Posts

Showing posts from March, 2011

IRAQ DAN LIBYA

IRAQ DITAKLUKI OLEH AMERIKA SYARIKAT DAN KUNCU-KUNCUNYA SETELAH BERLAKU PERGESIRAN ANTARA IRAQ DAN KUWAIT. IRAQ MENDUDUKI KUWAIT, DAN AMERIKA SYARIKAT DI UNDANG UNTUK MENGHAPUSKAN REGIM IRAQ, SADDAM HUSAIN. KINI LIBYA DI USAHAKAN OLEH AMERIKA SYARIKAT DAN KUNCU-KUNCUNYA JUGA UNTUK MENOLONG PEMBERONTAK LIBYA YANG INGIN MENGHAPUSKAN PEMERINTAHAN MUAMMAR GADAFI. LIBYA MUNGKIN AKAN DITAKLUKI OLEH KUASA BARAT ITU, SAMA SEPERTI YANG DILAKUKAN TERHADAP IRAQ. KEDUA-DUA NEGARA, IRAQ DAN LIBYA, KAYA DENGAN MINYAK DAN GAS. NEGARA YANG KAYA AKAN SEGERA DITAKLUKI OLEH KUASA BARAT, WALAU PUN ALASAN YANG DIKEMUKAKAN AMAT BERBEZA, MALAH TIDAK SEDIKITPUN MENUNJUKKAN NIAT UNTUK MENGAUT KEKAYAAN NEGARA TERSEBUT. TUNISIA DAN MESIR JUGA MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA, RAKYAT BANGUN MEMBERONTAK, DAN PEMERINTAH MEREKA JATUH, MAKA PIHAK KUASA BARAT TIDAK SEDIKIT PUN BERUSAHA UNTUK MASUK CAMPUR, KERANA KEDUA-DUA BUAH NEGARA ITU, BUKANLAH KAYA SEPERTI IRAQ DAN LIBYA. YANG MALANGNYA IALAH RAKYAT KEDUA-DUA BUAH NEG

APAKAH ISU YANG SEBENARNYA?

PERSOALAN TENTANG VIDEO YANG PANAS DIBICARAKAN SEKARANG INI IALAH BETULKAH PELAKONYA ITU MERUPAKAN ORANG POLITIK YANG DIKATAKAN ITU, ATAU ORANG LAIN ? SETELAH DAPAT DIPASTIKAN HAL INI MAKA BARULAH DAPAT DICARIKAN PUNCANYA LAGI : SIAPAKAH YANG MENGELUARKANNYA. INILAH DUA PERKARA POKOK YANG SEHARUSNYA DITENTUKAN DULU, SEBELUM DARIPADA MENGHERET ISU-ISU LAIN SEPERTI MENGATAKAN ORANG YANG MENERBITKAN VIDEO ITU DAN MENUNJUKKANNYA KEPADA MEDIA SEBAGAI ORANG YANG TIDAK BERMORAL, BERDOSA DAN SEBAGAINYA, ATAU MENUDING JARI KEPADA PIHAK MUSUH POLITIK BAHAWA HAL INI ADALAH MERUPAKAN KONSPIRASI POLITIK DAN SEBAGAINYA. ISU-ISU LAIN MERUPAKAN HAL SAMPINGAN YANG MUNGKIN SENGAJA DIBANGKITKAN SUPAYA PERHATIAN ORANG RAMAI BERALIH KEPADA ISU SAMPINGAN, BUKAN ISU POKOK. DALAM PERBICARAAN KES ROGOL DAN BUNUH UMPAMANYA, BANYAK PERKARA LUCAH YANG DIBERITAKAN OLEH MEDIA, SEPERTI KEHADIRAN AIR MANI DI DALAM KEMALUAN PEREMPUAN YANG TERTENTU, ATAU GAMBARAN LAIN YANG MENCERITAKAN HAL SULIT DIANTARA LELAKI DAN WAN

KALAU FATIMAH SEKALI PUN MENCURI..NISCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA

Hinggakan Rasulullah SAW sendiri tidak segera mengambil kesimpulan atau keputusan tentang orang yang bersalah atau tidak, sebelum menjatuhkan hukuman, tetapi kita pada hari ini nampaknya segera menyatakan orang itu tidak bersalah kerana dia kawan kita, atau mengatakan dia bersalah kerana dia musuh kita, sebelum lagi ternyata salah benarnya ! Kalau hal itu dijadikan ukuran, maka Rasulullah SAW tidak akan bersabda beitu, iaitu baginda perlu menyemak dan menentukan dulu, sebelum menjatuhkan hukuman, dan contoh yang diberikan di dalam hadith ini ialah bahawa sekiranya puteri baginda sendiri, Fatimah, dituduh mencuri, dan telah melalui proses penghakiman, akhirnya ternyata bersalah, maka baginda akan tetap menjalankan hukuman yang telah ditetapkan dengan seadil-adilnya, walau pun terhadap anaknya sendiri. Kalau mengambil kira hukuman yang diputuskan oleh kita kerana dia kawan atau lawan, maka apa lagi kalau yang dituduh itu adalah anak kita sendiri, tentulah awal-awal lagi kita akan berkat

