Posts

Showing posts from August, 2011

SELAMAT BERPISAH RAMADAN

Ramadan beredar meninggalkan kita, digantikan dengan kemunculan Syawal. Demikianlah saban tahun, Ramadan datang dan pergi. Ramadan yang telah pergi, tidak akan kembali lagi, sekiranya pergi dengan penuh pengisian yang baik dari kita, maka bersyukurlah, tetapi sekirannya ia pergi dengan membawa kekurangan, maka kita berazam bahawa Ramadan akan menjelang lagi pada tahun hadapan untuk kita isikan dengan pengisian yang sebaik-baiknya.

Allah SWT Maha Pengasih, segala ibadat yang diwajibkan ke atas kita adalah merupakan kewajipan yang dapat ditunaikan oleh manusia biasa dengn mudah. Puasa hanya diwajibkan sebulan sahaja dalam setahun, bererti bahawa masa hidup insan 11 bulan lagi dalam setahun dapat di habiskan tanpa berpuasa yang wajib dilakukannya.

Malah kewajipan berpuasa sebulan itu adalah untuk orang yang sihat dan mampu manunaikannya, kerana sekiranya seorang itu uzur dan sakit, musafir dalam perjalanan yang jauh, maka puasa dapat dibuka dengan syarat digantikan semula sebelum menjel…

AIDILFITRI MENJEL;ANG LAGI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI


Pada 8 September 2010 yang lalu, sempena ketibaan Hari Raya, 1 Syawal tahun lepas , saya telah mencatat di sini secara ringkas tentang ungkapan yang selalu kita ucapkan sempena ketibaan 1 Syawal Min Al-'Aidin, Al-Faizin, Al-Maqbulin. Tiga istilah dalam ungkapan tersebut merupakan pengertian dan matlamat yang seharusnya kita capai dalam hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama hamba-Nya ketika selesainya ibadat puasa dan kita merayakan ketibaan hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Bagi sesiapa yang berminat, silalah lihat semula catatan saya itu.



Sempena ketibaan bulan Syawal tidak berapa hari lagi pada tahun ini, sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat berhari raya kepada semua pembaca blog saya ini, walau pun bilangannya mungkin agak kecil sahaja. Semoga Hari Raya tahun ini membawa makna yang lebeh, kejayaan yang cemerlang, ketabahan dan kesungguhan yang berlipat ganda dalam menghadapi arus kehidupan yang penuh mencabar in…

KRISTIAN :Orang Islam Sendiri Yang Harus Bersedia

Peristiwa yang berlaku dalam tindakan Jais memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama tempoh hari, diikuti dengan beberapa pendedahan tentang gerakan propaganda ajaran Kristian kepada kanak2 Tadika dan sebagainya menunjukkan bahawa aktiviti memperkembangkan ajaran Kristian itu besar kemungkinan sedang berlaku di dalam masyarakat kita.

Gerakan yang saya maksudkan itu ialah aktiviti beberapa pihak yang tertentu untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang ramai melalui program2 yang teratur, dan dakyah ini tidak semestinya hanya ditujukan kepada orang Islam sahaja, malah kepada orang lain juga.

Oleh kerana peruntukan Perlembagaan negara kita sendiri menyatakan bahawa penyebaran agama lain kepada orang Islam adalah dilarang, maka hal ini tentulah menjadi pengetahuan umum yang seharusnya difahami dan dipraktikkan. Maka berdasarkan hal inilah, Jais telah bertindak memeriksa Gereja di Damansara Utama yang termaklum itu.

Demikian juga dalam kes pengaruh Kristian yang cuba di sebarkan m…

AGENDA TERATUR MENENTANG ISLAM DAN MELAYU

Tulisan ini tidak merupakan bahan perkauman atau sentimen melulu kaum atau agama. Perhatian hanya perlu dibawa kepada kempen2 negatif dan menentang Melayu, yang berselindung di sebalik parti politik tertua dan berpengaruh, iaitu UMNO, yang sejak penubuhannya telah berjaya mengumpul orang Melayu dan melancarkan perjuangan Kemerdekaan, serta menerajui Kerajaan sekian lama.

