Posts

Showing posts from February, 2011

Komen

Sdra Datuk Abdul Manaf Ahmad telah menghantar komennya yang agak panjang. Sebahagian besar dari komennya ini ialah pandangan Sheikh Mustafa Lutfi Al-Manfaluti, pujangga terkenal Mesir. Oleh itu saya siarkan sepenuhnya komen beliau, dan sebagai manusia biasa hamba Allah SWT yang diberikan fikiran, kita haruslah mengambil yang baik dan positif dari pandangannya itu.
Terimakasih kepada beliau.

Ismail Ibrahim
MENGAPA ULAMAK BESAR
TIDAK MAHU MENYERTAI POLITK
Abd. Manaf Ahmad

Seorang Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.

Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.

“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat mel…

RIBUT TAUFAN DUNIA ISLAM

Saya rasa setiap orang dari umat Islam yang berada dalam dunia pada hari ini, harus merasa sedih dan dukacita, serta merasa bimbang dengan keadaan bergelora yang sedang melanda keseluruhan dunia Islam akhir-akhir ini.

Ribut taufan yang melanda dunia Islam selama ini, iaitu yang berlaku sebelum tercetusnya peristiwa revolosi di rantau Asia Barat dan Afrika Utara baru-baru ini, maka kerisis yang berlaku itu pada umumnya tidak sangat disedari, dan agak terpencil di dalam kawasan dan rantau tertentu, yang tidak merebak dengan penuh gelora dan gelombang yang besar seperti yang berlaku pada hari ini.

Dimulai dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia, kemudian diikuti di Mesir yang berjaya menyingkirkan kedua-dua ketua negara tersebut, maka kini kehangatan gelombang itu mulai terasa amat memuncak di Libya, di samping Bahrain, Yemen, Jordan, Moroko, Moritania, dan tentunya agak memuncak di negara yang sememangnya menunggu curahan minyak di atas bara api sahaja, iaitu di Iraq.

Kebanyakan negara y…

Dari Taipei ke Istanbul

Dalam jangka masa empat hari saya terpaksa menghadiri dua Persidangan antarabangsa di dua tempat yang amat berjauhan antara satu dengan yang lain. Pertama sekali saya berada di Taipei membentangkan kertas kerja saya pada 21 Februari, dan pada 22 Februari harus kembali ke KL jam 8 pagi kerana pada malamnya harus terbang pula ke Istanbul dengan pesawat MAS yang bertolak meninggalkan KLIA pada jam 12.30 selepas tenngah malam yang telah memasuki hari Rabu 23 Februari.

Persidangan antarabangsa di Teipei membicarakan tema A Common Human Value selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Februari, dan Persidangan di Istanbul membicarakan tentang Global Movement For Justice, Peace and Dignity yang berlangsung pada 23 Februari.

Yang amat menarik perhatian dalam Persidangan di Taipei ialah tentang pandangan dari para pembentang kertas kerja yang terdiri daripada para pengikut kepelbagaian agama, Islam, Budha, Hindu, Taosime, Confisua dan lain-lain tentang nilai-nilai bersama dan kehidupan bersama antara…

AMBIL YANG JERNIH-Tun Dr Mahathir dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz

Saya tidak mahu bicara politik kepartian, kerana Tun Dr Mahathir (TDM) dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz (TGNA), kedua-duanya adalah ahli politik dalam parti politik yang berbeza. Oleh itu apabila mereka berdua berdebat atau saling tuduh menuduh, maka sedikit sebanyaknya adalah bertitik tolak dari ideologi politik masing-masing. Dan oleh kerana mereka berdua berbicara tentang konflik di antara umat Islam, sambil menyentuh pula beberapa isu agama, maka selain dari isu politik, isu agama juga turut disentuh, termasuk yang berkaitan dengan hukum hakam yang mirip kepada fatwa agama. Maka tentang isu agama inilah yang saya rasa kita boleh turut berbicara.
Dalam kebanyakan jawapan yang diterangkan oleh TGNA sebagai menjawab komen TDM, iaitu yang berdasarkan kepada sejarah kedatangan Islam dan keperibadian Nabi Muhammad SAW serta beberapa kesimpulan yang dibuat oleh TGNA tentang Islam pada umumnya adalah benar.
Soal Nabi ditegur malaikat, dua era zaman yang dikenali sebagai Jahiliah dan Islam ya…

KITA ADA RASULULLAH. TAK PERLULAH VALENTINES

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDU-RASUL. SEMOGA KEHIDUPAN KITA MENJADI LEBEH BAIK DUNIA AKHIRAT.

SEMENTARA BELUM TENTU HUJUNG PANGKALNYA TENTANG ST. VALENTINES DAY, MAKA ELOKLAH ORANG ISLAM TIDAK MERAYAKAN HARI ITU, NAMA ST. VALENTINES ITU PUN TELAH CUKUP MERAGU-RAGUKAN KITA ORANG iSLAM, DAN WALAU PUN PERAYAAN ITU DIDAKWA TELAH BERTUKAR MENJADI HARI KEKASIH MENGIKUT BUDAYA SAJA, TETAPI ASAL USULNYA MELETAKKAN KITA DALAM DILEMA. SAYA MASIH TETAP MENYERU SUPAYA HAL INI DIANALISIS DENGAN ILMU DAN HIKMAH OLEH PARA ULAMAK DAN SARJANA ISLAM KITA.

