Posts

Showing posts from May, 2011

BEZANYA AHLI POLITIK KITA DENGAN ORANG LAIN!

'ITULAH BEZANYA AHLI POLITIK KITA DENGAN AHLI POLITIK NEGARA LAIN, TERUTAMANYA AHLI POLITIK DI NEGARA-NEGARA MAJU.

DI SANA KALAU ADA JAMBATAN RUNTUH, ATAU KEMALANGAN KERETAPI, MENTERI PENGANGKUTAN AKAN MELETAK JAWTAN DULU, KEMUDIAN BUAT SIASATAN.

DEMIKIAN JUGA, KALAU PESAKIT MENINGGAL, ATAU SALAH RAWATAN, MAKA MENTERI KESEHATAN AKAN MELETAK JAWATAN.........DAN DEMIKIANLAH SETERUSNYA, ETC .ETC.

TETAPI KITA TIDAKLAH MAHU SAMPAI BEGITU, PATUTNYA TENGUKLAH KES-KES TERTENTU, IAITU TENGUK APAKAH ISUNYA, SEKIRANYA HAL ITU MENYENTUH ISU MORAL DAN AKHLAK, MAKA PADA MASA ITU MUNGKIN AHLI POLITIK ITU PATUT MELETAKKAN JAWATANNYA DULU, KEMUDIAN MATI-MATILAH MEMPERTAHANKAN DIRINYA, KERANA HAL INI MERUPAKAN SESUATU YANG TIDAK DAPAT DI LIHAT OLEH MATA KASAR ORANG RAMAI, DAN MENYENTUH MARUAH DAN NAMA BAIK BANGSA SENDIRI, SERTA PERIBADINYA SENDIRI.

KES SKANDAL SEKS BARU-BARU INI YANG MELANDA TURKI, JUGA YANG TERBARU, MASIH PANAS-PANAS LAGI, IALAH YANG MELIBATKAN SEORANG MENTERI PERANCIS YANG DITUDU…

KENAPA NEGARA ISLAM DALAM KANCAH PERANG

PADA PANDANGAN SAYA TERDAPAT DUA ELEMENT YANG MENYEBABKAN NEGARA-NEGARA ISLAM DI ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA TERJEBAK DALAM KANCAH KEKACAUAN. PERTAMA IALAH KERANA UNSUR DALAMAN, DAN KEDUA KERANA TEKANAN DARI LUAR.

UNSUR DALAMAN IALAH KERANA PENGURUSAN POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL YANG TIDAK CEKAP OLEH KERAJAAN, JUGA SIFAT TAMAK HALOBA DAN MENGEJAR KUASA DAN BENDA OLEH SESETENGAH KETUA NEGARA BERKENAAN YANG MENYALAH GUNAKAN KEKAYAAN NEGARA UNTUK DIRINYA DAN KELUARGA ATAU KRONINYA SAHAJA.

DENGAN ITU RAKYAT MERASA TERTEKAN, KEKURANGAN PELUANG PEKERJAAN, INFLASI, KENAIKAN HARGA BARANG, DAN YANG AMAT TERASA IALAH KEHAKISAN HAK ASASI MANUSIA DAN PERENTAH DARURAT YANG DIKENAKAN SEPANJANG MASA SEHINGGA RAMAI YANG TERPAKSA MENDARAT DAN BERUMAH TANGGA DI PENJARA, DIKURUNG TANPA KEADILAN BEGITU LAMA.

HAL INI YANG BERLAKU DI BEBERAPA BUAH NEGARA ARAB DI SANA, YANGKEMUDIANNYA APABILA BERLAKU PEMBERONTAKAN RAKYAT, MAKA KETUA NEGARA YANG TERDESAK OLEH BEBEERAPA ELEMEN DALAMAN DAN TEKANAN DARI LUAR, TERU…

PELAMPAU AGAMA ? AMBILLAH IKTIBAR

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI PULAU PINANGYANG MENDAPATI MP JELUTONG, JEFF OOI, BERSALAH KERANA MEMANGGIL SEORANG BEKAS AHLI PKR, MOHD. RAZALI ABDULLAH, SEBAGAI "ORANG GILA" DAN "PELAMPAU AGAMA" SEHARUSNYA MENJADI IKTIBAR DAN PELAJARAN YANG AMAT BERGUNA UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA.

