Posts

Showing posts from 2016

HARI KE-30 PUASA - 5. 7. 2016

Dalam menyambut Hari Raya tahun lalu (2015) saya melakar ingatan dan harapan begini: "Demikianlah, satu hari lagi hari raya berlalu dalam kehidupan Muslimin Muslimat, dan satu hari lagi umur mereka bertambah, bermakna satu hari lagi juga umur mereka berkurang. Hari ini berlalu sudah, dan hari yang sama akan menjelma lagi pada tahun hadapan, cuma umur orang-orang yang berpisah dengan hari ini, pada tahun ini, adakah akan sempat menanti kembalinya lagi hari ini pada tahun yang akan datang...hanyalah Allah yang akan menentukannya... Alhamdulillah dengan menjelangnya hari terakhir puasa esok, menjalang Hari Raya pada 6 Julai 2016 maka insya' Allah kita sedang melangkah untuk menerima kembalinya Hari Raya tahun ini, sekiranya Allah memanjangkan umur kita satu hari lagi... Namun Hari Raya ini kembali dalam suasana yang luar biasa, ketika terdapat begitu banyak unsur dan ragam manusia yang tidak lagi mempunyai peradaban dan tamaddun, kerana beberapa buah negara Islam telah

HARI KE-29 PUASA - 4. 7.2016

CURI TULANG KETIKA SOLAT TERAWIH... Gelagat orang2 tua kampung saya ketika mengerjakan solat terawih di surau kami kira2 40 tahun dulu kadang2 menggelikan hati mengingatinya kini. Dulu tidak pernah timbul isu terawih lapan atau dua puluh rakaat. Masa itu belum ada orang yang membawa pembaharuan di dalam ibadat solat terawih tentang bilangan rakaatnya. Semua mengikut adat turun temurun, iaitu solat dua puluh rakaat. Ketika menunaikan solat terawih ketika itu, imam tidak membaca ayat2 yang panjang seperti sekarang iaitu ketika imam kadang2 membaca surah tertentu dari al-Quran memakan masa sehingga 15 - 20 minit atau lebih untuk membaca satu juzu' al-Quran Imam membaca Al-Fatehah dan ayat lazim mulai dari surah Al-Takathur (Al-Hakumuttakathur)....sehingga surah Al-Masad (Tabbat Yada Abi Lahab), cukup dua puluh rakaat, kemudian sambung dengan witir 3 rakaat dua salam, sama seperti solat witir yang di amalkan sekarang. Cuma orang kampung yang tela

HARI KE-28 PUASA - 3. 7. 2016

Top of Form DS Ahmad Husni Hanadzlah - Watak Berintegriti. DS Ahmad Husni Hanadzlah, rakan di waktu dulu yang sering menyokong dan menghargai kerja saya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM 1992 - 2002). melalui catatannya dalam akhbar hari ini (3 Julai 2016) mengukuhkan lagi pengenalan saya dengan beliau, dan menguatkan lagi keyakinan saya tentang beliau sebagai seorang insan yang punya integriti. Beliau menceburkan diri dalam sebuah syarikat, selepas bertugas sebagai banker, dengan niat bersih untuk membantu anak bangsa, tetapi terpaksa meninggalkannya dengan penuh hampa, semata2 kerana mempertahankan integriti, yang sedang dicerobohi oleh manusia yang tidak berintegriti...Lagi isu integriti sebagai falsafah hidup menghadirkan diri dalam kehidupan beliau.. Pada 27 Jun 2016 beliau mengambil keputusan mengundurkan diri dari politik, berpindah ke fasa seterusnya dalam hidup dan karier beliau, setelah kerjayanya, yang mungkin belum dapat diselesaikan dengan integr