Saya melihat di dalam blog2, portal anti Kerajaan, yang di dokong oleh pembangkang, kebanyakan tulisan dan komen pembaca lebeh banyak melemparkan tuduhan negatif kepada UMNO, apabila menceritakan kepincangan dan kelemahan Kerajaan, tidak banyak sangat ditujukan kepada Barisan Nasional, pada hal BN yang memegang tampuk Kerajaan, bukan UMNO bersendirian.

Parti pembangkang Melayu-Islam pun sering mensasarkan UMNO dalam kempen2 mereka, termasuk kempen untuk menyedarkan Melayu bandar dalam kes kenaikan harga barang, yang menyifatkan UMNO sebagai lambang Barang Naik (BN) bukan Barisan Nasional.

Apabila UMNO menjadi sasaran,…

Islam dan Kristian Harus Bersatu Menentang Kawin Sejenis

Saya pernah menulis tentang golongan yang tidak tabi'e iaitu yang bercadang hendak mengadakan upacara perkahwinan sama sejenis di negara kita sebelum Hari Raya yang lalu. Saya melihat bahawa bantahan telah dibuat juga oleh beberapa orang ketua gereja di negara kita terhadap amalan yang dianggap terkeluar dari norma2 agama kita.
Umat Islam sememangnya menentang perbuatan itu, dan menegaskan bahawa hal itu tidak seharusnya berlaku di negara kita, di hadapan anak2 kita yang tidak biasa menyaksikan hal itu, walau pun mereka mungkin pernah terdedah kepada cerita2 begini.
Dalam beberapa hari ini malangnya masyarakat kita sekali lagi dikejutkan dengan situasi dan kelakuan yang hampir sama iaitu penganjuran pesta seksualiti merdeka yang juga menuju kepada gejala luar tabi'e ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Kita dikejutkan dengan hal ini kerana dalam kebangkitan manusia yang sedang menyedari akan pentingnya nilai2 moral dan budaya manusia yang kelihatannya telah amat terlan…

Kawin Sejenis: Isu Bersama

Islam menentang perkahwinan sejenis adalah berdasarkan ajarannya yang menentang tindakan manusia melakukan sesuatu yang bercanggah dengan "fitrah"nya. Perkahwinan secara fitrah yang ditetapkan oleh Allah SWT ialah diantara lelaki dan perempuan, bukan lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan.

Perbuatan lain yang melanggar fitrah kejadian manusia ialah mendapatkan baka dan keturunan tanpa mengikut undang-undang tabi'e yang ditentukan oleh Allah iaitu pertemuan benih lelaki dan wanita dalam perkahwinan yang sah, dengan kaedah percantuman telur yang dihasilkan oleh wanita dan sperma yang dihasilkan oleh lelaki, maka pertemuan dan percantuman kedua-dua benih inilah yang melahirkan bayi. Sebab itulah Islam melarang tindakan "clonning" yang juga dilakukan oleh manusia untuk melahirkan jenis manusia.

Agama Kristian juga, seperti yang dinyatakan oleh para ahli agama tersebut menentang perkahwinan sejenis dan perbuatan mengklonkan manusia seperti yang pernah…

Lau Kana Bainana

Seandainya Baginda Masih Berada Bersama Kita - Itulah tajuk program Tv Al-Hijrah Astro 114, (Lau Kana Bainana) sebuah program yang menceritakan perlakuan manusia pada hari ini, baik, tidak baik, salah atau betulnya, beradab dan bersopan atau sebaliknya, yang dilakukan oleh orang sekarang, disusuli dengan pertanyaan bagaimanakah Baginda Rasulullah SAW akan bertindak, mengambilsikap atau melihat perlakuan manusia sekarang sekiranya baginda masih berada bersama-sama kita pada masa ini? Apakah agaknya yang akan dikatakan oleh baginda ketika melihat kelakuan kita pada hari ini, iaitu sesudah baginda telah tiada ada lagi di muka bumi ini, diandaikan baginda masih ada, atau diandaikan hal itu berlaku ketika baginda masih berada di dunia ini?

