MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN
MARI SENTUH ANJING Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya. Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain. Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "ku...