MUNGKIN GELARAN "ORANG GILA" TIDAK SEHEBAT TUDUHAN "PELAMPAU AGAMA" YANG TELAH DIUCAPKAN OLEH YB MP ITU, KERANA MENUDUH ORANG LAIN SEBAGAI "GILA" MERUPAKAN CACIAN DAN MAKI HAMUN BIASA YANG HANYA MELANGGAR ADAB SOPAN DAN NILAI MORALORANG YANG MENUDUH DAN ORANG YANG DITUDUH ATAS SIFAT PERIBADI MEREKA,DAN PENYAKIT "GILA" MERUPAKAN PENYAKIT YANG BOLEH DIHIDAPI OLEH SESIAPA SAHAJA,TANPA MEMILIH BANGSA, BUDAYA DAN ADAT SESEORANG MANUSIA ITU DAN HANYA MERUPAKAN CACIANPERIBADI KEPADA ORANG ITU.

TETAPI MENGATAKAN SEORANG ITU "PELAMPAU" ATAU ""EKSTREMIS AGAMA" MAKA HAL INI ADALAH MENYENTUH KESELURUHAN ORANG LAIN YANG SAMA AGAMANYA D…

PEMANDU WANITA !!

KALAU DI MALAYSIA, SEORANG AHLI PARLIMEN, YB BUNG MOKHTAR, KALAU TAK SILAP SAYA, MENEGUR PEMANDU WANITA NEGARA KITA SEBAGAI PEMANDU YANG TAK SELAMAT, CERITANYA BERLAINAN DI ARAB SAUDI. DI SANA WANITA HARAM MEMANDU. WANITA TIDAK DIBENARKAN MEMANDU KERETA.

SEBAB ITU, KELUARGA HARUSLAH MEMPUNYAI ANAK LELAKI, ABANG, ADIK LELAKI, DAN SUAMI TENTUNYA, UNTUK MEMANDU KERETA, MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH, ISTERI KE PASAR RAYA, ORANG SAKIT KE HOSPITAL, DAN KEMANA-MANA SAJA, MESTILAH ADA ORANG LELAKI YANG MEMANDU.

SELAIN DARI ITU WANITA YANG BERKEPERLUAN KELUAR RUMAH DENGAN KERETA, HARUSLAH MENAIKI TEKSI. BAS DI KEBANYAKAN TEMPAT, TAK ADA BAS KHUSUS BAGI PENUMPANG WANITA, HANYA MENGAMBIL PENUMPANG LELAKI, ITU PUN BASNYA MASA'ALLAH, UZUR, KECIL, KOTOR DAN SEBAGAINYA.

ORANG KAYA AMBIL PEMANDU LELAKI, GAJI ORANG PILIFINO, BANGLA, INDIA, PAKISTAN, INDONESIA ATAU ORANG AFRIKA JADI PEMANDU, TERMASUK MEMBAWA ANAK ISTERI TUAN RUMAH.

KELMARIN, 22 MEI 2011, SEORANG WANITA SAUDI BERNAMA MANAL AL-SHERIF, NEK…

ISU PERKAUMAN: HARUSKAH DI HEBOHKAN DALAM MEDIA

SAYA PERHATIKANAKHBAR BERBAHASA INGGERISTELAH MENYIARKAN BANYAK KENYATAAN DARI PARTI-PARTI KOMPONAN BN YANG MEMBANGKITKAN ISU KETIDAK ADILAN YANG DIKATAKAN DI LAKUKAN OLEH JPA TERHADAP PARA PELAJAR YANG SEPATUTNYA MENDAPAT BIASISWA, TETAPI, MENGIKUT KENYATAAN ITU, TIDAK DIPILIH UNTUK MENERIMA BIASISWA.

SAYA RASA TIDAK SESIAPA PUN YANG AKAN MEMPERTIKAIKAN HAL INI SEKIRANYA KENYATAAN ITU MEMANG SAHIH DAN BENAR, MALAH SUDAH SEMESTINYA HAL INI PERLU DIBETULKAN.