Program ini mencuba mengemukakan pertanyaan tersebut dengan menggambarkan kelakuan dan tindakan manusia sekarang dalam segala aspek kehidupan mereka, termasuk perkara2 yang mungkin dipandang remeh oleh orang sekarang seperti kebersihan persekitaran, ker…

LARANGAN MEMBACA QURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Isu membaca al-Quran menggunakan pembesar suara yang dilakukan di masjid2 dan surau2 di negara kita sebelum solat subuh pernah saya tulis dalam kolum saya dalam tahun 2000 - 2002 dulu. Malah saya tidak hanya menyentuh hal ini sebelum subuh sahaja, tetapi sebelum setiap kali hendak di dirikan sembahyang waktu, sama ada zuhur, asar, maghrib atau isya'.

Pada pandangan saya suara bacaan yang terlalu tinggi, termasuk juga dengan menggunakan pita, CD dan sebagainya, dengan volume yang tinggi boleh mengganggu orang ramai di sekeliling masjid atau surau itu, termasuk orang sakit, kanak2 dan sebagainya.

Saya juga tekankan bahawa bacaan al-Quran adalah untuk di dengar dan di nekmati maknanya, sebab itulah dalam al-Quran ditegaskan bahawa apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarkanlah, dan diamlah, jangan berkata2 supaya segala yang dibaca itu dapat diikuti dengan penuh kyusuk.

Bagaimana pun, ketika saya menulis isu ini, saya tidaklah memikirkan supaya hal ini perlu dibawa ke dalam majlis…

JAIS vs Gereja Methodest Damansara Utama

Pihak NGO yang mengnjurkan majlis di Gereja yang tersebut telah mengeluarkan kenyataannya bahawa majlis tersebut tidak mempunyai agenda agama, walau pun ada tersebut kalimah2 dan istilah Islam yang berbau agama. Penggunaan gereja sebagai tempat perjumpaan hanyalah kerana pihak Ngo itu mendapatkannya secara percuma.

Pihak JAIS pula sebelum ini telah membuat kenyataan awalnya, melalui Datuk Dr. Hassan Ali, bahawa majlis tersebut berbentuk dakwah agama lain kepada umat Islam.

Akhbar2 pernah menyiarkan beberapa kenyataan dari orang Islam yang menghadiri perjumpaan tersebut bahawa mereka telah diberikan bantuan kewangan oleh pihak agama Kristian, malah mereka berputus asa dari badan agama Islam yang tidak memberikan bantuan kewangan kepada mereka.

Inilah beberapa fakta yang timbul dari kerisis yang berbangkit akibat dari tindakan Jais memasuki Gereja itu beberapa hari yang lalu.

Akibat dari perkembangan ini juga, maka telah banyak kenyataan dan komen tidak sihat yang ditujukan kepada Jais…

"Copy cat" violence

Nampaknya manusia hari ini menjadi semakin ganas. Kekacauan yang berlaku di London akibat dari kematian seorang yang bernama Mark Duggan yang terkena tembakan polis dalam keadaan yang mencurigakan pada hari Khamis lalu, telah mencetuskan rusuhan dalam bentuk keganasan, kebakaran, kecurian dan kecederaan yang menimpa perusuh serta anggota polis.

Kegelisahan dan rusuhan itu yang bermula di satu kawasan kecil di London, kini merebak ke kawasan2 lain di luar London, dengan kebakaran yang banyak dilakukan ke atas bangunan awam dan Kerajaan, harta benda, kereta dan sebagainya.

