POLITIK dan ISLAM
ISU POLITIK MENGATASI AL-QURAN
Saya masih tidak jemu membicarakan isu perpecahan umat Islam sesama sendiri, dan dengan umat lain yang ada kalanya sengaja di perbesar-besarkan di negara kita ini . Apakah isu itu merupakan satu ilusi atau kenyataan yang sebenarnya. Kadang-kadang isu ini di ada-adakan kerana sebab-sebab yang tertentu dengan menjustifikasikan kegawatan yang berada dalam isu perpecahan kaum negara kita sekarang, sebagai satu isu yang amat besar dan membahayakan.
Allah SWT membayangkan kerisis ini dan mnjadikan nya sebagai satu iktibar kepada uamt Nabi Muhammad, iaitu firman Allah S.W.T di dalam ayat 46, surah (29) Al-‘Ankabut:
Dan janganlah kamu
berbahas (berdebat) dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebeh baik,
kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada
mereka) “kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami, dan kepada
(Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu
adalah satu, dan kepada-Nya-lah kami patuh dengan berserah diri”.
Saya usulkan agar umat Islam meneliti kandungan ayat ini dan
mengkaji tafsirnya yang baik dari para ulamak dan ahli tafsir yang tulin. Para
pentafsir menerangkan tentang kandungan ayat ini bahawa sekiranya berlaku
perdebatan atau perbincangan di antara orang Islam dan orang bukan Islam, ahli
Kitab, orang Yahudi dan Kristian, maka janganlah kita berdebat dengan cara yang
tidak baik, tetapi ambillah cara berhikmah, lemah lembut, dengan mengemukakan
hujah secara ilmiah dan benar, yang dapat menyerlahkan kebenaran Islam dan
perbezaannya dengan golongan lain yang tidak mengikut ajaran tauhid.
Perbincangan yang dijalankan dengan berakhlak dan berdasarkan
hujah yang meyakinkan, biasanya akan dapat diterima dengan baik juga oleh pihak
lain. Bagaimana pun ayat ini meramalkan juga bahawa mungkin akan terdapat golongan lain yang akan
bertindak secara yang zalim, iaitu tanpa tolak ansur, maka dalam keadaan ini
umat Islam haruslah bertegas untuk mempertahankan akidah itu mengikut situasi
penentangan yang ditujukan kepada umat Islam sendiri.
Oleh itu umat Islam sendiri haruslah mempunyai strategi yang
baik dalam hal ini, dan di sinilah rasanya para ahli ilmu, para bijak pandai,
ulamak dan umarak seharusnya dapat bersatu hati menjelaskan hal ini dengan
sebaik-baiknya kepada pihak yang bertindak zalim, mengikut istilah Al-Quran
itu, tanpa menghancurkan keharmoniaan di antara umat manusia seperti yang
sering dianjurkan oleh agama Islam sendiri.
Di antara petunjuk Allah yang diberikan kepada umat Islam di
dalam ayat ini ialah tentang strategi perdebatan itu, iaitu ketika umat Islam
sentiasa mengambil jalan damai dalam perbahasan, bahawa umat Islam tetap bersikap terbuka,
mengambil prinsip bersatu dalam kelainan, untuk perdamaian bersama..
Maka dalam hal inilah para ulamak, para umarak, dan umat
Islam umumnya haruslah mengkesampingkan ideologi kepartiannya yang sempit untuk
membicarakan isu ini secara ilmiah dan mencari penyelesaian bersama secara
sepadu, jujur dan ikhlas, bukan kerana mengikut sentimen dan emosi yang meledak
kerana tujuan politik keduniaan yang tertentu.
Dalam sejarah konflik umat Islam yang berlaku dalam era
kebangkitan Islam pada tahun-tahun tujuh puluhan, dan ketika umat Islam
berusaha untuk kembali kepada ajaran agamanya yang sejati, termasuk
mengislamkan politik, kerajaan, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka kefahaman
tentang akidah juga sering terbawa-bawa di dalam konflik itu, yang diantaranya
timbullah isu kafir mengkafirkan sesama umat Islam yang dikenali dengan istilah
“takfir”.
Masyarakat Malaysia juga mengalami kejutan ini, dan sehingga
ke hari ini banyak pihak yang ingin merosakkan perpaduan umat Islam sendiri
dengan hujah yang cetek tentang musuh parti politik mereka sendiri, sama ada
sesama Islam apa lagi dengan rakyat bukan Islam.
Dalam konteks ini, amatlah dikesalkan bahawa umat Islam sering melupakan prinsip yang
ditunjukkan oleh Al-Quran agar umat Islam berdebat dengan cara yang baik, juga
dengan hikmah dan kebijaksanaan, malah dengan nasihat yang baik, seringkali di
lupakan, demi kepentingan duniawi dan sikap taksub yang berpanjangan.
Hal ini akhirnya boleh merosakkan diri sendiri dan memberi
peluang kepada pihak musuh untuk melemahkan kita
Saya usulkan agar umat Islam meneliti kandungan ayat ini dan
mengkaji tafsirnya yang baik dari para ulamak dan ahli tafsir yang tulin. Para
pentafsir menerangkan tentang kandungan ayat ini bahawa sekiranya berlaku
perdebatan atau perbincangan di antara orang Islam dan orang bukan Islam, ahli
Kitab, orang Yahudi dan Kristian, maka janganlah kita berdebat dengan cara yang
tidak baik, tetapi ambillah cara berhikmah, lemah lembut, dengan mengemukakan
hujah secara ilmiah dan benar, yang dapat menyerlahkan kebenaran Islam dan
perbezaannya dengan golongan lain yang tidak mengikut ajaran tauhid.
Perbincangan yang dijalankan dengan berakhlak dan berdasarkan
hujah yang meyakinkan, biasanya akan dapat diterima dengan baik juga oleh pihak
lain. Bagaimana pun ayat ini meramalkan juga bahawa mungkin akan terdapat golongan lain yang akan
bertindak secara yang zalim, iaitu tanpa tolak ansur, maka dalam keadaan ini
umat Islam haruslah bertegas untuk mempertahankan akidah itu mengikut situasi
penentangan yang ditujukan kepada umat Islam sendiri.
Oleh itu umat Islam sendiri haruslah mempunyai strategi yang
baik dalam hal ini, dan di sinilah rasanya para ahli ilmu, para bijak pandai,
ulamak dan umarak seharusnya dapat bersatu hati menjelaskan hal ini dengan
sebaik-baiknya kepada pihak yang bertindak zalim, mengikut istilah Al-Quran
itu, tanpa menghancurkan keharmoniaan di antara umat manusia seperti yang
sering dianjurkan oleh agama Islam sendiri.
Di antara petunjuk Allah yang diberikan kepada umat Islam di
dalam ayat ini ialah tentang strategi perdebatan itu, iaitu ketika umat Islam
sentiasa mengambil jalan damai dalam perbahasan, bahawa umat Islam tetap bersikap terbuka,
mengambil prinsip bersatu dalam kelainan, untuk perdamaian bersama..
Maka dalam hal inilah para ulamak, para umarak, dan umat
Islam umumnya haruslah mengkesampingkan ideologi kepartiannya yang sempit untuk
membicarakan isu ini secara ilmiah dan mencari penyelesaian bersama secara
sepadu, jujur dan ikhlas, bukan kerana mengikut sentimen dan emosi yang meledak
kerana tujuan politik keduniaan yang tertentu.
Comments
Post a Comment