CUMA YANG INGIN SAYA TIMBULKAN DI SINI IALAH KEGHAIRAHAN PARA PIMPINAN PARTI-PARTI KOMPONAN BN ITU SENDIRI YANG MENGHEBOH-HEBOHKAN HAL INI DI DALAM MEDIA, DAN MEDIA ITU PULA MEMBANGKITKAN ISU INI SEOLAH-OLAH SEMUANYA ITU ADALAH BERLAKU KERANA TERDAPAT PARA PEGAWAI DALAM KERAJAAN SENDIRI YANG BERSIKAP BERAT SEBELAH.

PADA PANDANGAN SAYA HAL INI SEPATUTNYA DITIMBULKAN TERUS KEPADA PIHAK KERAJAAN KERANA PARA PEMIMPIN POLITIK YANG MENIMBULKAN ISU INI SEBENARNYA BERADA DALAM KERAJAAN, DAN MEREKA MEMPUNYAI KESEMPATAN UNTUK MENGETUK PINTU P…

BOS IMF LETAK JAWATAN

BOS IMF AKHIRNYA MELETAKKAN JAWATAN, WALAU PUN DIA, MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG YANG DILAKSANAKAN DI SESETENGAH NEGARA, MASIH DI ANGGAP TIDAK BERSALAH SEHINGGA DIBUKTIKAN DIA BERSALAH OLEH MAHKAMAH SETELAH MELALUI PROSES UNDANG-UNDANG KE PERINGKAT YANG TERAKHIR.

TETAPI ITULAH SIKAP YANG SERING DITUNUJUKKAN OLEH RAKYAT NEGARA MAJU, IAITU APABILA TERDAPAT TUDUHAN YANG MENCEMARKAN IMEJ DAN KEPEIBADIANNYA DI MATA UMUM, MAKA ORANG ITU AKAN BERUNDUR, TIDAK AKAN MENGATAKAN DIRINYA TIDAK BERSALAH, ATAU MATI-MATI MEMPERTAHANKAN DIRINYA SEBAGAI ORANG YANG TIDAK BERSALAH.

DENGAN MASUK SAHAJA KESNYA KE MAHKAMAH, MAKA HAL ITU TELAH DIANGGAP MENYENTUH KREDIBALITINYA SEBAGAI SEORANG TERNAMA, PENTING DAN MEMPUNYAI HARGA DIRI, WALAU PUN DIA BERHAK BERJUANG MEMPERTAHANKAN DIRINYA SEHINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR.

DIA MUNGKIN MEMIKIRKAN BAHAWA PENGUNDURAN DIRINYA ADALAH LEBEH BAIK UNTUK KEPENTINGAN UMUM, KEPENTINGAN ORGANISASINYA DAN KEPENTINGAN NEGARANYA SENDIRI, MAKA DIA HARUSLAH BERKORBAN D…

DUNIA PENUH SKANDAL

BERITA TERBARU MENGGEMPARKAN DUNIA, IALAH TENTANG SKANDAL SEKS YANG MELIBATKAN BOS IMF DI AMERIKA SYARIKAT. BERITA SEKS TIDAKLAH MENGHAIRANKAN, KERANA SEKS ADA DI MANA-MANA SAJA MANUSIA BERADA. TETAPI YANG MENGEJUTKAN IALAH APABILA APABILA ORANG YANG MELAKUKANNYA, ATAU DI TUDUH MELAKUKANNYA, ADALAH SEORANG TERNAMA, PERSONALITI DUNIA, ITULAH YANG MENGGEMPARKAN.

HAKIM PULA AMAT TEGAS, SETELAH POLIS MENANGKAP SUSPEK DALAM PESAWAT YANG SEDANG DALAM PERSIAPAN AKHIR UNTUK BERANGKAT TERBANG, LALU DIA DI BAWA KE MAHKAMAH, DAN MAHKAMAH MELALUI HAKIMNYA YANG TEGAS ITU TIDAK MEMBENARKAN DIA DI IKAT JAMIN. DIA DIGARI, DAN TERAPKSA MERENGKOK DI DALAM PENJARA.ITULAH BERITAYANG KITA BACA DAN TONTON.

HAI DUNIA GLOBAL, ITULAH AGAKNYA SIMBOL BAGI SKANDAL ALAF BARU KURUN 21 INI!! MACAM-MACAM BOLEH JADI. SKANDAL SEKS TAK KIRA SIAPA-SIAPA PUN, ASALKAN DIA BUKAN MALAIKAT, DAN TETAP BERNAMA MANUSIA.

