Posts

Showing posts from 2019

MENCIPTA UMAT ISLAM GLOBAL

Globalisasi di jelmakan oleh Islam dari sudut kesatuan masyarakat manusia   yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, yang menegaskan “ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan   kamu dari (sepasang manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” Rasulullah SAW di utuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia dengan membawa rahmat untuk semua, dan hal ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa Islam adalah agama global. Malah tindakan baginda membawa perutusan damai dan kesatuan umat dengan dimulai di kalangan keluarga dan sahabat handai terdekat juga menggambarkan proses globalisasi, yang dari kalangan masyarakat kecil itu, kemudiannya berkembang di kalangan komuniti di Makkah, iaitu masyarakat tempatan sendiri. Inilah proses globalisasi, dan inilah sebenarnya ajaran dan panduan Islam yang seharusnya terus menerus berkembang ke ...

POLITIK dan ISLAM

  ISU POLITIK MENGATASI AL-QURAN Saya masih tidak jemu membicarakan isu perpecahan umat Islam sesama sendiri, dan dengan umat lain yang ada kalanya sengaja di perbesar-besarkan di negara kita ini . Apakah isu itu merupakan satu ilusi atau kenyataan yang sebenarnya. Kadang-kadang isu ini di ada-adakan kerana sebab-sebab yang tertentu dengan menjustifikasikan kegawatan yang berada dalam isu perpecahan kaum negara kita sekarang, sebagai satu isu yang amat besar dan membahayakan. Allah SWT membayangkan kerisis ini dan mnjadikan nya sebagai satu iktibar kepada uamt Nabi Muhammad, iaitu   firman Allah S.W.T di dalam ayat 46, surah (29) Al-‘Ankabut: Dan janganlah kamu berbahas (berdebat) dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebeh baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada mereka) “kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami, dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami, juga Tuha...