APA NAK JADI ? TANYA S.M SALEM. APA NAK JADI DENGAN UMAT ISLAM? KITA BERTANYA

SATU PERKARA YANG MENGEJUTKAN IALAH TINDAKAN ARAB LEAGUE MEMPEROTES SERANGAN AMERIKA SYARIKAT DAN BEBERAPA BUAH NEGARA EROPAH TERHADAP LIBYA ! SEBELUM NI LIGA ARAB ITU TIDAK BERSUARA DENGN BERSUNGGUH-SUNGGUH BAGAIMANAKAH IA DAPAT MENOLONG MENYELESAIKAN KERISIS DI LIBYA. MALAH LIGA ITU JUGA YANG BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN PBB MENGENAKAN NO FLY ZONE DI LIBYA, TANPA MENYELAMI APAKAH RAHSIA PIHAK BARAT, KHUSUSNYA, A.S DALAM MENGIMPLIMENTASIKAN KEPUTUSAN INI TERHADAP NEGARA LIBYA YANG TERLALU KAYA DENGAN MINYAK DAN GAS ITU, DAN TELAH LAMA INGIN MENGHAPUSKAN MUAMMAR GADHAFI. TIBA-TIBA BILA A.S MENYERANG LIBYA, MEMBUNUH RAKYAT ARAB, DAN TELAH TERNAMPAK DASAR A.S DAN KUNCU-KUNCUNYA ITU YANG INGIN MENGUASAI MINYAK DAN KEKAYAAN LIBYA, SEPERTI YANG TELAH DIKUASAINYA SEBELUM INI DI IRAQ, BARULAH ARAB-ARAB ITU TERGESA-GESA NAK DUDUK SEMEJA DAN BERPEKIK MELOLONG DENGAN SEGALA MACAM UCAPAN SUPAYA LIBYA TIDAK DI SERANG. HAL ITU MEMANG TELAH TERLAMBAT DAN MEMALUKAN ARAB SAHAJA, KERISIS DI KALANGAN SES

PENGANUT KRISTIAN DAN BAHASA MELAYU

Apa pun motifnya, hasrat penganut Kristian menghormati bahasa Melayu, kerana mempertahankan Bible dalam bahasa Melayu, patutlah kita berikan penghormatan. Memanglah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang seharusnya diletakkan pada KEDUDUKAN DAN MARTABAT YANG SELAYAK BAGINYA. Hakikat yang kita saksikan sekarang, hampir semua tokoh perniagaan, perbankan. korporat, intelektual, perundangan, malah sesetengah peniaga yang menjalankan perniagaan di pasar, menggunakan bahasa Inggeris, dan hampir tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Media penyiaraan yang sering menemu bual orang-orang di tepi jalan pun kadang-kadang mendapati orang-orang itu tidak dapat menjawab soalan dalam bahasa Melayu, malah lebeh suka dan selesa berbahasa Inggeris. Dalam hampir semua perjumpaan dan perhimpunan politik parti bukan Melayu, mungkin tidak banyak yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan dalam perjumpaan itu, kerana semua ahli yang hadir adalah terdiri d

MALAPETAKA DI JEPUN

Hari Jumaat 11 Mac 2011 Jepun mengalami tragedi besar yang amat ganas dan ngeri, menempa sejarah yang tidak mungkin dilupakan dalam sejarah hitam dunia. Demikianlah ketika Allah SWT memerintahkan alam "Kun, Fa Yakun" : jadilah,berlakulah, maka iapun terjadi...."Wahai bumi bergegarlah kamu, maka berlakulah gegaran gempa,wahai lautan,bergolonglah omabak besarmu melanda daratan, maka berlakulah tsunami besar, menghanyutkan manusia, kapal, bangunan yang kecil dan besar". Inilah keyakinan kita terhadap kuasa Allah SWT, kekuasaan yang tidak mungkin dapat dicegah dengan segala kekuatan dan kapandian manusia. Jepun merupakan negara maju, kuat dan gagah dalam teknologi, segala pesiapan amaran awal tsunami dan persediaan bangunan yang dapat menahan gempa bumi, telah dilakukan,tetapi kejadian terbaru telah mengatasi kepandaian dan ilmu manusia itu. Ini merupakan tanda kekuasaan Tuhan yang mengatasi kekuatan manusia dan makhluk-Nya. Tetapi keyakinan ini tidak semestinya menjadi