INILAH JUGA YANG MUNGKIN NAMANYA MANUSIA "BERPENYAKIT". KENAPA HARUS MELAKUKAN PERBUATAN GANJIL MENGGA…

BERCAKAP BENARLAH...

SAYA INGIN MERUJUK KEMBALI KEPADA YANG SAYA TULIS SEBELUM INI IAITU HARAP SEMUANYA IKHLAS DAN JUJUR SEKIRANYA KITA MAHU MEMBANGUNKAN NEGARA DAN BANGSA KITA DALAM AMAN SEJAHTERA.

RUJUKAN SAYA IALAH KEPADA BERITA TENTANG KERISIS YANG DICETUSKAN TENTANG MENJADIKAN KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA, DAN EKORAN NYA MAKA PM TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN KUMPULAN AGAMA ISLAM DAN KEMUDIANNYA DENGAN PIHAK KETUA AGAMA KRISTIAN.

PERKEMBANGAN TERBARU NAMPAKNYA AGAK MENGELIRUKAN, DAN MENGGANGGU SEDIKIT PERASAAN KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA, IAITU TERBIT DARI LAPORAN POLIS SEORANG ANGGOTA PEMBANGKANG AGAMA ISLAM TENTANG ISU YANG SAMA.

SAYA RASA DALAM HAL INI KITA SEMUA HARUSLAH BERCAKAP BENAR. NABI MUHAMMAD SAW MEMBERIKAN CONTOH TENTANG BERCAKAP BENAR DI DALAM BANYAK HADISNYA, SEPERTI TANDA MUNAFIK IALAH BERCAKAP BOHONG.

ISLAM MEMPUNYAI DASAR BAHAWA KITA HARUS BERCAKAP BENAR WALAU PUN PAHIT. KALAU KITA BEERSALAH SEGERALAH BUAT PEMBETULAN, MOHON MAAF DAN TIDAK SEHARUSNYA MENGULANG PERKARA YANG SAMA PADA M…

Barat vs Timur, Kristian vs Islam ??

Manusia menjadi semakin ganas dan buas dalam era yang sepatutnya manusia menjadi semakin bertamadun. Di mana-mana saja dalam dunia ini kita dapat membaca dan melihat di kaca tv, manusia bertindak di luar peri kemanusiaan, membunuh, mengamuk, menggunakan roket, meriam, parang, dan membunuh dengan bom yang diikat pada diri sendiri, kemudian meletupkannya di tengah-tengah orang ramai, membunuh dirinya dan orang lain di sekelilingnya yang tidak diketahui siapakah mereka.

Diantara dunia manusia yang bertindak ganas itu, nampaknya dunia Arab dan Islam menjadi juaranya. Hari ini kita melihat di Libya, Syria dan Yemen, bunuh membunuh sesama sendiri menjadi "ibadat" harian. Mesir dan Tunisia menyaksikan pembunuhan yang kecil, kerana ketua negara kedua-dua buah negara itu segera mengundurkan diri, lalu pertumpahan darah dapat di minimumkan.

Tetapi Libya mempunyai ketua negara yang keras, degil dan pejuang yang tak tahu kalah, lalu berlakulah pertempuran antara kedua belah pihak, rakyat …

HARAP SEMUA IKHLAS

Saya turut dalam kumpulan sarjana/ ketua pertubuhan Islam yang dijemput untuk bertemu dengan PM semalam, Rabu 11 Mei 2011. Saya tidak perlu menjelaskan segala pengucapan teman-teman dalam rombongan itu kepada PM. Saya boleh jelaskan sikit yang saya kemukakan kepada PM dalam ungkapan yang amat ringkas, kerana saya merupakan peserta terakhir yang dapat bersuara ketika masa terlalu pendek untuk PM mendengar semua pandangan.

