Tuesday, July 5, 2016

HARI KE-30 PUASA - 5. 7. 2016


Dalam menyambut Hari Raya tahun lalu (2015) saya melakar ingatan dan harapan begini:


"Demikianlah, satu hari lagi hari raya berlalu dalam kehidupan Muslimin Muslimat, dan satu hari lagi umur mereka bertambah, bermakna satu hari lagi juga umur mereka berkurang. Hari ini berlalu sudah, dan hari yang sama akan menjelma lagi pada tahun hadapan, cuma umur orang-orang yang berpisah dengan hari ini, pada tahun ini, adakah akan sempat menanti kembalinya lagi hari ini pada tahun yang akan datang...hanyalah Allah yang akan menentukannya...

Alhamdulillah dengan menjelangnya hari terakhir puasa esok, menjalang Hari Raya pada 6 Julai 2016 maka insya' Allah kita sedang melangkah untuk menerima kembalinya Hari Raya tahun ini, sekiranya Allah memanjangkan umur kita satu hari lagi...

Namun Hari Raya ini kembali dalam suasana yang luar biasa, ketika terdapat begitu banyak unsur dan ragam manusia yang tidak lagi mempunyai peradaban dan tamaddun, kerana beberapa buah negara Islam telah mengalami letupan bom dan roket.  

Turki pada mulanya mengalami keadaan yang tidak aman dan tidak setabil, kemudian di ikuti oleh Bangladesh, dan baru dua hari ibu Negara Iraq mengalami trajedi pengebom berani mati dan tembakan senjata sehingga membunuh labih dari 200 orang yang  mangsa yang terbunuh,

Malah mengikut berita yang tidak dapat di sahkan, kota suci Mdinah juga telah di cerobi, dan letupan serta kebakaran berlaku....

Apa2 pun yang terjadi, kita masih dapat menyambut Hari Raya ini di negara kita dengan agak aman dan damai, walau pun pihak Polis kita telah berjaya mengesan dan memintas kejadian yang lebih besar akan berlaku di negara kita sendiri, sekirannya tindakan tegas tegas tidak di ambil. 

Monday, July 4, 2016

HARI KE-29 PUASA - 4. 7.2016

CURI TULANG KETIKA SOLAT TERAWIH...
Gelagat orang2 tua kampung saya ketika mengerjakan solat terawih di surau kami kira2 40 tahun dulu kadang2 menggelikan hati mengingatinya kini. Dulu tidak pernah timbul isu terawih lapan atau dua puluh rakaat. Masa itu belum ada orang yang membawa pembaharuan di dalam ibadat solat terawih tentang bilangan rakaatnya. Semua mengikut adat turun temurun, iaitu solat dua puluh rakaat.
Ketika menunaikan solat terawih ketika itu, imam tidak membaca ayat2 yang panjang seperti sekarang iaitu ketika imam kadang2 membaca surah tertentu dari al-Quran memakan masa sehingga 15 - 20 minit atau lebih untuk membaca satu juzu' al-Quran
Imam membaca Al-Fatehah dan ayat lazim mulai dari surah Al-Takathur (Al-Hakumuttakathur)....sehingga surah Al-Masad (Tabbat Yada Abi Lahab), cukup dua puluh rakaat, kemudian sambung dengan witir 3 rakaat dua salam, sama seperti solat witir yang di amalkan sekarang.
Cuma orang kampung yang telah agak berumur, sering kali mencuri tulang ketika sembahyang terawih. Umpamanya ketika imam telah bangun memulakan solat terawih, maka dia terus lagi duduk di atas tikar, sehingga imam habis baca Al-Fatehah dia pun bangun menyahut Ameen, kemudian barulah dia mengangkat takbir dan menyertai solat itu hingga salam.
Tiba solat seterusnya juga dia membuat begitu, berehat secukupnya ketika imam baca Al Fatehah, dan bila habis baca dan makmum semuanya menyahut dengan Ameen, barulah kelihatan dua tiga orang bangun mengangkat takbiratul-ihram dan menyertai solat itu hingga akhir.
Malah ada juga makmum tua yang telah agak keletihan akan mengundurkan diri dari saf sembahyang i pertengahan jalan, dan duduk bersandar di dinding surau sebelah belakang, sembang2 dengan kawan sebaya, atau menghisap rokok daun, releks, berlunjur kaki, dengan baju yang lusuh dan songkok hitam yang tidak lagi berwarna hitam kerana terlalu lama usia songkok itu, kemudian setelah merasa selesa sedikit, akan menyertai semula saf belakang untuk meneruskan solat terawih seterusnya....
Demikianlah bebasnya orang kampung menunaikan solatnya dulu2, tak ada sesiapa pun yang kata apa2, atau mengeluarkan fatwa boleh tak boleh, bid'ah dan tidaknya, tetapi masing2 kerjakanlah mengikut keselesaannya. lapang dada dan tidak di ganggu orang...
Sebab itulah saya katakan bahawa mengerjakan amal ibadat 40 - 45 tahun dulu agak selesa dan mudah, tidak banyak orang yang mengacau daun, mengambil hirau tepi kain orang, kerana itulah ibadat yang dia tahu dan amalkan turun temurun dari nenek moyangnya...
Dulu pun tak kelihatan songkok memuteh penuh surau, atau jubah labuh di pakai orang seperti Arab. Songkok Melayu hitam kekuning-kuningan, dan baju Melayu yang tidak ketahuan warnanya, yang kadang2 ternampak bekas benda tajam yang menikam baju itu dari dalam, di atas lehernya. Tanda itu ialah bekas tikaman tanduk rusa yang sering dijadikan penyangkut baju oleh orang kampung ketika itu, dan bajunya berbekas tajam itu kerana telah lama tersangkut di situ sebelum dari bulan Ramadhan lagi, yang sebelum ini hanya di gunakan untuk solat Jumaat.
Tiba bulan puasa, maka baju itulah satu2nya yang di pakai untuk ke surau...
Nostalgia itu masih segar di dalam ingatan, dan amat jauh bezanya dari sekarang, tetapi semuanya amat menyeronokkan kita mengenagkannya..