HARI KE-27 PUASA - 2. 7. 2016

Bapa saya di lantik sebagai Penghulu mukim Pinang Tunggal entah bagaimana caranya tidak saya ketahui...Saya sedar2 bapa saya telah menjadi penghulu mukim, iaitu mukim Pinang Tunggal, yang mengandungi kampung Matang Berangan, Kampung Jawa, Pinang Tunggal dan mungkin ada satu kampung yang lain. Bapa menjadi Penghulu di bawah YTM Tunku Putra katanya, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Muda, yang mukim Pinang Tunggal ini termasuk di dalam kawasan Tunku. Dia selalu juga menceritakan kepada kami anak2nya, bahawa Tunku itu amat baik, lembut dan tidak mengira pangkat serta keturunannya ketika berhubungan dengannya.  Sebagai Penghulu bapa saya mempunyai kuasa yang agak besar dalam mengendalikan mukim dan kampung2 di bawahnya. Ada satu orang keluarga Cina yang tinggl di kampung Matang Berangan, sering memberikan buah limau dan kueh bakul kepada kami anak beranak ketika menyambut tahun baru Cina. Ada satu hari, seorang ketua keluarga C

HARI KE-26 PUASA - 1. 7. 2016

Tiga orang paling berkuasa di kampung zaman dulu, sebelum kemerdekaan, ialah Penghulu, Tok Imam dan Guru Besar. Tiga orang ini sebagai otoriti kampung. Pada ketika itu Penghulu menguasai satu Mukim, dan satu Mukim menggabungkan beberapa buah kampung kecil. Penghulu sebagai pengerusinya, Tok Imam pun menguasai seluruh kampung kerana masjid hanya satu sahaja, demikian juga Guru Besar, dan dia otoriti semua kampung di dalam mukim itu, kerana sekolah pun satu sahaja. Tradisi ini amat berkesan untuk kesejahteraan kampung. Penghulu merupakan pucuk pimpinan mukim dan kampung. Kepemimpinan amat penting untuk kesejahteraan kampung dan para penghuninya, kerjasama, gotong royong, menjaga keamanan dan sebagainya. Guru Besar mempunyai komitmen tentang pelajaran dan pendidikan di sekolah, mendisiplinkan pelajar dan menghubungi ibu bapa tentang kemajuan sekolah serta perilaku dan nilai moral anak2 sekolah, hingga orang kampung semua menyerahkan anak2 mereka kepada Guru Besar, ajar dan didikl

HARI KE-25 PUASA - 30. 6. 2016

Modes operadi serangan yang dilakukan terhadap negara Turki  dua tiga hari ini, nampaknya sama sahaja dengan yang dilakukan terhadap negara2 Islam lain, termasuk di beberapa buah negara Arab, dan yang masih mengganas sekarang ini di Syria. Negara yang di serang itu pertama2nya akan mengalami ketidak setabilan ekonomi dan politik, walau pun sebenarnya berlaku di dalam keadaan yang aman. Ketidak setabilan politik dan ekonomi sering mewujudkan kegelisahan rakyat dan keadaan sosial yang tidak tenteram, terutamanya bagi negara yang mengalami pengangguran yang agak  tinggi, harga barang meningkat, sara hidup yang mulai meningkat, dan himpitan hidup yang di rasakan oleh rakyat berpendapatan rendah. Maka dalam keadaan yang tidak setabil dan tidak menentu inilah berlakunya kerisis politik, etnik dan sering juga kerisis agama di antara penganut2 yang berbeza2 anutan agamanya, malah membawa kepada kegawatan mazhab di dalam agama itu sendiri. Ketika inilah akan berlakunya kegana

HARI KE-24 PUASA - 29. 6. 2016

Dulu, zaman saya kecil2 di kampung, bila tiba hari ke sepuluh terakhir puasa, maka sibuklah masing2 menyediakan kelapa, beras pulut, dan akan mulai masuk hutan mencari daun palas untuk buat ketupat raya. Yang kanak2 pula akan mencari tempurung kering yang bakal digunakan pada malam raya bagi menerangi halaman rumah, iaitu dengan menyusun tempurung ini melalui sebatang kaya yang di tanam di atas tanah agak panjang, lalu tempurung itu di tebuk lubang dan di susun dari bawah ke atas, hingga ke kemuncak kayu itu. Pada malam raya tempurung ini akan di bakar dari atas dan api akan membakar sehingga ke bawah dengan cahayanya menerangi pekarangan rumah.  Kadang2 ada dua tiga bakaran tempurung di atas tiang yang tertegak tinggi ini, sehingga apinya terus menyala beberapa jam, dan ketika itulah budak2 bermain mercun, bunga api dan meriam buluh. Orang2 dewasa pula sibuk juga ke madrasah atau ke masjid mengintai2 malam lailatul-qadar, terutamanya menjelang malam 27 puasa. Jamuannya

