INSAN PUNYA PILIHAN
(1)
TELAH DITAKDIRKAN
DUA INSAN BERNAMA SUAMI DAN ISTERI
BERTEMU DAN MEMADU KASIH
DAN RAHIM IBU
BERISI SEGUMPAL DAGING
MUDGHAH DAN ALAQAH
KEMUDIANNYA LAHIR SEORANG INSAN
(2)
INSAN IN BERKELANA
MELALUI LIKU-LIKU JALAN
TANAH GERSANG DAN KUNTANG
TANAH SUBUR DAN MEWAH
SUNGAI DAN LAUTAN
GERAK GEMPA DAN RIBUT TAUFAN
SILIH BERGANTI
(3)
ITULAH GAMBAR –GAMBAR KEHIDUPAN
INSAN YANG LAHIR MENGHUNI DUNIA NYATA
DITUNJUKKAN ALLAH PENCIPTA ALAM
DUA JALAN TERBENTANG DI HADAPAN
BERSYUKUR ATAU KUFUR
JALAN BAHAGIA ATAU CELAKA
YANG HARUS DILEWATI
KETIKA DI PERSIMPANGAN
(4)
MENJELMA HIDUP AKHIRAT
INSAN SOLEH BAKAL MERASAI NEKMAT
YANG KEKAL DAN ABADI
MENGHIRUP AIR SYURGA
ZANJABIL DARI MATA AIR SALSABIL
MENGHIAS DIRI DENGAN SUTERA
KALUNG DAN GELANG PERAK
TANPA MENTARI YANG MEMBAKAR
ATAU HAWA DINGIN MENGIGILKAN
DISAJIKAN MINUMAN KAFUR
DI DALAM BIJANA PERAK DAN KRISTAL
BERNAUNG DI BAWAH POHON SYURGA
RENDANG NYAMAN DAN DAMAI
MENCAPAI BUAHAN DI KEPALANYA
RANUM ENAK DAN MENYEGARKAN
HIDUP YANG MEMANJANG
PENUH NEKMAT
PENUH BAHAGIA
(5)
TETAPI INSAN DURHAKA
AKAN MERASAI PEDIH TERBAKAR
BAHANG PANAS TIDAK TERPERI
YANG TIDAK PERNAH DIGAMBARKANNYA
HINGGA IA BERTERIAK MENYESAL
AGAR DIKEMBALIKAN HIDUP SEMULA DI DUNIA
UNTUK DIA BERAMAL DAN BERBAKTI
MENGERJAKAN SEGALA YANG DIPERINTAHKAN ALLAH
NAMUN SEMUANYA ITU HANYA SIA-SIA
DIA MENJADI PENGHUNI NERAKA
BERSAMA BARA PANAS DAN JILATAN API MEMBAKAR
(6)
DEMIKIANLAH PILIHAN MANUSIA
SEMASA ZAMAN DUNIANYA
DIA PUNYA DUA JALAN
KE KANAN ATAU KE KIRI
JALAN MANA YANG HENDAK DILALUINYA
INSAN KERDIL
TAPI PUNYA HATI
PUNYA FIKIRAN
PUNYA PILIHAN
Saya tak sangka Datuk juga pandai mencipta sajak..apa salahnya sekali-sekala Datuk hantar ke Mingguan Malaysia atau mana2 akhbar ke untuk disiarkan bg tatapan umum. Isi kandungannya menarik...cukup mendalam maksudnya...
ReplyDelete