Saya sebut dua perkara :
1. Kita harus sedar hakikat, dan kalau orang awam tak tahu atau tak sedar, kita perlu menerangkan, media perlu menjelaskan, bahawa peruntukan tentang agama Islam sebagai agama negara di dalam Perlembagaan tidak mungkin dapat dipinda walau pun dengan persetujuan 2/3 ahli Parlimen, iaitu sekiranya tidak mendapat perkenan dari Yang di Pertuan Agong.
2. Kalau itulah hakikatnya kenapakah terdapat orang yang masih menggertak untuk mengubah Perlembagaan tentang agama negara ini? Dan kalau hakikatnya demikian juga, kenapakah orang, dan media, masih mah…

SELAMAT HARI JADI UMNO....

BIASANYA MANA-MANA ORGANISASI PUN APABILA TELAH BERLALU USIANYA AGAK LAMA, MUNGKIN PARA PENERAJUNYA KADANG-KADANG LUPA TUJUAN ASAL PENUBUHANNYA. TETAPI NAMPAKNYA, UMNO WALAU PUN TELAH BERLALU BEGITU LAMA, SLOGANNYA MASIH SAMA IAITU BERJUANG UNTUK AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR, DAN PADA UMUMNYA PERJUAANGAN INI MASIH DITERUSKAN OLEH PEMIMPINNYA DARI MASA KESEMASA.

SLOGAN INI MENJADI DASAR DAN MATLAMAT PERJUANGANNYA, YANG SAYA NAMPAK CUBA DIREALISASIKAN OLEH PEMIMPIN UMNO DARI DULU HINGGA SEKARANG. CUMA AGENDA DAN STRATEGI PERJUANGAN MEMANTAPKAN OBJEKTIF INI SAHAJA YANG AGAK BERBEZA MENGIKUT KEADAAN MASA DAN VISI PEMIMPIN ITU SENDIRI DALAM ERA MASING-MASING.

SAYA RASA UMNO DI BAWAH KEPEMIMPINAN TUNKU DULU BARU SAJA CUBA MENYESUAIKAN DIRI SELEPAS LAMA NEGARA KITA DI JAJAH, DAN PADA MASA ITU SAKI BAKI PEMIKIRAN DAN CARA HIDUP BARAT MASIH MEMPENGARUHI MASYARAKAT KITA.

TETAPI BAGAIMANA PUN, ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, TELAH CUBA MEMBAWA UMNO TURUN KEPADA MASYARAKAT MELYU YANG PADA KETIKA …

EMOSI MENGATASI RASIONAL...!!

Saya tau bagaimana emosi kadang kala amat meledak dalam kepala manusia dan menjadikannya tidak berfikiran rasional. Keadaan ini boleh menjadi budaya bagi sesuatu bangsa dan umat, sehingga di warisi turun temurun.

Saya berada di dunia Arab, sebagai pelajar, selama 4 tahun ketika saya masih remaja, iaitu di Mesir, pada tahun 1963 hingga 1967. Dalam masa empat tahun itu saya memahami tabiat orang Arab, pada umumnya mereka amat emosional dan amat sentimen, mengikut perasaan dan kadang-kadang bertindak gopoh gapah, terburu-buru. (Kehadiran saya di Arab Saudi dari tahun 2005 sehingga 2008, juga membantu saya memahami trend ini dari kaca mata saya yang lebeh dewasa dan dalam kedudukan yang lain)

Pautan mereka kepada ketua negara, kepada Presiden umpamanya, amat kuat, dan hal ini berlaku mungkin kerana Presiden mereka yang pertama yang teragong, Gamal Abdul Nasser, telah membawa negara kepada corak baru, Republik, menggantikan sistem beraja di bawah pemerintahan Raja Farouk.

Mereka menyanjungi G…

KITA PERLU MASA BERTENANG.....

DALAM KEADAAN KETIKA PERASAAN PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN AMAT KENCANG DIBANGKITKAN SEKARANG INI OLEH BEBERAPA PIHAK YANG TERTENTU, MAKA SAYA RASA SEMUA RAKYAT HARUSLAH BERTENANG DAN BERHIKMAH, BERPANDANGAN JAUH, DAN YANG PENTINGNYA BERHATI-HATI MENERIMA BERITA DAN SEBARANG MAKLUMAT YANG MERUPAKAN PROVOKASI UNTUK MEMBANGKITKAN PERASAAN PERKAUMAN ATAU KEAGAMAAN.