HARI KE-23 PUASA - 28. 6. 2016

Negara Turki yang mengalami keadaan yang tidak setabil sejak beberapa bulan ini, hari ini di kejutkan dengan letupan bom di lapangan terbangnya Istanbul. Istanbul merupakan sebuah lapangan terbang yang sebuk di Eropah, dan menjadi pintu masuk ke Turki oleh bilangan pelancong yang ramai. Bulan lalu dan hari2 yang berikutnya, letupan bom berlaku juga di tengah2 kota Istanbul, khususnya di kawasan pelancungan yang terkenal dan bersejarah. Serangan bom ini menyebabkan ramai yang terkorban, termasuk pelancung asing, dan keadaan ini memberikan kesan kepada industri pelancungan negara Turki, kerana bilangan pelancung telah menurun dengan ketara. Turki menjadi sasaran keganasan, yang pada amnya merupakan akibat dari keadaan politik yang mengalami kerisis, terutamanya di antara Kerajaan dengan parti Kurdish. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak setabil dalam politik Turki, iaitu perebutan kuasa dan konflik ideologi politik di antara rakyat yang menyokong kebangkitan Islam denga

HARI KE-22 PUASA - 27. 6. 2016

Mufti ialah sumber fatwa rasmi negeri2 di Malaysia ini. Oleh kerana Mufti merupakan otoriti rasmi untuk mengeluarkan fatwa, maka seharusnya para Mufti hendaklah berhati2 mengeluarkan fatwa, hatta dalam hukuman biasa setiap hari pun, apa bila Mufti bercakap maka cakapannya itu telah di anggap sebagai fatwa. Baru2 ini terdapat "fatwa' dari Mufti Pahang dan Perak, yang menjadi isu perdebatan, iaitu ketika Mufti Pahang mengeluarkan fatwa nya bahawa terdapat orang2 bukan Islam di negara kita ini yang di hukum sebagai kafir "harbi" iaitu kafir yang seharusnya (boleh?) di perangi, manakala Mufti Perak pula mengeluarkan fatwa bahawa tidak sah membayar zakat terus kepada ansaf (orang2 yang berhak menerima zakat) yang menurutnya pembayar zakat hendaklah membayar zakatnya kepada badan rasmi yang di lantik oleh Majlis Agama Islam Negeri yang di kira sebagai 'amil iaitu Pusat Pungutan Zakat dan 'amil yang bertauliah. Mereka sememangnya bebas mengeluarkan fatwa,

HARI KE-21 PUASA - 26. 6. 2016

Beberapa hari yang lalu, saya membaca dalam akhbar on-line tentang beberapa orang Barat bukan Islam yang ingin mencuba berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini. Mereka secara sukarela mencuba untuk berpuasa seperti orang Islam. Hal ini berlaku di beberapa buah negara Arab yang mempunyai hubungan rapat dalam bidang perniagaan dengan negara2 Eropah, seperti Qatar, dan UAE. Tetapi semalam saya mendengar dari cucu saya yang sedang belajar di Kolej Tuanku Jaafar, Mantin N.S., menceritakan kepada saya bahawa Kolejnya membuka peluang kepada para pelajarnya bukan Islam untuk berpuasa pada hari Ahad dan Rabu sekiranya mereka ingin mencuba secara sukarela. Kata cucu saya, Ziad, 16 tahun, terdapat juga di antara pelajar Malaysia dan bukan Malaysia yang bukan Islam mencuba untuk berpuasa, terutamanya pada hari Rabu, kerana pada hari Ahad mereka tidak bersekolah, yang mungkin agak sukar berpuasa kerana Ahad mereka tidak ke sekolah. Ziad menceritakan kepada saya bahawa ada di antara mereka ya