Beberapa orang saksi dan penduduk London menegaskan bahawa kekacauan yang berlaku dalam bentuk yang meluas itu tidak lagi mempunyai kaitan dengan insiden tembakan yang meragut nyawa Dunggan hari Khamis lalu, tetapi merupakan keganasan ikut-ikutan (copy cat violence) yang dilakukan oleh anak2 muda dan orang2 yang sengaja ingin membuat kacau, sambil mencari keuntungan diri, mencuri dan merompak kedai dan gudang perniaga…

DI MANA KUASA SULTAN?

Nampaknya isu Jais memasuki gereja Damansara Utama telah menjadi isu politik sepenuhnya, sehingga kelihatan kuasa agama seolah2 menjadi milik parti politik dan kerjaan yang memerintah, iaitu kerajaan Pakatan Rakyat, bukan kuasa Sultan, sedangkan kuasa agama adalah di tangan Sultan.

Tindakan Jais yang termaklum itu adalah sah dari segi undang2, dan tujuannya ialah untuk menyelamatkan umat Islam dari tersasar akidahnya. Exco agama negeri telah memberikan penjelasannya, dan Menteri Besar Selangor telah berjanji akan mengadap Sultan, mungkin untuk mendapatkan titah Sultan dalam hal ini.

Sehingga peringkat itu sajalah yang dapat saya faham selama ini, dan MB telah pun mengeluarkan arahannya supaya semua ADUN negeri tidak membuat sebarang kenyataan, yang pada tanggapan ramai, MB tentulah akan segera mengadap Sultan dan menerima perintah dari Sultan bagaimanakah hendak menyelesaikan perkara ini.

Isu perjumpaan jawatankuasa pusat PAS untuk mendengar penjelasan Datuk Hassan Ali, hanya untuk meng…

DENGARLAH SEMUA PIHAK DULU

Saya selalu suka mengambil jalan tengah dalam sebarang pertikaian dan perslisihan faham. Dalam kerisis antara tindakan JAIS memasuki greja di Damansara Utama dua hari yang lalu, saya nampak terdapat sedikit gambaran yang berat sebelah dalam memberikan cerita dan ulasan tentang tindakan JAIS tersbut, iaitu selain dari pihak Gereja sendiri yang mengutuk tindakan JAIS trsebut, maka MB Selangor dan YB Khalid Samad MP Shah Alam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor juga nampaknya telah turut bersama mengutuk JAIS sebelum mendengar dan menerima laporan JAIS sendiri.

YB Datuk Hassan Ali, Exco agama DUN Selangor, yang cuba mempertahankan tindakan JAIS itu dan berjanji akan memberikan laporan lengkap tentang tindakan JAIS itu pun di keritik oleh banyak pihak, termasuk oleh Khalid Samad sendiri.

Orang luar yang tidak kena mengena dengan urusan ini pun nampaknya melatah dan mengkeritik Jais, malah secara tidak langsungnya mengkritik tindakan orang Islam dan pertubuhan Islam juga, sebagai tin…

IMAN ORANG ISLAM HARUSLAH KUAT....

Saya selalu menonton siaran berita di saluran antarabangsa seperti CNN dan BBC. Dalam bulan puasa ini saya nampak kedua-dua saluran ini sering melapurkan insiden yang berlaku di Asia Barat dan Afrika Utara mengenai kebangkitan Arab, dan ekoran penentangan itu terhadap kesejahteraan rakyat dan keselamatannya.
Yang dibesar2kan ialah tentang penentangan rakyat Libya terhadap Ghadafi, rakyat Syria terhadap Bashhar Al-Asad. Kedua2 saluran berita ini ternyata menggambarkan penderitaan rakyat yang menentang ketua negara mereka, iaitu tindakan Kerajaan Libya dan Syria menembak dan membunuh pemberontak. Gambaran ini seolah2 ingin menonjolkan kekejaman ketua negara itu terhadap rakyatnya, dan pihak nya seolah2 menjustifikasikan juga campur tangan Barat di Libya, dan seruan Barat supaya Al-Asad menerima tuntutan rakyatnya yang memberontak.
Pemberontakan Libya telah masuk ke bulan kelima, tetapi Gadhafi masih dapat bertahan, meskipun menghadapi tindakan serangan NATO, sebuah pertubuhan yang perkasa…

CAMPUR TANGAN POLITIK DALAM UNIVERSITI?

