Posts

Showing posts from August, 2015

Andainya 13 Mei Berlaku Ketika Ini, Apakah Yang Akan Terjadi?

Saya mengalami sendiri peristiwa 13 Mei 1969 ketika saya berada di Kuala Lumpur di sekitar tarikh tersebut. Ketegangan yang timbul di antara kaum pada ketika itu mengundang rusuhan berdarah di antara Melayu dan Cina di sekitar Kuala Lumpur. Tetapi dengan kebijaksanaan Kerajaan pada kitika itu, dan langkah-langkah keselamatan yang berkesan di ambil dengan begitu pantas, maka perisitwa berdarah itu hanya berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja, malah tidak merebak ke luar kota Kuala Lumpur. Dengan itu maka peristiwa ini tidak berlarutan menjadi tragedi di seluruh negara, atau sekurang-kurangnya di seleruh Semenanjung pada ketika itu. Bagaimana pun ketika ini, di kala mengenangkan kembali peristiwa tersebut dalam konteks sekarang, saya merasa pasti bahawa sekiranya peristiwa berdarah seperti itu berlaku pada masa ini, maka besar kemungkinan kejadian yang mendukacitakan itu akan terus merebak ke merata pelusuk negara dan kota dalam masa yang singkat sahaja. Pada hari 13 Me...

KANSER DAN KORUPSI

Saya punya pengalaman dalam penyakit kanser ini ketika penyakit itu menghinggap arwah isteri saya yang telah meninggal dalam tahun 2004. Para doktor yang merawatnya telah memberitahu saya bahawa kanser walau pun setelah hilang symptom (tanda-tandanya) tidak bererti bahawa penyakit itu telah sembuh. Memang "sembuh" dalam erti kata adat dan luaran, tetapi dari segi sains penyakitnya, kanser boleh kembali pada bila-bila masa sahaja kepada pesakit yang sama. Jadi penyakit ini boleh pergi, dan boleh kembali pula. Demikian juga dengan perilaku manusia yang mengamalkan rasuah, maka rasuah mungkin menjadi tabiatnya yang tegar, boleh di tinggalkan, dan akan ada kalanya akan di ulang lagi. Kedua-duanya, kanser dan rasuah atau korupsi, adalah merupakan penyakit kronik yang amat banyak sekali menimpa umat manusia, termasuk di negara kita, dan termasuk dalam masyarakat Islam, yang mengetahui bahawa rasuah adalah dosa, orang yang memberi rasuah dan memakan rasuah, kedua-duany...

KEGAWATAN POLITIK NEGARA KITA

Negara kita mengalami kegawatan politik yang mungkin terbesar dalam sejarah, terutamanya di kalangan orang Melayu, yang pada umumnya merupakan orang Islam, menganut dan mengamalkan Islam. Dari sudut ideologi politik kepartian, orang Melayu di dalam dua buah parti terbesar, iaitu UMNO dan PAS, telah berpecah belah kepada beberapa puak.  Di dalam UMNO, perpecahan yang telah sedia ada, kini mengalami kerisis dan konflik terbaru tentang kerisis kepimpinan, yang berlanjutan dari kerisis kewangan, pendedahan dan banyak kesamaraan serta kesalah fahaman yang timbul di kalangan ahli UMNO berhubungan dengan 1MDB dan akaun persendirian pucuk pimpinan negara.Rakyat umumnya terpaksa berdiam diri dan mendengar sahaja apa=apa yang berlaku di dalam negara mereka. Di dalam PAS berlaku keretakan di antara dua golongan yang selama ini tergolong di dalam kalangan ulamak dan ahli agama dengan golongan profesional yang di luar dari golongan terbesar yang dikenali dengan Ulamak itu. Bia...