BERKASIH SAYANG PUN BIARLAH BUKAN KERANA NAMA VALENTINES ITU, TETAPI ATAS NAMA NILAI AGAMA KITA KERANA KASIH DAN SAYANAG ADALAH SIFAT YANG DIHUBUNGKAN DENGAN ALLAH SWT, SEBAGAI TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

NAMUN KITA TIDAK PERLULAH MENYALAHKAN VALENTINES DAY, SEKIRANYA ANAK MUDA KITA MENYELEWENG ATAU MELAKUKAN MAKSIAT DAN DOSA, HAL ITU ADALAH SALAH ANAK MUDA ATAU KITA SENDIRI, SEOLAH-OLAH HANYA MENCARI JALAN UNTUK MENJUSTIFIKASIKAN PERBUATAN …

HARI KEKASIH !

Mungkin kalau hanya hari 14 Februari di namakan Hari Kekasih sahaja, maka tak banyaklah kontraversi yang timbul, mungkinlah !. Tetapi apabila di sebut Valentine >Day maka gambaran dan kefahaman yang timbul dari istilah itu menyebabkan ramai orang gelabah, keliru dan samar-samar.

(1) Orang menjadi keliru, terutamanya di kalangan orang Islam ialah kerana hari tersebut dalam istilah Valentine Day sering dihubungkan dengan ritual dan akidah Keristian, jadi orang Islam haruslah menjauhinya dan tidak seharusnya merayakan hari tersebut takut mencemarkan akidah.

(2) Kekeliruan juga timbul apabila hari tersebut sering dihubungkan dengan perayaan muda mudi yang tidak berkahwin, maka mereka merasa pada hari inilah mereka seharusnya keluar bersama, memadu cinta asmara, dan melakukan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan oleh orang yang belum berkahwin. Maka dari sudut ini, orang Islam janganlah merayakannya, kerana agama Islam melarang keras perbuatan itu.

Itulah rasanya dua persoalan dan is…

HARI RAYA DI MESIR

MESIR BERHARI RAYA, HOSNI MUBARAKTELAH BERUNDUR, MUNGKIN TELAH PUN KELUAR NEGARA. ORANG MESIR PUN TAHU BAHAWA MEREKA BERAYA DULU SEKARANG INI, KERANA BANYAK PERSOALAN YANG TIMBUL, APAKAH YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI? SIAPAKAH YANG AKAN MEMEGANG KUASA? APAKAH BENTUK PEMERINTAHAN SELEPAS INI? TETAPI PERSOALAN ITU MUNGKIN TIDAK MERISAUKAN SANGAT, KERANA YANG MEREKA MAHU SELAMA 18 HARI BERDEMONSTRASI INI TELAH PUN TERCAPAI. BERHARI RAYALAH DULU !

AMERIKA SYARIKAT TENTU SEDANG BERKIRA-KIRA APAKAH AGENDA SETERUSNYA UNTUK DILAKUKAN DI DALAM BIDANG DIPLOMASI, POLITIK DAN EKONOMI MEREKA DI MESIR. A.S. TENTULAH MERASA GELABAH TENTANG MASA DEPAN PERJANJIAN DAMAI DI ANTARA MESIR DAN ISRAEL.

BANYAK KETUA NEGARA ARAB LAIN JUGA SEDANG MERASA BAHANG KEPANASAN DAN DALAM GELABAH JUGA TAKUT API REVOLOSI MESIR INI MEREBAK KE NEGARA MEREKA.

DAN BANYAK PIHAK LAIN JUGA, TERUTAMANYA PIHAK AS DAN BARAT AKIBAT DARI PERSEPSI SALAH ISLAMIPHOBIA, MULAI MERASA TAKUT KALAU-KALAU NEGARA MESIR MENJADI NEGARA "ISLA…

KENAPA RAKYAT ARAB MEMBERONTAK?

Rakyat Tunisia mulai memberontak, dan Presidennya terpaksa meletakkan jawatan. Rakyat Mesir melihat saudara-saudra mereka di sana berjaya memaksa Presidennya meletakkan jawatan, maka mereka juga merasa perlu berbuat demikian untuk mendesak Presiden mereka, Hosni Mubarak, mengundurkan diri.

Rakyat Arab di beberapa buah negara yang lain juga mulai sedar akan kuasa mereka, maka berlakulah beberapa gerakan pendahuluan seperti itu di Jordan, Yemen, Algeria dan lain-lain, yang menyebabkan banyak ketua negara Arab berada dalam kecemasan, sehingga memaksa beberapa orang dari mereka memecat Perdana Menteri, menteri atau melancarkan beberapa pembaharuan yang dirasakan akan menteteramkan hati dan perasaan rakyat.