HARI KE-20 PUASA - 25- 6- 2016

Gelagat orang2 tua kampung saya ketika mengerjakan solat terawih di surau kami kira2 40 tahun dulu kadang2 menggelikan hati mengingatinya kini. Dulu tidak pernah timbul isu terawih lapan atau dua puluh rakaat. Masa itu belum ada orang yang membawa pembaharuan di dalam ibadat solat terawih tentang bilangan rakaatnya. Semua mengikut adat turun temurun, iaitu solat dua puluh rakaat. Ketika menunaikan solat terawih ketika itu, imam tidak membaca ayat2 yang panjang seperti sekarang iaitu ketika imam kadang2 membaca surah tertentu dari al-Quran memakan masa sehingga 15 - 20 minit atau lebih untuk membaca satu juzu' al-Quran Imam membaca Al-Fatehah dan ayat lazim mulai dari surah Al-Takathur (Al-Hakumuttakathur)....sehingga surah Al-Masad (Tabbat Yada Abi Lahab), cukup dua puluh rakaat, kemudian sambung dengan witir 3 rakaat dua salam, sama seperti solat witir yang di amalkan sekarang. Cuma orang kampung yang telah agak berumur, sering kali mencuri tulang ketika sembahyan

HARI KE-19 PUASA - 24. 6. 2016

Semua amal ibadat yang kita lakukan adalah di sertai dengan niat kerana Allah SWT, termasuklah ibadat puasa yang kita lakukan hari ke 19 pada hari ini. Ibadat itu kita lakukan ialah kerana menunaikan perintah Allah dan kerana Allah, bukan kerana sesuatu makhlok dan tujuan yang lain, sehinggakan perbuatan yang kita lakukan untuk kepentingan sesama manusia adalah juga kerana Allah seperti perbuatan memberi sedekah kepada sesama manusia, maka niatnya ialah kerana Allah, supaya kita diberikan ganjaran oleh Allah SWT dengan kerja yang di galakkan oleh Allah itu, sedangkan manfaatnya ialah untuk kepentingan orang yang kita berikan sumbangan dan sedekah itu. Puasa bulan Ramadhan juga kita laksanakan kerana telah di fardhukan oleh Allah, dan kita lakukan kerana menunaikan perintah Allah. Banyak para penyelidik di dalam berbagai2 bidang kehidupan manusia, seperti pakar perubatan, ahli psaikologi, sosiologi, kerohanian dan sebagainya telah membuat kajian tentang puasa dan mereka, mener

HARI KE-18 PUASA - 23. 6. 2016

Bagi orang yang biasa berpuasa, tentulah puasa dengan menahan nafsu ini tidaklah terasa amat payah dan berat. Itulah hikmat puasa, iaitu untuk melatih diri supaya mempunyai adat dan budaya hidup yang tertentu. Nafsu tamak haloba, menabur fitnah dan mengumpat orang, kalau telah menjadi kebiasaan, tentulah amat susah untuk di tinggalkan. Demikian juga segala sifat2 buruk yang telah menjadi tabiat seseorang, memang akan menjadi kebiasaan, dan tidak terasa bahawa hal2 itu adalah merupakan satu tabiat buruk bagi manusia ini. Oleh itu puasa merupakan satu didikan rohani dan jasmani untuk di biasakan sehingga menjadi budaya dan peraturan hidup yang mudah sekali di amalkan. Membentuk budaya berdisiplin, mengurus waktu dengan baik, menjaga perbualan dan pertuturan, malah menjaga hati dari buruk sangka dan berperasaan negatif semata2 dalam hidup ini, merupakan satu tabiat manusia yang tidak dapat di perbaiki tanpa latihan yang praktikal. Hal ini menjadi bertambah kuat dan k

