrahim

9 Julai 2011 akan menjadi hari dan tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh ramai orang. Di antaranya seperti yang terkisah di dalam beberapa coretan yang berikut:

1. Sedihnya seorang teman isteri saya dan suaminya dari Kelantan tersadai di LCCT kerana tidak dapat keluar untuk pergi ke Bukit Damansara bagi menziarahi besan mereka yang meninggal dunia, Allah Yarham Datuk Shamsuddin. Tak ada teksi yang mahu bawa mereka ke sana, kerana jalan sesak sangat, jalan tutup kerana perhimpunan BERSIH.

2. Pada malamnya, satu majlis perkahwinan yang telah lama di nanti-nantikan yang akan di adakan di Wangsa Maju, tidak dapat kami hadiri kerana sebab yang sama. Perkahwinan yang diadakan itu ialah perkahwinan anak tunggal kawan kami yang amat rapat sejak sama-sama belajar di Mesir dulu, iaitu Abdul Ghani dan Dr Hannah. Amat kesal sekali kerana majlis sepenting ini tidak dapat kami hadiri.

3. Pada hari yang sama juga, ada dua majlis kawin lain yang juga tidak dapat di hadiri. Tidak kesampaian kerana hal y…

KITA DIMUSUHI KERANA KITA NEGARA ISLAM?

Inilah persoalan yang bermain di dalam pemikiran saya, iaitu sesuatu negara itu mungkin tidak sangat dimusuhi, sekiranya negara itu bukan negara Islam, atau kalau negara Islam pun tetapi dapat berkompromi dengan "musuh", maka negara ini yang bernama negara Islam pun, tidak akan diganggu atau dilebalkan dengan berbagai-bagai lebal seperti tidak demokratik, tidak menghormati kebebasan dan hak asasi manusia dan sebagainya.

Negara-negara Islam seluruh dunia hampir kesemuanya berada dalam kerisis, di Asia Barat, Afrika dan Asia. Pendeknya negara2 yang majoritinya penduduk Islam, maka negara2 itu sedang dilanda kerisis, keganasan, berperang sama sendiri, berbunuhan dan sebagainya, termasuk bom kereta, pengebom berani mati, berperang atas dasar ideologi mazhab dan puak, kaum dan suku, dan seribu satu jenis kerisis lain lagi.

Lihatlah negara2 di Asia Barat dan Afrika Utara, Tunisia, Mesir, Bahrain, Syria, Jordan, Yaman, Libya dan lain-lain, di samping Sudan, Somalia dan Nigeria. Mana…

PENYAKIT JIWA

Saya pernah menulis di sini tentang keadaan orang musyrikin yang menentang Rasulullah SAW dan musuh-musuh baginda yang lain. Sungguh pun Rasulullah SAW membawa ajaran yang bertamadun dan berakhlak, mengasakan Tuhan, tetapi musuh-musuhnya itu menganggap bahawa risalah baginda hanya akan mencabar tradisi dan amalan yang mereka warisi dari nenek moyang mereka, lalu mereka menentang baginda dengan bersungguh-sungguh, walau pun ada ketika-ketikanya mereka dapat melihat juga kebenarannya, tetapi mereka melawan baginda hanya semata-mata kerana degil dan taksub, iaitu menentang hanya kerana mahu menentang dan membantah.

Mereka mengada-adakan persepsi yang mengelirukan tentang diri dan mesej baginda untuk meracuni pemikiran para pengikut mereka, iaitu dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai "orang gila" "ahli sihir" dan sebagainya, dan para pengikut mereka mempercayai segala sesuatu yang mereka gambarkan tentang diri baginda, lalu semuanya bangun mengganas, berkomplot un…

KENAPA STADIUM MERDEKA??

Kenapa tidak di stadium Shah Alam, Bukit Jalil, atau Stadium Bandaraya Pulau Pinang, atau ... atau....? Kenapa he?

TAK PERLULAH SAMPAI AGONG BERTITAH

Bagaimana pun kali ini tak mengapalah sehingga SPB Yang Di Pertuan Agong terpaksa masuk campur untuk mengelakkan perbuatan pihak-pihak tertentu yang menganjurkan perjumpaan Bersih 2.0 itu.

Rakyat sendiri sebagai warga negara yang matang dan rasional, yang mengetahui buruk baiknya tindakan mereka, itulah yang seharusnya menyedari akibat tindakan mereka yang ekstrem itu tanpa menunggu Agong sendiri yang menyatakan demikian.

SBD Yang Di Pertuan Agong, sebagai ketua di raja yang berdaulat, seharusnya tidak perlu lagi masuk campur mengingatkan rakyat tentang sesuatu tindakan mereka yang keterlaluan itu, yang sebenarnya amat jelas tindakan itu hanya akan mencetuskan huru hara dan suasana yang tidak aman dalam negara. Hal ini memang difahami oleh majoriti rakyat, malah mungkin kanak-kanak sekolah pun tahu akibatnya.

Baginda hanya mungkin perlu masuk campur dalam isu-isu negara yang lebeh penting dan lebeh bersifat global, daripada terpaksa masuk campur dalam tindakan segelintir manusia yang…

BERSIH 2.0

Telah saya terangkan di dalam "Talk Show" dengan TV Al-Hijrah semalam tanggapan saya kenapakah nak diteruskan perjumpaan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Saya nampak penganjurannya akan terus hendak mengadakan tunjuk perasaan itu ialah kerana isu "ketidak adilan" SPR. Tetapi SPR telah membuka pintu perundingan untuk membincangkan isu ini sebelum di adakan tunjuk perasaan itu, namun pihak penganjur tidak mahu berunding dengan SPR.Kenapakah tidak mahu berjumpa dan berunding dengan SPR? Kenapakah tidak mahu menjelaskan dan menghujahkan habis-habisan dengan SPR di manakah kepincangan dan kezaliman SPR yang di maksudkan itu? Kenapakah tidak menjelaskan satu persatu secara terperinci apakah isunya sehingga nampaknya SPR tidak adil?

Tetapi penganjur Bersih 2.0 masih mahu meneruskan rancangan mereka dan menutup pintu perundingan dengan SPR. Malah akan meneruskan juga niat mereka "by hook or by crook".

Sebagai membuka peluang untuk perbincangan yang sihat, seandai…