Inilah sebenarnya perubahan yang berlaku di kalangan rakyat, yang sebelum ini tidak kelihatan sangat akan suhu panasnya yang mendidih seperti ini.

Ketika saya berada di Mesir semasa menyambung pelajaran di sana sekitar akhir-akhir tahun eanm puluhan dan seterusnya mungkin sehingga berpulu…

TAK BOLEHKAH TAK BERPOLITIK SEMPIT?

Tak bolehkah kita orang Melayu jika tidak berpolitik sempit, atau tidak mempolitikkan semua hal secara yang amat dangkal dan tidak bertamadun sekali?
Isu pelajar-pelajar kita yang terperangkap di Mesir itu pun hendak dipolitikkan. Ada yang menuduh Kerajaan lemah dan sengaja tidak bertindak untuk menyelamatkan pelajar-pelajar kita itu. Ada pula yang berkata Kerajaan patut padankan muka pembangkang dengan memberikan keutamaan usaha menyelamatkan itu untuk pelajar-pelajar yang hanya menyokong Kerajaan terlebeh dulu.
Kedua-dua pandangan ini amat mendukacitakan majoriti rakyat Malaysia, yang waras dan rasional pemikirannya.
Setiap orang boleh bayangkan bahawa bilangan pelajar kita di Mesir itu berapa ribu orang? Hampir 11,000 atau lebeh. Apakah mungkin bilangan pelajar yang ramai dan berselerak di merata negara Mesir itu dapat diselamatkan dalam masa sehari dua? Bolehkah negara dan Kerajaannya yang sedang menghadapi kerisis yang besar itu akan kita uruskan hanya untuk kita sahaja bagi usaha …
BICARA YANG KEJI

MANUSIA BERBICARA
DARI HATI DAN LIDAH
YANG LURUS, BERHIKMAH
ATAU
FITNAH DAN DUSTA,
SEBAB MANUSIA GABUNGAN PELBAGAI UNSUR
SYAITAN DAN INSAN
ATAU
MALAIKAT DAN HAIWAN

MAHA SUCI ALLAH
YANG MENCIPTA PERUMPAMAAN
TENTANG BICARA MANUSIA
BICARA YANG BAIK DAN KEJI
BAHAWA BICARA YANG BAIK
UMPAMA POHON
TEGUH BERTUNJANG DI ALAM BUMI
RENDANG DAN SUBUR
MENGELUARKAN BUAH-BUAHAN
UNTUK MANFAAT INSAN DAN HAIWAN
ALAM KESELURUHANNYA

DAN….
BICARA YANG KEJI
YANG TERHAMBUR PENUH DURJANA
KUFUR DAN INGKAR
IBARAT POHON YANG REPUT
AKAR DAN TUNJANGNYA LONGGAR
TANPA BUNGA, TANPA BUAH
MENUNGGU RUNTUH DI LANDA ANGIN KENCANG.

ALLAH AZZAA WAJALLA
MENGUMPAMAKAN SEGALA BICARA BURUK DAN KEJI
IBARAT POKOK YANG GOYANG
BUAHNYA PAHIT DAN MAUNG
TANPA RASA
TANPA MANAFAAT
UNTUK INSAN DAN HAIWAN

DEMIKIANLAH IBARATNYA
INSAN YANG LEMAH IMANNYA
RAPUH DAN LONGGAR
UNSUR KEMALAIKATAN DIRINYA
SERING MENYERAH KALAH
KETIKA MENGHADAPI BADAI KEHIDUPAN

SEMUA INSAN YANG PUNYA AZAM
IKHTIAR DAN USAHA
LALU BERTAWAKAL
MEMOHON RESTU
HIDAYAH DAN PETUNJUK ALLAH
BEKALAN K…

Mesir Di Ambang Kehancuran

Manusia yang paling risau sekali pada masa kini bagi kita rakyat Malaysia ialah ibu bapa yang anak-anak mereka berada di Mesir pada ketika ini, iaitu ketika Mesir sedang menghadapi berbagai-bagai kerisis kemanusian, ekonomi, politik dan kehidupan keseluruhannya, termasuk kehancuran dan kemusnahan infrastruktur, kelaparan dan 1001 masalah kemanusian yang sedang berlaku di sana. Pihak penunjuk perasaan berkeras supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan SEKARANG juga, mengikut jejak Presiden Tunisia yang telah pun meninggalkan negaranya, tetapi pihak Presiden Mubarak mahu menunggu sehingga pilihan raya baru pada bulan September akan datang.
Kalau kedua-dua pihak berkeras, maka kerisis ini akan berlanjutan dan tiada siapa pun yang akan menanggung akibat buruknya kecuali rakyat Mesir secara langsung. Wang berbilion yang berada di Mesir telah pun di bawa keluar, bank dan mesin ATM di tutup, barang-barang makanan mulai kehabisan, penyakit tentulah mulai berlaku kerana hospital juga mengal…