SATU DUA BLOG YANG MEMBAWA BERITA, TIDAK SEMESTINYA DIBERIKAN REAKSI YANG MENDAHULUI FAKTA DAN KENYATAAN YANG MUNGKIN BERLAKU DI SEBALIKNYA. REAKSI YANG DIBERIKAN ADA KALANYA MENAMBAHKAN LAGI KEKOSOTAN SUASANA POLITIK NEGARA KITA, TERUTAMANYA DARI SUDUT MEMBANGKITKAN SENSITIVITI PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN MASYARAKAT KITA.

ISU TENTANG "MENJADIKAN KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA" BARU-BARU INI UMPAMANYA, HARUSLAH DISIAST KENYATAANNYA TERLEBEH DAHULU DAN DIPERIKSA AKAR UMBI KEBENARANNYA SECARA TELITI, SEBELUM DISENSASIKAN ISU ITU SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN KERESAHAN DALAM MASYARAKAT KITA, TERUTAMANYA APABILA PIHAK POLIS SEND…

HARI JUMAAT - MARI DEMONSTRASI !

Nampaknya telah menjadi amalan dalam masyarakat Islam seluruh dunia bahawa demonstrasi akan dilakukan pada hari Jumaat. Selepas menunaikan sembahyang Jumaat, maka jemaah ramai-ramai akan keluar ke jalan raya, tanah lapang, atau ke bangunan "musuh" yang tertentu, untuk mengibarkan sepandok, berpekik melolong, atau berucap dengan penuh semangat dan emosi, untuk sesuatu tujuan yang tertentu.Hal ini telah lama bermula, dan semakin marak serta berleluasa ketika negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, iaitu rata-ratanya negara Islam, mulai menjadikan waktu lepas Jumaat ini sebagai waktu untuk keluar beramai-ramai bagi menunjukkan kemarahan, bantahan dan sebaginya kepada sasaran yang tertentu, mulai dari Tunisia, Mesir membawa kepada Yaman, Syria, Bahrain, Moroko dan lain-lain lagi.

Ibadat solat jumaat diikuti dengan pekikan Allah Akbar, dan kadang-kadang, di ikuti dengan tembak menembak antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan, lalu berlakulah kematian, kecederaan dan …

TAHNIAH KEMALA !

SAUDARA KEMALA,TAHTIAH YANG SETINGGI-TINGGINYA DI ATAS PEMILIHAN TEPAT YANG TELAH DILAKUKAN KE ATAS DIRI SAUDARA YANG TELAH DINOBATKAN SEBAGAI SASTERAWAN NEGARA.

SUNGGUH PUN PEMILIHAN ITU TELAH AGAK TERLEWAT DARI MASANYA, TETAPI DAHULU KEMUDIAN ITU TIDAKLAH MERUPAKAN PERSOALAN YANG BESAR. YANG PENTINGNYA SAUDARA TELAH DILETAKKAN DI ATAS MARTABAT YANG BETUL, BERDASARKAN SUMBANGAN SAUDARA SELAMA INI DALAM DUNIA KESUSASTERAAN NEGARA.

KESUSASTERAAN ITU BUKAN HANYA KATA-KATA DAN HANYA PENGUCAPAN INDAH YANG PENUH DENGAN RETORIKA ATAU KHAYALAN SEMATA-MATA, TETAPI KESUSASTERAAN JUGA ADALAH PEMIKIRAN, PERUTUSAN DAN PENGISIAN MINDA, ROHANI DAN JASMANI. DAN SAUDARA TELAH BERJAYA MENYAMPAIKAN HAL INI SEMUA MELALUI KARYA SAUDARA.

TAHNIAH SEKALI LAGI, SYABAS, DAN SEMOGA ALLAH MEMBERKATI SEGALA USAHA SAUDARA.

Video Seks dan Permainan Media

Saya merasakan bahawa isu video seks ini menarik komen para ulamak untukbertikai dan berseliseh pandangan. Tidak cukup dengn pertikaian tentang fatwa tertentu yang menyebabkan pertikaian para mufti sesama sendiri, maka dalam kes video seks ini pun para ulamak masing-masing berbicara dalam nada yang berbeza.

