PELIHARA NILAI AKHLAK




Saya teringat ramai orang berpesan "Jangan masuk politik kerana politik tidak bermoral" Tetapi saya jawab balik bahawa politik ada nilai moral, kerana sistem pemerintahan dan kerajaan. 
Kini baru saya sedar bahawa politik kotor bukan hanya gambaran malah nyata berlaku. Politik kata nista, umpatan, malah hingga maki hamun, seperti yang diamalkan oleh anak-anak muda, amat berleluasa sekali. Selain dari itu banyak pembohongan dan dusta, penipuan dan penyelewengan yang dilakukan
Saya fikir biarlah hal itu berlaku, kerana sesiapa yang masuk politik, akan sentiasa menjadi taksub kepartian, dan taksub atau fanatik itu akan memuncak menjadi taksub melampau. Maka orang yang terlalu partisan dan taksub melulu, akan melakukan apa saja yang sesuai dengan nafsu dan seleranya.
Cuma yang menjadi masalah ialah kerana segala kekacauan dan segala macam konfrontasi ini telah tersibar dengan luas, boleh dibaca di mana-mana, di dengar dan di tonton, kata nista yang biadab dan melanggar adab serta budaya halus kita telah menjadi lumrah, dalam kata-kata yang ada kalanya tidak hanya melanggar adab biasa, malahan melanggar ajaran agama sendiri, keluar pula dari orang Islam dan alim pula.
Angkatan baru, anak muda, termasuk generasi yang mentah dan terlalu sukar untuk membezakan antara baik dan buruknya ungkapan kata-kata, akan terpengaruh dengan tradisi ini, kerana hal ini dilakukan oleh generasi tua dan lama, ketua dan pemimpin...
Kita hanya mungkin boleh berdoa dan berserah kepada Allah agar hal ini akan berakhir denan berakhirnya PRU ke-14 nanti, kerana selagi persaingan untuk memenangi PRU sedang berlaku dengan sengitnya, maka orang akan berusaha mencari kemenangan walau dengan apa cara sekali pun.
Namun kita masih mengangkat tangan hormat kepada pemain-pemain politik yang masih bersopan dan beradab, bersifat profesional, yang tidak menjadikan kempen politik untuk menyentuh peribadi dan personaliti lawannya, yang lebih banyak menyentuh dasar dan tektik lawannya, bukan bercorak peribadi..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....