HARI KE-17 PUASA - 22. 6. 2016

HAMPIR 40 TAHUN BERPUASA DAN BERAYA DI DALAM PENJARA? BERUNTUNG JUGA BAGI ORANG iSLAM YANG DI KENAKAN HUKUM DUNIA, KERANA HUKUM INI SERING MENJADI KEINSAFAN KEPADA MEREKA. Hari ini kita baca dalam akhbar tempatan bahawa ada seorang banduan yang di hukum penjara seumur hidup kini memasuki ke tahun 38 berpuasa dan beraya di dalam penjara.... Banduan ini mengaku dengan ikhlas bahawa dia amat merinduai keluarganya dalam bulan Ramadhan dan berhari raya yang telah di jalani selama 38 tahun di sebalik pagar besi dan lantai simen penjara yang kasar dan menjemukan itu.... Dia dulunya liar dan lupakan dosa pahala, tidak tahu apa kah ibadat dan nilai moral dan akhlak yang baik sesama manusia dan dunia sekelilingnya. Saya rasa hal inilah yang menyebabkan dia bertindak liar melakukan kesalahan yang menyebabkan dia di penjara seumur hidup kerana mengetuai satu rompakan bersenjata. Dia sekarang telah berumur 71 tahun, dan menceritakan bahawa ketika dia memasuki penjara sekitar tahun 1978 d

HARI KE-16 PUASA - 21. 6. 2016

Pengalaman peribadi saya sendiri menunjukkan bahawa para pengikut kepelbagaian agama di dunia ini amat mengharapkan supaya nilai etika agama dan ciri-ciri sejagat agama akan dapat menjadi teras pegangan manusia bagi merealisasikan sebuah kehidupan yang aman sejahtera, beretika dan bermoral tinggi, iaitu ketika dalam tahun 1998, semasa menerajui Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) saya turut serta menghadiri satu perhimpunan berbagai agama yang telah diadakan di Chicago dengan dihadiri oleh lebih daripada dua ratus perwakilan yang mewakili semua agama dan kepercayaan seluruh dunia, iaitu perhimpunan yang dinamakan Parliament of the World’s Religions . Perhimpunan tersebut telah memperakukan empat komitment yang berikut untuk direalisasikan oleh masyarakat seluruh manusia di dunia ini bagi mewujudkan masyarakat manusia yang sejahtera dan aman. Empat komitmen tersebut ialah I.      Commitment to a culture of non-violence and respect for life II.    Commitment to a culture o

HARI KE-15 PUASA - 20. 6. 2016

·  MELAYU BOLEH ! Dalam bulan puasa ini, di Surau Jumaat P. 14 Putrajaya, muncul imam Sudais muda umur 19 tahun...Memang Melayu boleh. Dia boleh membaca ayat Al-Quran ketika menjadi imam terawih dengan tertib, lemah lembut dan lagu gaya Imam Makkah, Sheikh Sudais..Jemaah Arab yang mengikuti solah terawih tersebut juga mengakui hal ini....Orang Islam berbahasa Arab dan keturunan darah Arab mungkin banyak yang dapat menurut bacaan dan lagu Sudais. tetapi Melayu, yang makan belacan atau budu dan tempoyak, baca ikut Sudais bagi kita agak ganjil. dan jarang2. Rupa2nya bila satu kumpulan jemaah kami berbual, kata mereka di Malaysia ini memang banyak Sudais, baca lagu Sudais, dan tarannum juga tarannum Sudais, sejak lama dah. Bukan hanya lagu Sudais tetapi dulu, Mahmud Husairi, Abdul Basit Abdul Samad, dan sekarang Al-Ghamidi serta beberapa orang lagi Imam Makkah yang dapat di tiru bulat2 oleh orang Melayu... Ajaib, fikir saya, kerana orang Islam la

HARI KE-14 PUASA - 19. 6. 2016

Ibadat puasa yang kita masuki ke hari yang ke empat belas pada hari ini merupakan ibadat seumur hidup yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Ibadat ini mempunyai kaitan rapat dengan pemupukan nilai2 ketuhanan, taqwa, sabar, keteguhan iman dan tanggung jawab yang penuh amanah dengan Allah SWT. Namun dalam masa yang sama puasa  juga penuh dengan ajaran kemanusiaan dalam menjaga lidah dan perbuatan, tutur kata dan pengucapan dengan orang lain, bantuan serta pertolongan sesama insan yang lemah, miskin dan menderita, menjauhkan buruk sangka, fitnah dan umpatan sesama insan.  Puasa juga melatih manusia menjadi makhluk yang berakal, berilmu, berdisiplin, bersih luaran dan dalaman, berbudi pekerti mulia, bertanggung jawab sosial dan sentiasa peka kepada kepentingan umum. Inilah ertinya penghayatan ilmu yang di perolehi melalui akal fikiran iaitu ilmu aqli, dan yang di perolehi melalui kitab suci Al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW yang di namakan