Bagi saya peranan media yang membesar-besarkan isu ini, tujuannya hanyalah satu, iaitu supaya masyarakat sendiri dalam diam-diam dapat mengambil kesimpulan di sebalik segala perkembangan yang berlaku selama ini, iaitu yang melibatkan datuk T dan DSAI. Ulamak tidak harus melatah dalam hal ini, kerana mereka merupakan orang-orang terhormat yang tidak sepatutnya terlibat dalam isu-isu yang dipertikaikan, terutamanya yang menyentuh isu emosi dan politik partisan.

Dato yang bersumpah laknat di Masjid Amrul-ibn-As bukan diminta oleh sesiapa, malah ia melakukan demikian atas tanggung jawabnya sendiri. Permainan media meminta DSAI supaya bersumpah juga, pada tanggapan saya, semata-mata untuk…

KEMATIAN OSAMA BIN LADEN !

KITA BERSAMA DENGAN RAKYAT AMERIKA YANG BERKUMPUL BERAMAI-RAMAI MERAYAKAN KEMATIAN OSAMA BIN LADEN, KERANA KITA SENDIRI SEBAGAI ORANG ISLAM YANG BERPEGANG KEPADA KONSEP "UMMATAN WASATAN" UMAT YANG ADIL DAN TERPILIH, YANG TIDAK SUKA KEPADA JALAN KEKERASAN DAN RADIKAL SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH, JUGA MERASAKAN BAHAWA TINDAKAN PEMBUNUHAN DAN KEGANASAN YANG DI LAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA, TERMASUK OLEH SEGELINTIR UMAT ISLAM, ADALAH BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA KITA.

KITA BERSAMA DENGAN OBAMA YANG BERKATA "JUSTICE HAS BEEN DONE" DAN BUSH YANG MENSIFATKAN KEMATIAN OBAMA SEBAGAI "MOMENTOUS ACHIEVMENT".

CUMA SATU PERSOALAN YANG HARUS KITA KETENGAHKAN : APAKAH KEMATIAN OSAMA AKAN MELENYAPKAN SEMANGAT PERJUANGAN YANG BERAPI-API MEMBARA DI DALAM DADA PARA PENGIKUTNYA YANG MENYIMPAN KEBENCIAN TERHADAP AMERIKA SYARIKAT DAN KUASA BARAT YANG MENINDAS DAN MENGINAYAI RAKYAT YANG TIDAK TERDAYA DI ATAS MUKA BUMI INI?

SATU SOALAN LAIN YANG TIMBUL : KENAPAKAH AMERIKA SYAR…

PERGOLAKAN DUNIA ISLAM YANG TIDAK HABIS-HABIS ....!!

PERHATIKAN SAJA BERITA MELALUI MEDIA CETAK DAN LETRONIK, KITA AKAN MENDENGAR DAN MEMBACA BAHAWA HAMPIR SEMUA NEGARA ISLAM DI DUNIA MENGHADAPI MASAALAH DAN KERISIS YANG AMAT KETARA DALAM EKONOMI, POLITIK, SOSIAL DAN SEBAGAINYA. SELAIN DARI PALESTIN YANG TELAH SEDIA MENGALAMI KERISIS POLITIK, KEMANUSIAAN, EKONOMI DAN 1001 KEKANGAN YANG LAIN SEJAK PULUHAN TAHUN YANG LALU, MESIR YANG TELAH PUN MENYAKSIKAN PENARIKAN DIRI PRESIDEN HUSNI MUBARAK, SAMA SEPERTI TUNISIA, MAKA KINI YEMEN DAN SYRIA SEDANG BERGOLAK DENGAN PERTUMPAHAN DARAH, PEMBUNUHAN SESAMA SENDIRI, JUGA LIBYA YANG SEDANG BERMANDI DARAH DENGAN HEBATNYA, BERBUNUHAN SESAMA BANGSA DAN AGAMA, LALU DIPELAWAKAN PULA ASKAR LUAR UNTUK MEMBANTU PEMBERONTAK MENJATUHKAN PIMPINAN SENDIRI.

AFGHANISTAN DAN PAKISTAN SERTA IRAQ SEBUK DENGAN KEMATIAN MANUSIA YANG BANYAK KERANA BOM YANG DI LETUPKAN OLEH PENGEBOM BERANI MATI. SUDAN DAN NIGERIA JUGA MENGHADAPI KERISIS, TERMASUK KONFLIK DI ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN, MALAH NEGARA JIRAN KI…