L
Show More React

HARI KE-28 PUASA - 3. 7. 2016



Top of Form
DS Ahmad Husni Hanadzlah - Watak Berintegriti.

DS Ahmad Husni Hanadzlah, rakan di waktu dulu yang sering menyokong dan menghargai kerja saya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM 1992 - 2002). melalui catatannya dalam akhbar hari ini (3 Julai 2016) mengukuhkan lagi pengenalan saya dengan beliau, dan menguatkan lagi keyakinan saya tentang beliau sebagai seorang insan yang punya integriti.
Beliau menceburkan diri dalam sebuah syarikat, selepas bertugas sebagai banker, dengan niat bersih untuk membantu anak bangsa, tetapi terpaksa meninggalkannya dengan penuh hampa, semata2 kerana mempertahankan integriti, yang sedang dicerobohi oleh manusia yang tidak berintegriti...Lagi isu integriti sebagai falsafah hidup menghadirkan diri dalam kehidupan beliau..
Pada 27 Jun 2016 beliau mengambil keputusan mengundurkan diri dari politik, berpindah ke fasa seterusnya dalam hidup dan karier beliau, setelah kerjayanya, yang mungkin belum dapat diselesaikan dengan integriti juga, akan bertukar, pada pandangan saya secara peribadi. Dalam hal ini juga rasa saya, langkah ini terpaksa beliau ambil yang masih juga berhubung dengan sifat dan prinsip integriti.
Kesimpulan yang di buat beliau bahawa beliau mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk meneruskannya, mengingatkan saya kepada kisah Nabi Zakariyya yang ketika umurnya agak lanjut, dan isterinya yang tidak mampu lagi memberikan zuriat seterusnya, memohon kepada Allah SWT supaya memberikannya seorang pelapis untuk meneruskan misi dan visinya, dan Allah menyahut permohonannya dengan mengurniakan seorang anak yang bakal di beri nama Yahya.....
Sebelum Allah mentakdirkan bahawa Nabi Zakariyya akan di kurniakan seorang anak, Nabi Zakariyya sebenarnya telah melihat dengan penuh hampa tentang siapakan yang akan meneruskan tugasnya, kerana generasi yang berada di sekelilingnya, kelihatan tidak mampu mengambil tanggung jawab dan tugas berat baginda yang seharusnya di lakukan dengan penuh amanah, atau berintegriti menurut falsafah kita sekarang, sebab itulah Baginda berdoa kepada Allah supaya di lahirkan seorang pengganti nya yang berkualiti sepertinya..