Ini hanya merupakan satu persoalan yang tidak jelas jawapannya kepada orang awam tentang kerisis yang berlaku di dalam Universiti Selangor (UNISEL) ekoran dari perletakan jawatan Naib Canselornya, Prof. Dr. Rosti Saruwono. NC ini baru sahaja memegang jawatannya pada 2 Mac 2009, menggantikan NC yang lalu, Datuk Dr. Mohd Razali Agus, yang kalau tak salah ingatan saya, juga melepaskan jawatannya kerana kerisis tertentu yang dialaminya. Dengan ini nampaknya UNISEL akan terpaksa mendapatkan calon lain untuk jawatan NC yang baru.

UNISEL mempunyai potensi yang besar, dan telah pun membuktikan keunggulannya sejak agak lama, iaitu ketika Universiti iu ditubuhkan lebeh sedekad yang lalu. Peruntukan perbelanjaan yang mewah, dengan tenaga pengajar yang baik dan bangunannya yang besar, menjadikan Universiti ini sebagai salah sebuah universiti yang terkemuka di negara kita.

Saya pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di UNISEL ketika Datuk Kamarudin Kachar menjadi Naib Canselornya, dan saya pernah…

1 Ramadhan Di Beberapa Buah Negara Islam

Kebanyakan negara Islam menyambut awal Ramadhan pada hari Isnin bersamaan 1 Ogos. Marilah kita tinjau sejenak bagaimana keadaannya beberapa buah negara Islam ketika umat Islam menyambut hari pertama puasa di negara tersebut :

Syria: Negara yang di pimpin oleh Hafiz Al-Asad ini menyambut hari pertama Ramadhan dengan pertempuran di antara penentang Kerajaan dan askar yang mempertahankan Al-Asad. Sumber berita memberitakan bahawa tidak kurang dari 134 orang yang telah terkorban dalam pertempuran pada hari pertama Ramadhan itu..Pemerintah Syria adalah dari golongan Alawi, iaitu golongan Syi'ah, dan rakyat majoritinya adalah sunni. Unsur ini juga menimbulkan ketegangan di negara tersebut.

Mesir: Hosni Mubarak yang sedang dirawat di hospital Syarm Al-Shaikh kerana penyakit teruk, akan dibawa ke Cairo untuk dibicarakan kerana tuduhan membunuh para penunjuk perasaan ketika berlaku pemberontakan untuk menjatuhkannya beberapa bulan dulu. Puak pemberontak mulai menunjukkan kemarahan mereka …

Hidup Pun Susah, Mati Pun Susah !

Itulah dialog Apek dalam filem P.Ramlee "Madu Tiga" ketika Apek itu fikir dia dah mati, iaitu ketika dia terjatuh dalam kereta P.Ramlee yang dipandunya dengan laju setelah Apek itu bertindak terjun dari pokok untuk membunuh diri kerana putus cinta. Ketika jatuh dalam kereta inilah dia menyangka yang dia telah mati, dan ketika P. Ramlee menyuruh dia mengebarkan bendera puteh untuk berdamai dengan tiga orang isterinya itulah Apek ini mengeluarkan kata2 ini, kerana dia sangka setelah mati tentulah dia dapat merasa aman, tetapi rupa-rupanya dah mati pun kena buat kerja juga, iaitu memegang bendera..!. Saya teringat dialog itu ketika akhir2 ini terdapat beberapa orang yang mati, dan kematian mereka menjadi persoalan, menjadi berita dan pertikaian yang masih berpanjangan.

Dua orang yang telah mati di pejabat SPRM menimbulkan persoalan. Beng Hock (?) mati dikatakan bunuh diri atau dibunuh, Sebuah Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kematian itu, dan setelah suruhanjaya it…