HARI KE-13 PUASA - 18. 6. 2016

Ledakan pembangunan ilmu manusia dalam  komputer dan teknologi serta peralatan yang berhubungan dengannya telah sampai ke peringkat yang tinggi dalam masa yang singkat sahaja, iaitu kira2 dalam jangka waktu lima atau enam puluh tahun terakhir ini. Mereka telah dapat menguasai dunia dan masyarakat  manusia keseluruhannya dengan melakar sejarahnya yang tersendiri sebagai rekod pembangunan ilmu manusia jika di bandingkan dengan pembangunan dalam bidang pertanian dan perindustrian yang telah mengambil masa ratusan malahan ribuan tahun dulu, Perkembangan pesat inilah yang mengambil tempat dalam arena kecanggihan teknologi manusia hari ini iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, ICT... Manusia yang bertamaddun sentiasa memandang ke hadapan dengan penuh harapan untuk meningkatkan kemahiran ilmunya, dan seperti yang saya sebutkan sebelum ini, manusia boleh maju ke hadapan untuk mencapai sasarannya dengan kekuatan dalaman dan keyakinan diri yang tinggi seperti yang di anjurkan oleh iba

HARI KE 12 PUASA - 17. 6. 2016

Kita di dalam negara ini sering merasakan bahawa masa itu amat cepat berjalan. Mungkin kerana kehidupan majoriti orang kita dalam keadaan yang agak senang. Makan, pakai, kerja, perjalanan, pengangkutan dan sebagainya masih agak selesa, walau pun dari segi ekonomi bagi sebahagian keluarga agak tertekan disebabkan harga barang, pakaian dan sebagainya lebih mahal dari biasa. Kerana itu secara cepat pula nampaknya kita melalui bulan puasa ini, sehingga pada hari ini kita telah berpuasa masuk ke hari yang ke dua belas. Dua belas hari berpuasa dan dua belas malam pula kita bersembahyang terawih, membaca Al-Quran, bertadarus dan beramal.  Memang telah menjadi rutin kebanyakan orang Islam yang merasakan bahawa dalam bulan puasa inilah mereka menumpukan sepenuhnya kepada amal ibadat, menjauhkan umpatan dan maksiat yang lain, seolah2 hal itu hanya perlu dijauhkan hanya di dalam bulan puasa, dan dengan itu terfikir pula mereka bahawa di luar bulan Ramadhan mereka akan kembali bebas s

HARI KE-11 PUASA - 16. 6. 2016

Ibadat di fardhukan oleh Allah untuk hamba2-Nya adalah untuk-Nya. Kita juga menunaikan ibadah dengan niat kerana Allah. Namun segala ibadat untuk Allah itu adalah mengandungi hikmahnya yang tersendiri, iaitu yang di sebut sebagai "hikmah al-tasyri" iaitu hikamh syariatnya.  Ibadat puasa ini mempunyai banyak hikmat dan rahsianya, dan semuanya merupakan latihan yang amat berguna untuk manusia di dunia dan akhirat. Puasa memberikan kekuatan dalaman yang sering tidak dapat di laksanakan oleh orang yang lemah. Bila kita berniat dan berazam untuk berpuasa, maka kita telah bersedia dengan segala kekuatan dalaman dan luaran, fizikal dan spiritual kita untuk menghadapi sebarang apa saja cabaran dan halangan. Inilah maknanya kekuatan dalaman, hati nurani, kekuatan mental dan kekuatan fizikal serta jasmani yang di punyai oleh orang yang berpuasa kerana Allah SWT. Berpuasa ertinya berdisiplin dalam pengurusan waktu dan masa, kerana permulaan puasa dan pengakhirannya di ten