Maka sebagai memakbulkan doanya itu, Allah telah memberikannya seorang anak yang bakal menjadi pewaris keluarga dan tugasnya, yang pada zaman ini kita sebut sebagai pelapis...
Semoga pelapis yang diharap-harapkankan akan dapat mewarisi integriti DS A.H. Hanadzlah itu akan segera hadir dengan penuh kewibawaan,,,. InsyaAllah


Sunday, July 3, 2016

HARI KE-27 PUASA - 2. 7. 2016



Bapa saya di lantik sebagai Penghulu mukim Pinang Tunggal entah bagaimana caranya tidak saya ketahui...Saya sedar2 bapa saya telah menjadi penghulu mukim, iaitu mukim Pinang Tunggal, yang mengandungi kampung Matang Berangan, Kampung Jawa, Pinang Tunggal dan mungkin ada satu kampung yang lain.

Bapa menjadi Penghulu di bawah YTM Tunku Putra katanya, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Muda, yang mukim Pinang Tunggal ini termasuk di dalam kawasan Tunku.

Dia selalu juga menceritakan kepada kami anak2nya, bahawa Tunku itu amat baik, lembut dan tidak mengira pangkat serta keturunannya ketika berhubungan dengannya. 

Sebagai Penghulu bapa saya mempunyai kuasa yang agak besar dalam mengendalikan mukim dan kampung2 di bawahnya. Ada satu orang keluarga Cina yang tinggl di kampung Matang Berangan, sering memberikan buah limau dan kueh bakul kepada kami anak beranak ketika menyambut tahun baru Cina.

Ada satu hari, seorang ketua keluarga Cina ini pergi memburu babi hutan di dalam kampung. Dia dapat bunuh seekor babi hutan yang agak besar, lalu di bawa pulang ke rumahnya dengan basikal.

Ketika melalui kawasan kampung Melayu, Cina itu di minta oleh beberapa orang Melayu supaya di berhentikan basikalnya kerana  mereka ingin melihat babi hutan itu dari dekat.

Mereka melihat dari jarak yang tertentu, dan Cina inilah yang menunjukkan kepala dan kaki haiwan itu, taring dan giginya, serta bulu2 telinga dan badannya.

Orang2 Melayu ini merasa puas dapat melihat babi ini dari dekat, kerana selalunya haiwan ini hanya berlari dengan laju ketika melintasi kampung2 Melayu.

Hal ini menunjukkan sikap bertolak ansur dan harmoni di antara orang2 kampung yang terdiri dari pada minoriti Cina dan majoriti Melayu. Masing2 sefahaman dan amat toleransi tanpa di berikan sebarang arahan..

HARI KE-26 PUASA - 1. 7. 2016




Tiga orang paling berkuasa di kampung zaman dulu, sebelum kemerdekaan, ialah Penghulu, Tok Imam dan Guru Besar. Tiga orang ini sebagai otoriti kampung. Pada ketika itu Penghulu menguasai satu Mukim, dan satu Mukim menggabungkan beberapa buah kampung kecil. Penghulu sebagai pengerusinya, Tok Imam pun menguasai seluruh kampung kerana masjid hanya satu sahaja, demikian juga Guru Besar, dan dia otoriti semua kampung di dalam mukim itu, kerana sekolah pun satu sahaja.

Tradisi ini amat berkesan untuk kesejahteraan kampung. Penghulu merupakan pucuk pimpinan mukim dan kampung. Kepemimpinan amat penting untuk kesejahteraan kampung dan para penghuninya, kerjasama, gotong royong, menjaga keamanan dan sebagainya.

Guru Besar mempunyai komitmen tentang pelajaran dan pendidikan di sekolah, mendisiplinkan pelajar dan menghubungi ibu bapa tentang kemajuan sekolah serta perilaku dan nilai moral anak2 sekolah, hingga orang kampung semua menyerahkan anak2 mereka kepada Guru Besar, ajar dan didiklah mereka, pukul lah kalau perlu, jangan patah riuk sudahlah.

Tok Imam pula mempunyai tanggung jawab untuk amalan agama dan kerohanian semua generasi kampung. Surau merupakan pusat pendidikan agama. Dia yang memberikan pelajaran agama dari asasnya lagi hingga ke peringkat yang lebih tinggi, dan menentukan bahawa sembahyang fardhu, terawih dan lain2 berjalan dengan sempurna.

