Posts

Showing posts from June, 2017

PUASA BERLAPAR DAN DAHAGA

Bulan Ramadan hampir habis. Kemungkinan besar Ahad ini Raya. Dan hingga kini, puasa bagi entah berapa ramai orang Islam di seluruh dunia, malah di negara kita juga, hanya seperti yang di sifatkan oleh Rasulullah SAW :"Berapa ramai orang yang berpuasa, yang tidak mendapat sesuatu apa pun selain dari lapar dan dahaga sahaja"
Orang yang berperang, berbunuhan di negara2 yang berperang berkemungkinan termasuk di dalam kategori ini, iaitu bulan Ramadan ini mungkin menjadi kan mereka berpuasa, tetapi tidak ada yang mereka manfaatkan, kecuali tidak makan dan tidak minum, lapar dan dahaga, sedangkan hikmah puasa yang lain, yang lebih berbentuk kekuatan rohani dan jasmani, kekuatan azam dan cita2, perilaku dan nilai2 moral, menjadi manusia yang bermoral dan berakhlak, punya cita2 yang lebih kuat untuk bertanggung jawab terhadap diri dan orang lain, hanya tinggal di dalam buku, tazkirah dan kata2 pemanis mulut saja yang sering di keluarkan di mana2 saja terdapat peluang untuk di syarahk…

INSTITUSI TAHUNAN RAMADAN

Institusi yang mendidik seorang bayi itu hingga ke besarnya, seterusnya ke peringkat dewasa dan meninggal dunia adalah mereupakan pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal itulah yang pertama mendidik kanak2, seperti pendidikan ibu bapa, media : Tv dan lain2, kemudian pendidikan luar rumah termasuk institusi sosial, bisnes, dan lain2 Bila anak2 yang sampai masanya pergi ke tadika dan sekolah, maka pada masa itulah dia menerima pendidikan formal, dari tadika hingga ke Uniiversiti, dan dalam peringkat2 inilah dia mempelajari ilmu dan membangunkan potensi serta perwatakannya untuk masa muka dengan mempelajari berbagai2 bidang ilmu pengetahuan dari guru sekolah dan para pensyarah university. Dalam sistem Islam, para pelajar mempelajari ilmu secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal di lalui oleh umat manusia awal melalui gurunya yang terdiri dari para Nabi dan Rasul yang di ututskan Allah kepada umat dan kaumnya yang tertentu. .. Tetapi bagi umat manusia yang terke…

Hari ke-8 Berpuasa - hari berkabung

Anak2 itu, sekumpulan pelajar tahdiz,  menumpang kenderaan, menuju ke satu program Quran, pada pagi itu, tiba2 terlibat kemalangan ngeri, berdarah dan ada yang kehilangan nyawa.
Dipandang dari sudut mana sekali pun, insya'Allah yang meninggal, tepat pada hari baik, Jumaat, dan bulan baik, dalam bulan puasa. Insya' Allah mereka mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sunnat Allah, juga takdir Allah, mengatasi segala2nya. Tetapi terdapat sunnah alam, yang boleh di pelajari dari kejadian alam, yang perlu di ketahui sejauh manakah kuasa manusia dan ikhtiarnya untuk menolak kemlangan dan sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa dengan memahami sunnah alam ini, juga dengan meletakkan di dalam pengetahuan kita akan sebab musabab yang membawa kemalangan.

Sekiranya semua ini telah di pelajari dan disedari, tiba2 berlaku juga kehendak Allah, maka hal ini tidak dapat di tafsir dan di salahkan sesiapa, memang kehendak Allah.

Para pemandu kini, banyak yang sabar dan mengikut sunnah alam. Tetapi…

SUJUD SAJDAH SUBUH HARI KE-7 PUASA

Puasa hari ke-7 tiba pada hari ini, Jumaat…dan seperti yang di amalkan, setiap Jumaat, ketika menunaikan solat subuh, para jemaah bersujud ketika di bacakan ayat tertentu dari surah As-Sajdah selepas Al-Fatehah rakaat pertama. Hal ini telah menjadi amalan yang biasa di negara kita.  Zaman saya masih kanak2 dulu, amalan ini tidak dilakukan, kerana pada masa itu, bersolat subuh dilakukan seperti biasa setiap hari tanpa kecuali. Dulu memang lah orang Melayu kita melakukan ibadat solat secara yang asasi dan agak mudah. Terawih pun hanya di lakukan dengan membaca surah2 pendek selepas Al-Fatehah, iaitu mulai dari surah “Al-Takathur” (Alhakumut-Takathur) dan berakhir dengan surah “Al-Masadd” (Tabbat Yada Abi Lahab) cukup 20 rakaat, dan imam kampong pada masa itu pun jarang sangat terdapat Hafidz seperti sekarang. Lebai2 kampung saja yang biasanya menjadi imam sembahyang, tidak bergelar hafidz. Alhamdulillah orang Islam di negara kita amat memahami tentang sujud sajdah ini, yang diamalkan dal…

FIKIRAN MELAYANG ? BARU 6 HARI BERPUASA

FIKIRAN BERTERBANGAN ENTAH KE MANA


Berpuasa di kampong dulu2, atau mungkin sekarang juga, amat rapat dengan alam tabie dan peredarannya. Bangun sahur dan seterusnya menunggu waktu Subuh, orang kampong hanya di ulet oleh suasana sepi dan pekat malam. Tidak ada suara burung2, ayam itek, lembu kambing seperti yang kedengaran pada waktu siang. Ada tak ada pun kadang2 sangat, terdengar suara kucing bergaduh sama sendiri, atau sedang bersuara nyaring mencari kawan. Suara kucing sayup2 yang membelah keheningan malam dan awal subuh inilah yang sering di gunakan oleh ibu2 kampung yang sedang menidurkan anak kecilnya supaya diam dan pejam mata segera…
Ramadan juga mendekatkan kita dengan alam tabie. Pekat malam ketika kita menghadapi hidangan sahur, kemudiannya mulai cerah, memperlihatkan fajar menyingsing di kaki langit, dan ketika inilah ramai orang yang telah pun berjalan balik dari masjid atau surau, dan suara burung unggas mulai terdengar, atau suara ibu2 ayam yang berarak dengan anak2nya …