Posts

Showing posts from January, 2018

PELIHARA NILAI AKHLAK

Saya teringat ramai orang berpesan "Jangan masuk politik kerana politik tidak bermoral" Tetapi saya jawab balik bahawa politik ada nilai moral, kerana sistem pemerintahan dan kerajaan.  Kini baru saya sedar bahawa politik kotor bukan hanya gambaran malah nyata berlaku. Politik kata nista, umpatan, malah hingga maki hamun, seperti yang diamalkan oleh anak-anak muda, amat berleluasa sekali. Selain dari itu banyak pembohongan dan dusta, penipuan dan penyelewengan yang dilakukan Saya fikir biarlah hal itu berlaku, kerana sesiapa yang masuk politik, akan sentiasa menjadi taksub kepartian, dan taksub atau fanatik itu akan memuncak menjadi taksub melampau. Maka orang yang terlalu partisan dan taksub melulu, akan melakukan apa saja yang sesuai dengan nafsu dan seleranya. Cuma yang menjadi masalah ialah kerana segala kekacauan dan segala macam konfrontasi ini telah tersibar dengan luas, boleh dibaca di mana-mana, di dengar dan di tonton, kata nista yang biadab dan melanggar ada...

Politik Secara Profesional

Politik merupakan sistem pengurusan kerajaan yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh ahli politik, malah oleh setiap warga negara. Politik adalah satu permainan yang amat berkesan kepada pembentukan pemerintahan negara dan urusan rakyat sekiranya di mainkan oleh tokoh yang profesional. Tetapi sekiranya para pemain dan ahli politik bermain politik secara tidak profesional, maka politik akan menjadi satu permainan yang kotor. Fahaman yang kedua inilah yang sering dibicarakan ketika orang ramai becakap tentang politik, dalam erti kata politiking dan mempolitikkan satu perkara dengan sempit tanpa etika, tanpa nilai yang baik. Orang yang seharusnya berpegang kepada nilai-nilai yang baik, terutamanya dari segi moral dan etika, akan terjebak dalam politik kotor dan melampau ini sekiranya orang itu menjadi terlalu taksub kepartian, atau partisan melampau, yang menganggap bahawa parti politik yang diceburinya itulah sahaja yang baik seratus peratus, sedangkan parti politik musuhnya poli...