Posts

Showing posts from August, 2014

MEMAHAMI ISLAM YANG BETUL

BERJIHAD    Islam haruslah difahami secara syumul...Berjihad yang digunakan istilah "Jihadis" dalam media Barat perlu difahami konsepnya yang sebenar. Tanpa memahami konsep dan definasi jihad yang berlandaskan hukum syarak, maka orang Islam akan tersesat dalam kefahamannya dan akan melakukan jihad yang tidak menepati hukum syariah yang sebenarnya. Kita membaca berita baru-baru ini tentang seorang anak Melayu (?) dari negara kita yang telah terkorban di Syria ketika berjuang bersama-sama askar penentang Basshar Al-Asad, pemerintah Syria. Malah ada yang tercedera juga.  Penglibatan anak negara kita ini hanya baru kita mengetahui ketika tersibar berita tersebut. Dan sebelum ini pun kita telah mendengar berita tentang penglibatan rakyat kita, umat Islam, yang turut mengangkat senjata berjuang dengan kumpulan tertentu di negara lain, seperti di Iraq.... Perkara pertama yang seharusnya kita timbulkan di sini ialah apakah usaha kita untuk memberi kefahaman kepada umat ...

MAKNA BERKABUNG

BERKABUNG CARA ISLAM Alhamdulillah sebahagian mayat para penumpang Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 akan sampai ke tanah air pada 22 Ogos ini. Pengumuman yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri agak melegakan kerana jenazah itu akan disambut sebegitu rupa mengikut syiar agama, terutamanya agama Islam. Harap Kerajaan akan meneliti dan mendapatkan pandangan para ulamak Islam tentang cara menyambut jenazah itu dan erti berkabung mengikut syiar Islam, yang tentunya berbeza dari adat tradisi dan simbolik agama lain. Ritual dan doa serta bacaan ayat suci al-Quran dalam menyambut mayat ini haruslah hanya dikhususkan kepada mayat dan jenazah Muslim saja, berjauhan dari mayat mangsa agama lain. Harap tidaklah jenazah Muslim di gabungkan dalam satu sambutan mengikut kepelbagaian agama, kerana jenazah Muslim tidaklah hanya diraikan secara keduniaan yang melampau dan menjadi acara yang kelihatan sama dengan sambutan agama lain. Saya menyebut begini kerana terd...

SAMPAI BILAKAH PEPERANGAN INI AKAN BERTERUSAN?

HENTIKAN KEGANASAN.... Hingga kini orang awam Gazzah yang terkorban dalam serangan Israel ialah 80% dari hampir 1,800 orang korban rakyat Gazzah keseluruhannya. Yang terbunuh di pihak Israel kira-kira 65 orang adalah tenteranya dan 3 orang sahaja orang awam. Perangkaan ini menunjukkan bahawa Israel lebih banyak membunuh orang awam, sedangkan Hamas membunuh hampir keseluruhannya adalah tentera. Siapakah yang lebih zalim dan tidak bertamadun dalam konteks ini?? Dari sudut pandangan syariah, ternyata bahawa penceroboh yang melakukan jenayah perang ialah Israel. Dan dari sudut syariah juga Gazzah adalah merupakan pihak yang mempertahankan diri dari pencerobohan. Peperaangan disyariatkan di dalam Islam ialah ketika dicerobohi iaitu diperangi, dizalimi dan dihalau dari rumah tangga dan negara, maka yang diceroboh mestilah bangun bertindak mempertahankan dirinya. Dan hal inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Ghazzah. Bagaimana pun dalam perhitungan dan peraturan peperangan, ...