Posts

Showing posts from August, 2010
BADAR

BADAR TANAH GERSANG KUNTANG
TANPA AIR TANPA KEHIDUPAN
PADANG PASIR MEMBAKAR DI MUSIM KERING
DINGIN MEMBEKU DI MUSIM SEJUK
PUNYA SEJARAH TERSENDIRI
DI SINILAH BERLAKUNYA PERISTIWA ITU

BADAR MENCATAT SEJARAH
SEJARAH KEMENANGAN DAN KEAGONGAN
KETIKA ISLAM DAN UMATNYA TERCABAR
MENGHADAPI BALA TENTERA MUSYRIKIN
PEJUANGNYA YANG RAMAI
MENENTANG PEJUANG MUSLIMIN
YANG HANYA SEBILANGAN JARI

RASULULLAH YANG MENGGALAS TUGAS
MENGEPALAI PERJUANGAN
BERTEMPUR, BERJUANG KE TITISAN DARAH TERAKHIR

SEBALUMNYA..
ALLAH MEMPERLIHATKAN DALAM MIMPI RASULULLAH
BAHAWA BILANGAN MUSUH HANYA KECIL
TIDAK USAH MERASA GERUN DAN NGERI
JANGAN BERKONFLIK SESAMA SENDIRI
DALAM PERJUANGAN FI SABILILLAH

KINI.....
KETIKA DUA ANGKATAN BERTEMBUNG
BERTEMPUR DAN BEJIHAD
WAHAI MUHAMMAD INGATLAH
"KAMU KELIHATAN KECIL PULA
PADA PANDANGAN LAWAN
HIKMAH ALLAH
HANYA MAU MELAKUKAN KEHENDAKNYA
MENENTUKAN KEMENANGAN UNTUK KAMU"

DEMIKIANLAH...
BADAR LAMBANG KEKUATAN AZAM
KETAHANAN ROHANI DAN JASMANI
KEIMANAN DAN TAWAKAL
DOA DAN PERJUANGAN
MAKA,
BILANGAN YAN…
BETUL ADA DOA UNTUK GUAN ENG !
PERKARA YANG TIDAK DIPERCAYAI ITU RUPA-RUPANYA BENAR BERLAKU. KHATIB JEMPUTAN DI MASJID PULAU PINANG MENGAKU YANG DIA MEMANG MENDOAKAN UNTUK KM LIM GUAN ENG DALAM KHUTBAH KEDUANYA, DAN DAKWANYA DIA BEERDOA SUPAYA ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA GUAN ENG MASUK ISLAM ! INILAH YANG MEMBANGKITKAN KEMARAHAN KARPAL SING TEMPOH HARI, KERANA MENDOAKAN ORANG BUKAN ISLAM SUPAYA MASUK ISLAM TIDAK DISUKAINYA KERANA MELANGGAR HAK ASASI SESEORANG ITU. APA PUN MEMANGLAH BENAR ADA DOA ITU, TETAPI ELOKLAH HAL ITU DIHENTIKAN SETAKAT INI SAHAJA, DAN TERSERAHLAH KEPADA MUFTI ATU MAJLIS FATWA UNTUK MEMBERIKAN FATWANYA.
KITA MEMANG MERASA AMAT TERSINGGUNG KALAU DOA DIBACAKAN UNTUK ORANG BUKAN ISLAM, APA LAGI KEBIASAANNYA DOA DALAM KHUTBAH ADALAH DITUJUKAN UNTUK KESEJAHTERAAN KETUA AGAMA, SAMA ADA SULTAN ATAU YANG DIPERTUAN AGONG. DOA UNTUK MENTERI BESAR ISLAM PUN TAK PERNAH DIBACA, PERDANA MENTERI PUN TIDAK DIBACAKAN DOA UNTUKNYA DALAM KHUTBAH JUMAAT, JADI KENAPAKAH SEHARUSNYA DIB…
DOA DALAM KHUTBAH JUMAAT
Saya tidak percaya di Pulau Pinang terdapat khatib berdoa untuk Ketua Menterinya yang bukan Islam dalam khutbah sembahyang Jumaat menggantikan doa untuk ketua agama dan ketua negara SPB Yang Di Pertuan Agong. Saya tidak percaya, kerana inilah pertama kalinya dalam umur saya dan sepanjang pengalaman saya bersembahyang Jumaat puluhan tahun ini terdapat doa untuk ketua negeri begitu.
Seperti mana saya tidak mempercayai perkara itu telah berlaku, maka saya harap perkara itu tidak benar dan tidak berlaku.
Tetapi jika benar berlaku? Jika benar ada nama seseorang yang telah menggantikan nama Agong di dalam doa tersebut, maka khatib yang membacanya, atau yang diarah membacanya itulah sahaja yang tahu sebabnya dan mesti telah pun mengetahui hukumnya.
Oleh itu orang ramai tentulah amat berminat hendak mengetahui apakah hukumnya dan apakah dorongannya yang menyebabkan Pulau Pinang bertindak demikian.
Biasanya Mufti negeri yang mengeluarkan fatwa, dan fatwa itu dilaksanakan, …
MEMAHAMI ISLAM SEBAGAI AL-DIN
Nampaknya akhir-akhir ini cara kita memahami agama kita sebagai Al-Din tidak seimbang sama sekali. Program TV, Radio dan tulisan-tulisan mengenai agama kebanyakannya hanya menekankan tentang ritual, ibadat khusus, doa, zikir, wirid dan sebagainya. Kalau kita pergi ke kedai-kedai buku maka buku yang dinamakan sebagai buku agama, juga membicarakan tentang hal yang sama, merangkumi bekalan untuk akhirat semata-mata, tidak banyak menyentuh tentang kehidupan kita sebagai orang berilmu, berpengetahuan dan mempunyai pandangan yang jauh tentang sains dan teknologi yang dapat mencorakkan kehidupan kita di dunia demi mencri kebahagiaan di akhirat.
Malah lebeh dari itu buku-buku "agama" seolah-olah tidak perlu berbicara tentang kehidupan di dunia yang menyentuh persoalan ekonomi, teknologi, industri, etika dan semua bidang kehidupan di dunia, yang ada kalanya dilihat sebagai sesuatu yang boleh melupakan orang Islam tentang akhirat dan kehidupan kerohanian me…
TANAH, CAHAYA DAN API

