KEIZINAN BERPERANG DALAM ISLAM
Dasar keamanan dan keharmonian Islam Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terkena tembakan di Syria mengikut berita akhbar tanggal 15 September 2014. Mengikut berita itu lagi, jenazah ini akan dikebumikan di Turki bersebelahan mayat anggota lain dari Malaysia yang telah terkorban sebelum ini. Dalam konteks ini penulis tidak bermaksud untuk membicarakan tentang hukum dan fatwa berhubung kematian ini, sama ada sebagai seorang yang berjihad dan terkorban sebagai syahid, ataupun meninggalnya sebagai anggota kumpulan militan yang terkorban secara sia-sia. Soal hukum dan fatwa ini bukanlah boleh dipermain-mainkan seperti kita menghukum dalam urusan dunia yang tidak mempunyai kaitan dengan hukuman berat dan mempunyai implikasi balasan di akhirat sama ada masuk syurga atau masuk neraka. Ummah seluruh dunia yang sepatutnya telah bertindak menubuhkan badan antarabangsa sendiri untuk memastikan hal ini, kerana isu ini sekarang telah menjadi isu indiv...