ANWAR lawan SAIFUL

Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, bahawa tuala kecil, berus gigi dan botol air mineral, tidak boleh diterima sebagai barang bukti dalam perbicaraan kes Anwar lawan Saiful memberikan beberapa bahan bukti tentang hal-hal yang berikut : 1. Sistem kehakiman dan sikap hakim Malaysia adalah amat telus dan tidak berat sebelah. Hakim ini yang kerana beberapa perkara tertentu yang diminta oleh pihak peguam Anwar supaya menarik diri dari perbicaraan kes ini, maka hakim yang sama ini juga yang bertindak sebaliknya, dengan menolak barang bukti itu, yang memihak kepada Anwar. 2. Berdasarkan perkara di atas, maka amtlah silap sekiranya terdapat pihak yang sering menuduh hakim berat sebelah dan tidak adil ketika keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya, malah sebaliknya akan mengatakan bahawa hakim itu adil sekiranya keputusan mahkamah memihak kepadanya. Hal ini merupakan andaian sahaja berdasarkan perasaan sendiri. 3 Keputusan hakim menolak atau menerima bahan bukt
PERSIDANGAN ISTANBUL BBC WORLD DEBATE (Catatan saya ketika BBC mengadakan rakaman World Debate yang disertai oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak) Suhu sejuk di luar kurang dari 10 darjah celcius tidak dirasakan di dalam dewan hotel Conrad Istanbul yang menjadi tempat persidangan antara bangsa Global Movement For Justice, Peace and Dignity pada 23 Februari 2011 anjuran bersama Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS), Universiti Bahcesehir Civilization Center Turki (MEDAM) dan International Movement For A Just World (JUST) Dewan persidangan hotel tersebut menyaksikan kehadiran peserta yang berjumlah ratusan orang memenuhi ruangnya, kebanyakannya terdiri daripada anak-anak muda Turki, pada sidang kemuncaknya yang dipengerusikan oleh personaliti intelek BBC, Zeinab Badawi, jurnalis British keturunan Arab Sudan. Nama Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Turki, Ali Babacan, Mufti besar Syria, Sheikh Ahmad Badr Al-Din Hass

GRAF KEFAHAMAN AGAMA MENURUN

BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI GERAF KEFAHAMAN AGAMA DI NEGARA KITA NAMPAKNYA MENURUN. KEFAHAMAN ISLAM YANG SAYA MAKSUDKAN IALAH KEFAHAMAN UMAT ISLAM MALAYSIA TENTANG KONSEP MENYELURUH AGAMA ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG LENGKAP DAN SYUMUL, YANG SERING KITA ISTILAHKAN BAHAWA ISLAM INI IALAH "AL-DEEN". DAN PENGERTIAN INI TELAH DIBANGUNKAN SERTA DIKEMBANGKAN DI NEGARA KITA SEHINGGA SAMPAI KE KEMUNCAKNYA. TETAPI MENJELANG LIMA - ENAM TAHUN KEBELAKANGAN INI, NAMPAKNYA KEMUNCAK KEFAHAMAN ISLAM INI TELAH MULAI MENURUN KEMBALI, IAITU KE ARAH MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI SATU RITUAL DAN FARDU AIN SEMATA-MATA YANG TIDAK LAGI DI FAHAMI SECARA MENYELURUH SEBAGAI AMALAN DAN CARA HIDUP YANG MERANGKUMI KEHIDUPAN BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA, KEKUATAN UMAT DALAM PELAJARAN, TEKNOLOGI, PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN, POLITIK YANG MATANG DAN SEBAGAINYA. PADA SATU KETIKA DULU KITA TELAH BERJAYA MENGHAPUSKAN BEBERAPA FATWA KEAGAMAAN YANG DIBUAT DALAM POLITIK, IAITU YANG MELEBALKAN PARTI POLITIK DENGAN AGA
PERGOLAKAN DI ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA : MUNGKINKAH MENJALAR KE DUNIA LAIN? Dalam Persidangan Antarabangsa Pergerakan Global untuk Keadilan, Perdamaian dan Jati Diri anjuran bersama Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Malaysia (ISIS), Universiti Bahcesehir Civilization Studies Center, Turki (MEDAM) dan The International Movement For A Just World (Just) selain dari pada sesi kemuncak yang dirakamkan oleh BBC untuk Program World Debate yang di sertai oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, dan Timbalan Perdana Menteri Turki, satu sesi penting sebelumnya telah diadakan dengan anggota penalnya yang terdiri dari dua orang peserta Malaysia, Mufti Syria, dan seorang ahli akademik dari Amerika Syarikat. Objektif sesi ini ialah membicarakan isu moderation yang di timbulkan oleh Perdana Menteri ketika berucap di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu dalam bulan September 2010. Pendekatan moderation yang dimaksudkan ialah menolak kaedah keganasan dan radikal dalam mem