Politik Secara Profesional



Politik merupakan sistem pengurusan kerajaan yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh ahli politik, malah oleh setiap warga negara. Politik adalah satu permainan yang amat berkesan kepada pembentukan pemerintahan negara dan urusan rakyat sekiranya di mainkan oleh tokoh yang profesional.
Tetapi sekiranya para pemain dan ahli politik bermain politik secara tidak profesional, maka politik akan menjadi satu permainan yang kotor.
Fahaman yang kedua inilah yang sering dibicarakan ketika orang ramai becakap tentang politik, dalam erti kata politiking dan mempolitikkan satu perkara dengan sempit tanpa etika, tanpa nilai yang baik.
Orang yang seharusnya berpegang kepada nilai-nilai yang baik, terutamanya dari segi moral dan etika, akan terjebak dalam politik kotor dan melampau ini sekiranya orang itu menjadi terlalu taksub kepartian, atau partisan melampau, yang menganggap bahawa parti politik yang diceburinya itulah sahaja yang baik seratus peratus, sedangkan parti politik musuhnya politiknya, semuanya tidak betul dan tidak baik.
Malah dalam sistem apa-apa saja, keadaannya akan menjadi buruk dan tidak bermutu sekiranya para pengendalinya tidak mempunyai moral dan etika, seperti sistem ekonomi, teknologi, sosial dan sebagainya.
Kita di negara ini, terserahlah kepada rakyat semua menilai dan mengukur dari sudut nilai, budaya, akal, hati, roh dan agama juga, apakah sistem politik kita telah dicemari oleh para pemain dan ahli politik kita, atau sistem yang baik dalam politik itu, telah di musnahkan oleh ahli politik yang tidak bijak bemain politik, yang terlalu ego, tanpa nilai dan akhlak, yang tamak haloba, yang menjadi tikus membaiki labu....



Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....