ISLAM DAN KEGANASAN?
ISLAM TIDAK MENSYARIATKAN KEGANASAN….
Ramai orang terpengaruh dengan gerakan keganasan, termasuk
pembunuhan sesama sendiri, kerana menganuti kepercayaan bahawa Islam
mensyariatkan keganasan dan pembunuhan terhadap golongan yang diiktikadkan
sebagai musuh Allah dan musuh agama Islam.
Sebenarnya Islam tidak semudah itu mensyariatkan peperangan
dan pembunuhan tanpa dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan Hadis
serta fatwa yang muktabar dari para ulamak, yang menyatakan dengan terang
bilakah peperangan itu disyariatkan dan menjadi satu amalan yang direstui oleh
syarak.
Penulis amat mengharapkan bahawa penjelasan dan fatwa yang
jelas tentang hal ini dapat di sebar luaskan kepada masyarakat kita, kerana
para belia Islam dan angkatan muda kita pada umumnya amat ghairah untuk
bertindak melaksanakan syariah agamanya walau pun dengan mengorbankan nyawanya
sendiri, sedangkan tindakan mereka ini adalah dilakukan di dalam kejahilan,
tanpa panduan agama yang sahih
Tanpa penyebaran ilmu dan pengajaran Islam yang fundamental
dalam isu ini sebagai satu wadah pendidikan yang meyakinkan umat Islam,
termasuk di negara kita, maka selama itulah kita akan terus menerus menyaksikan
dunia Islam berada dalam kerisis peperangan dan pembunuhan yang hanya akan
merosakkan imej dan prestasi agama Islam yang maha suci.
Kebangkitan Islam yang meluas sejak tahun-tahun tujuh puluhan
di seluruh dunia telah menyaksikan pembangunan Islam yang dinamik di Timur dan
di Barat, di dalam dunia Islam dan dunia lain, dan pembangunan ini telah
dilihat sebagai satu agenda pembangunan agama Islam yang universal dan global,
malah memberikan kekuatan kepada umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan,
ekonomi, sains dan teknologi, juga dalam aspek kekuatan umat Islam umumnya, yang
secara langsung atau tidak langsung menghimpit malah ada kalanya mengancam
agama-agama lain.
Maka dalam scenario ini, dalam situasi yang senyap-senyap pula,
kita dapat merasakan bahawa amaran Allah
SWT yang membawa tujuan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan rela dengan agama
yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu, telah mulai menjelma dalam satu permainan
di tengah-tengah pentas dunia dalam bentuk permainan yang tersembunyi mesejnya
dan amat licin sekali.
Pihak Zionis dan pelampau Barat akan mulai memasukkan jarum
permusuhan di dalam dunia Islam, dan dengan halus pula mulai menyamar dan
bermain wayang yang menggambarkan bahawa umat Islam sedang menghadapi gerakan sekular
yang amat ekstrem dan gerakan kemodenan melampau yang seharusnya ditentang
berhabis-habisan oleh umat Islam yang masih berpegang teguh dengan “ajaran dan
syiar” Islam yang telah dicabulu oleh orang Islam sendiri.
Dengan itu timbullah iktikad bahawa keganasan melampau, malah
pembunuhan dan peperangan adalah merupakan satu amalam yang seharusnya
dilakukan berdasarkan ajaran syariah Islam sendiri. Perpecahan dan kerisis
kefahaman mazhab dan amalan ijtihad dalam masyarakat Islam telah di api-apikan
begitu rupa oleh anasir zionis dan nasara tadi, sehingga timbullah puak-puak
yang merasakan bahawa mereka saja yang benar-benar berjuang kerana Islam, dan
merekalah yang menentang “musuh-musuh” Allah, yang mengikut syariah, maka
golonagn musuh itulah yang seharusnya dibunuh, kerana membunuh musuh Allah
adalah merupakan tuntutan syariah, dan sesiapa yang terkorban di dalam proses
ini akan mati syahid, dan akan masuk syurga.
Ajaran Islam yang memberikan ganjaran syurga kepada para
pejuang yang berjuang dan berjihad bersama-sama Rasulullah SAW ketika
menegakkan agama tauhid di kalangan masyarakat jahilliyyah dan kuffar telah
secacara mudah di selewengkan kepada pejuang semasa yang kononnya berjuang
menegakkan agama Allah dan mempertahankan agamanya tanpa memeriksa segala
prinsip dan ajaran Islam yang sebenarnya tentang jihad, dan membuat usul
periksa berdasarkan dalil-dalih syariah yang sah tentang siapakan musuh Allah
dan siapakah musuh agama itu.
Beberapa kurun dan sehingga ke dekad-dekad yang terakhir ini
tidak terlihat kepada para sarjana dan ahli sosiologi serta antropologi Barat
bahawa agama itu mempunyai relevensi kepada pembangunan dan aktibviti dinamik
manusia, terutamanya agama Yahudi dan Kristian, untuk pembangunan masyarakat
dan negara yang diasaskan kepada ajaran agama itu.
Tetapi sejak kebangkitan Islam, dan kelihatannya bahawa Islam
mempunyai sifat dinamik dalam menjadikan petrol sebagai senjata, kejatuhan Shah
Iran yang ditunjangi begitu kuat oleh Amerika, malah kekuatan Arab yang mulai
mengancam penjajahan Yahudi ke atas Palestin, maka kuasa Barat dan penganut
agama mereka mulai membuka mata, dan mulai merancangkan tektik serta strategi
untuk melemahkan Islam dan umatnya, termasuklah segala kekusutan dan kerisis
yang berjaya dilakukan di dalam dunia Islam sekarang ini.
Umat Islam yang masih lemah iman dan kekuatan syariahnya,
akhirnya menyerah kalah kepada ketentuan nasib dan matlamat yang dirangkan oleh
musuh-musuhnya, sehingga akhirnya Islam mulai dicemarkan oleh umatnya sendiri
dan mulailah jarum permusuhan yang di cucukkan ke dalam badan mereka oleh
musuh-musuhnya telah memberikan buruk dan amat menyakitkan.
Kewajipan kita sekarang ialah memperkuatkan daya tahan kita
ketika menghadapi permainan kotor orang lain, dan mencerahkan minda generasi
baru kita tentang merbahanya serangan virus dan kuman musuh-musuh kita. Islam
tetap suci dan kuat, tetapi yang kotornya ialah fenomena yang bernama
“Islamism” , bukan ummah sebagai penganut Islam, tetapi Islam politik yang
diselewengkan.
Comments
Post a Comment