TIBA MASANYA
BERLAKU KEHENDAK ALLAH
TANAH KERING YANG DI BASAHI AIR
YANG TELAH BERUBAH BAUNYA
TERCIPTA MENJADI LEMBAGA
BENTUK RUPA AMAT SEMPURNA
ADAM NAMANYA
MAKHLUK PERTAMA
YANG BERNAMA MANUSIA


2

MAHA SUCI ALLAH
DENGAN KEKUASAANNYA
DIA MENCIPTAKAN
SEGALA-GALANYA BERPASANGAN
DICIPTAKAN HAWA' PASANGAN ADAM
DAN
DARI SITU
LAHIR DAN MEMBIAKNYA
KETURUNAN INSAN
MEMENUHI ALAM DUNIA
GENERASI DEMI GENERASI
MENGHUNI ALAM DUNIA
SELAGI USIANYA
BELUM BERAKHIR

3

NAMUN......
SATU HARI DALAM SYURGA
BAPA DAN IBU MANUSIA
ADAM DAN HAWA
DIJANJIKAN SYAITAN
" KAMU DAPAT HIDUP KEKAL
DAN BERKUASA
SELAMA-LAMANYA"

4

MANUSIA MANA
TIDAK MAHU KUASA
TIDAK MAHU HIDUP SELAMA-LAMANYA?
TAMBAHAN PULA DI DALAM SYURGA
SERBA MEWAH
SERBA NEKMAT

5

UNTUK BERKUASA
DAN HIDUP SELAMA-LAMANYA
BUAH KHULDI HARUSLAH DIMAKAN
DAN....
BUAH ITULAH YANG DITELAN
KEDUA-DUANYA : SUAMI DAN ISTERI
ADAM DAN HAWA
LALU
TERDEDAHLAH AURAT MASING-MASING
DAN SEGERA DITUTUPI
DENGAN DAUN-DAUB SY…
FALSAFAH IBADAT PUASA DALAM ARTI KESTUAN DAN KEKUATAN UMMAH
Agama Islam merupakan agama dinamik untuk umat manusia. Agama ini dimulai dengan gagasan Tauhid, iaitu keasaan Allah SWT, dan menjauhkan segala kefahaman syirik, menduakan Tuhan, atau mempercayai sesuatu yang membawa kepada syirik.
Agama Islam, dengan itu, adalah merupakan agama yang satu untuk semua umat manusia, dan umat yang beriman kepada agama ini dari segi akidah, syariah dan akhlaknya, iaitu umat Islam, adalah merupakan umat yang satu.
Kesatuan umat Islam pertama sekali dapat dihayati dalam amal ibadat yang difardhukan keatasnya, seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji, semuanya dilakukan dalam bentuk dan niat yang sama, tanpa mengira latar belakang bangsa, budaya, bahasa dan warna kulit.
Ibadat yang dilakukan di tanah suci Makkah al-Mukarramah umpamanya menunjukkan kesatuan umat Islam ini. Walau pun bilangan umat yang melakukan ibadat umrah atau haji, bertawaf, bersai' dan lain-lain berjumlah berjuta-juta orang, tet…
SEKALI LAGI KITA BERTANYA : SAMPAI BILAKAH IMAM SUDAIS HARUS MENANGIS ?
Saya dijemput ke Makkah oleh Lega Islam Sedunia,yang terkenal dalam bahasa Arab sebagai Rabitah Al-Alam Al-Islami, iaitu untuk menghadiri satu Kongres sempena 50 tahun penubuhannya. Para peserta adalah terdiri dari wakil-wakil seluruh dunia, Timur dan Barat, tetapi semuanya adalah beragama Islam, kerana kongres ini diadakan di tanah haram Makkah al-Mukarramah.
Disamping mengikuti kejayaan Rabitah dalam masa lima puluh tahun yang lalu, para peserta telah dapat menunaikan umrah, bersembahyang di dalam masjid al-haram, berzikir, membaca Quran dan beriktikaf dalam salah sebuah masjid suci Islam, iaitu Masjid Al-Haram.
Para peserta juga telah dibawa ke Madinah, untuk menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan beribadat di dalam masjid al-nabawi. Cuma salah sebuah masjid suci kita, sayangnya berada di tangan regim kejam zionis, iaitu Masjid Al-Aqsa, yang juga merupakan kiblat pertama kita, sebelum arah kiblat di alehkan ke Baitu…