KE MANAKAH UMAT ISLAM HENDAK DIBAWA?

Ketika umat Islam telah pun ketinggalan di belakang dalam semua aspek kemajuan dunia dan persaingan dalam ilmu, termasuk sains dan teknologi, maka tiba-tiba timbul satu aliran "dakwah" yang terbina diatas emosi dan perasaan, ledakan rohani dan dorongan untuk meninggalkan dunia dan alam kebendaan, alam kemajuan dan "keduniaan" dengan hanya menumpukan kepada alam kerohanian, tafsiran yang menyeleweng tentang apakah itu akhirat dan agama, apakah itu agama sebagai cara hidup lengkap dunia dan akhirat.

Tontonlah siri Halaqah di TV 9, saya melihatnya sebagai satu usaha yang menyorot ke belakang, membawa minda dan pemikiran kita kepada alam fantasi dan ketakutan yang tidak berasas kepada hal dunia, sedangkan dunia ini adalah juga dijadikan Allah untuk kita, dan yang lebeh parah dari itu ialah pengertian kehidupan dunia sebagai kosong dan tidak berharga, agama hanya ibdat, ritual, doa, dan saham adalah hanya saham akhirat, bencikan saham "dunia", sedangkan orang-orang yang berbicara dalam program itu adalah terdiri dari mereka yang juga mencari saham dunia, kebendaan, wang !

Apakah umat Islam hari ini hendak kita ajakkan untuk beremosi, teriak tangis, rasa bersalah, berdosa dan sebagainya? Sedangkan umat kita telah pun menjadi umat yang malas bekerja, malas mencari peluang untuk memperbaiki dunia mereka demi kepentingan akhirat dan agama mereka sebagai satu cara hidup yang lengkap dalam segala-segalanya? Apakah hidup kita ini hanya untuk berlakun, memainkan nada suara yang sedih dan mengalirkan air mata yang kita sendiri tidak tahu kenapa?

Saya rasa umat Islam di negara kita tidak mahukan hal ini, kita telah cukup maju untuk mendengar permainan bahasa yang sayu ini dari orang-orang luar yang amat pandai mempermain kata-kata indah dan berirama.

Hari ini kita tidak mahu orang beretorika dan bermadah tanpa tujuan. Kita mahu orang yang dapat membakarkan semangat bekerja, dan berusaha untuk kesejahteraan seluruh umat dengan kerja dunia dan akhirat, tambahan pula tema dan tajuk yang dibicarakan itu adalah tajuk lama dan telah diketahui orang, yang hanya sengaja dibesar-besarkan semata-mata kerana hendak meledakkan emosi dan rasa hati yang kosong.

Saya mungkin dituduh ingin melawan arus agama, tetapi bagi saya ini bukan soal agama atau tidak agama, kerana agama adalah untuk dunia dan akhirat, agama bukan hendak mengajar kita menangis dan emosi semata-mata, malah agama adalah satu ajaran yang serius, berilmu, berteknologi, berharta, terkemuka di dalam dunia, bersaing dengan semua
manusia di atas muka bumi ini.

Harap sedarlah kita, kemanakah kita hendak dibawa dengan program seperti ini?

Comments

  1. Saya amat bersetuju dengan pendapat Dr... Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti WP juga tidak saya ragui. Ada asas yang kukuh apatah lagi telahpun difatwakan. Mufti WP dan mereka yang mempertahankan seperti bersendirian, menongkah arus minda yang 'komplikated' sehinggakan fatwa mula dipertikaikan. Keimanan diperdebatkan, di mana perginya kredibiliti sebagai insan kerdil jika hanya tahu mendabik dada mengoyahkan akidah sedangkan satu demi satu amalan bertunjangkan Al-Quran dan Hadith disisih serta dipinggirkan daripada kehidupan ini. Lalu bagaimana lagi perlu dilakukan oleh insan kerdil yang cuma ingin hidup diredhai?

    ReplyDelete
  2. Apa pendapat Dr terhadap panel penasihat syariah ESQ? Bagaimana seharusnya mereka bersikap dalam suasana begini?

    ReplyDelete
  3. Sy sgt sgt sgt brsetuju dgn pndgn Dr tu.Dunia ni sgt sgt penting pada hakikatnya.Kerana Allah dh bagi amanh dan misi untuk kita sempurnakan sepanjang usia kita kat dunia neh kan??

    Dan untuk menunaikan perintah2 Allah itu bukanlah sesuatu yang mudah.Perlu ilmu,kecekalan hati dan ketabahan semangat.Tnpa melalui dunia mcm mana nk ke akhirat?

    Walopun tk salah beribadat di masjid 24 jam tp Baginda Junjungan Besar kita begitukah perwatakan baginda?Ini lah masalah kita.Kita mendakwa kita mengikut sunnah Nabi tapi tak boleh nak bezakan sunnah mana yang aula yg sgt sgt mustahak diprktikkan dan mana yg kurang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....