Tiga personaliti inilah yang merupakan otoriti mukim dan kampung, dan mereka di patuhi tanpa berbelah bagi....mereka pula tahu batas2 dan tanggung jawab masing2...maka terbetuklah masyarakat Melayu berpaksikan Islam dan budayanya yang amat berpengaruh kepada generasi muda kampung.

Friday, July 1, 2016

HARI KE-25 PUASA - 30. 6. 2016


Modes operadi serangan yang dilakukan terhadap negara Turki  dua tiga hari ini, nampaknya sama sahaja dengan yang dilakukan terhadap negara2 Islam lain, termasuk di beberapa buah negara Arab, dan yang masih mengganas sekarang ini di Syria.

Negara yang di serang itu pertama2nya akan mengalami ketidak setabilan ekonomi dan politik, walau pun sebenarnya berlaku di dalam keadaan yang aman.

Ketidak setabilan politik dan ekonomi sering mewujudkan kegelisahan rakyat dan keadaan sosial yang tidak tenteram, terutamanya bagi negara yang mengalami pengangguran yang agak  tinggi, harga barang meningkat, sara hidup yang mulai meningkat, dan himpitan hidup yang di rasakan oleh rakyat berpendapatan rendah.

Maka dalam keadaan yang tidak setabil dan tidak menentu inilah berlakunya kerisis politik, etnik dan sering juga kerisis agama di antara penganut2 yang berbeza2 anutan agamanya, malah membawa kepada kegawatan mazhab di dalam agama itu sendiri.

Ketika inilah akan berlakunya keganasan, konflik bersenjata dan pertumpahan darah akibat dari pemberontakan rakyat dan kekerasan pemerintah menentang pemberontakan itu.

Hal ini yang sebenarnya berlaku sebulan dua ini, ketika Turki menyaksikan keganasan dan serangan anasir2 luar yang sengaja di cetuskan di tengah2 ketidak setabilan politiknya di antara golongan Islamik dan penentangnya, golongan Kurdish juga mengambil kesempatan untuk mengkucar kacirkan situasi politik yang berbentuk polarisasi kaum dan partisan melampau.

Strategi keganasan yang berlaku ialah dengan melemahkan ekonomi dan hasil negara, seperti pelancungan di negara Turki, yang terjejas dengan keganasan yang berlaku di pusat2 pelancongan, tempat bersejarah dan sebagainya..dan hal ini menjadikan negara itu berada di dalam keadaan yang lemah dan tertekan yang kadang2 memerlukan bantuan kuasa luar, terutamanya Amerika dan Eropah.

Hal ini memberi pelajaran dan iktibar yang terbaik bagi kita di Malaysia, kerana teori domino yang berlaku terhadap negara2 Islam, iaitu kejatuhan negara2 itu satu demi satu, akibat dari kekeliruan yang berlaku di dalam negara tersebut, yang juga berpunca dari anasir luar, seperti Daish, Isis dan lain2 lagi sering menjadi penyebab ketidak setabilan negara2 yang di sasarkan itu, dan hal ini tidak mustahil boleh berlaku terhadap negara kita.

Kerajaan dan rakyat yang berkonflik, polarisasi kaum dan agama yang nyata, konflik politik melampau yang berlaku sering menjadi pemangkin untuk kehadiran unsur2 perpecahan rakyat dan negara yang tertentu.

Hanya politik yang matang, dan pentadbiran pimpinan politik yang berhikmat dan berwawasan jauh, tanpa terlalu banyak kerisis politik perkauman dan ekonomi, kepincangan masyarakat dan jenayah, salah laku rasuah dan kebendaan melulu, rasuah dan salah guna kuasa, pemerintahan yang tidak bijaksana, sering membawa kepada kehancuran sebuah negara yang di serang itu, sama ada yang bermotifkan penjajahan baru, serangan psikologi terhadap agama dan budaya dan nilai2 budaya masyarakat di dalam negara itu sendiri.

Malaysia haruslah berhati2 dan mengambil pelajaran dari negara2 Islam yang berkerisis panjang itu, termasuk ketidak tentuan negara Turki akhir2 ini, sekiranya kita tidak mahu negara kita di ganggu gugat seperti negara2 Islam lainnya.   

Pageviews last month