MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN
MARI SENTUH ANJING
Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya.
Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain.
Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "kuno" dan "tidak progresif" malah para guru yang dulunya berpandukan pengajaran feqah mazhab yang empat, tidak akan muncul lagi di pentas politik, atau di gerai-gerai makan, malah di pusat membeli belah untuk membuka kitabnya yang tebal dan berjilid-jilid itu untuk mempelajari sesuatu hukum, kerana sesuatu hukum dapat dikeluarkan begitu sahaja tanpa memerlukan perdebatan dan dalil-dalil yang terperinci..begitu mudah, tanpa tafsiran, tanpa tujuan..
Sesiapa saja boleh menjadi mufti dan guru agama, sesiapa saja boleh menghebohkan ajaran di kota raya itu di dalam media sosial, seolah-olah ajaran itu adalah yang paling popular dan di ikuti ramai, malah oleh orang Islam dan bukan Islam juga. Sesiapa saja dapat menjadi mujtahid atau ahli ijtihad untuk mencari hukum baru dan lama tanpa perlu memenuhi syarat-syarat untuk berijtihad.
Dulu, guru dan mufti, mengajar dengan ikhlas demi kerana ajaran agama dari Allah. Sekarang orang mengajar agama, termasuk tentang kepelbagaian najis dari pandangan agama tanpa mazhab, telah melangkau batasan sekolah dan madrasah, surau dan masjid, entah kemana-mana saja terutamanya di tempat yang lebih glamor..sehingga pandangan di tepi jalan itu telah menjadi fatwa yang muktamad, mengatasi fatwa mufti dan guru agama, dan sesiapa saja dapat mempopulkarkan pengajaran ini, di media, berita, malah di mana-mana saja...
Elok sangatlah kita mengalu-alukan pentas dakwah dan ajaran agama yang bersepah-sepah di atas jalan, lorong-lorong, kedai, gerai, malah pasar raya dan pusat membeli belah....
Elok sangatlah orang politik taksub menjadi guru agama segera untuk menerangkan tentang sesuatu hukum dan fatwa, terutamanya dalam proses mengambil hati orang-orang yang sedia mencabar ajaran agama Islam dan kesuciannya....
Elok sangatlah hukum hakam yang dikompromikan ini menjadi modal politik, bukan kerana agama, malahan bermotifkan politik sempit, dalam jangka panjang dan pendek untuk memancing undi dan mendpat pengaruh ....
Elok sangatlah ahli politik partisan murahan ini bertindak melelongkan agama dan kesuciannya, tanpa lagi mempedulikan kaedah epestimologi dan metodologinya yang asli dan ilmiah....
Kita tunggulah saja saat-saat keruntuhan kesucian agama dan ilmu serta hikmahnya di tangan penjaja-penjajanya yang berkeliaran seperti anjing hutan yang berkeliaran mencari mangsanya...
Tunggulah...tunggulah....tunggulah.....
Comments
Post a Comment