KEGAWATAN POLITIK NEGARA KITA

Negara kita mengalami kegawatan politik yang mungkin terbesar dalam sejarah, terutamanya di kalangan orang Melayu, yang pada umumnya merupakan orang Islam, menganut dan mengamalkan Islam.

Dari sudut ideologi politik kepartian, orang Melayu di dalam dua buah parti terbesar, iaitu UMNO dan PAS, telah berpecah belah kepada beberapa puak. 

Di dalam UMNO, perpecahan yang telah sedia ada, kini mengalami kerisis dan konflik terbaru tentang kerisis kepimpinan, yang berlanjutan dari kerisis kewangan, pendedahan dan banyak kesamaraan serta kesalah fahaman yang timbul di kalangan ahli UMNO berhubungan dengan 1MDB dan akaun persendirian pucuk pimpinan negara.Rakyat umumnya terpaksa berdiam diri dan mendengar sahaja apa=apa yang berlaku di dalam negara mereka.

Di dalam PAS berlaku keretakan di antara dua golongan yang selama ini tergolong di dalam kalangan ulamak dan ahli agama dengan golongan profesional yang di luar dari golongan terbesar yang dikenali dengan Ulamak itu.

Biasanya apa bila berlaku kerisis dalaman parti politik, maka senjata pertama yang di tembak oleh pucuk pimpinan ialah menyalahkan parti pembangkang masing-masing, yang di tuduh sengaja menimbulkan isu dan persepsi salah mengenai parti mereka.

Senjata kedua yang dilakukan ialah menyalahkan orang-orang parti sendiri, yang dikatakan mempunyai kepentingan diri, menikam dari belakang, dan musuh di dalam selimut yang berusaha merosakkan nama baik kepimpinan parti.

Salah benarnya tuduhan ini, sebenarnya terhenti kepada hati nurani para pimpinan dan ahli parti sendiri. Kerana dalam kegawatan seperti ini, banyak pimpinan parti sendiri yang akan tenggelam punca dalam usahanya mengekalkan pimpinannya, dan akan meracau dan mengeluarkan kenyataannya yang sering palsu dan mempunyai unsur-unsur dusta.

Apa-apa pun akibatnya, dalam perpecahan dan kerisis ini, nasib orang Melayu dan agama Islam itu, kelihatan sedang tergadai, di gadaikan oleh orang Melayu Islam sendiri kerana beberapa sebab, diantaranya ialah kerana orang Melayu tidak mencerminkan wajah dan kelakuan sendiri untuk mencari kesilapan sendiri, sebaliknya menyalahkan orang lain ketika mencuba untuk mempertahankan diri sendiri.

Tabiat orang Islam yang sering meninggalkan hikmah ajaran Islam yang dipelajarinya supaya tidak bertindak sebagai orang munafik dan fasiq, telah menikam diri sendiri, sehingga sifat ego atau selfish telah mendorongnya melakukan kesilapan yang di sengajakan untuk mempertahankan kuasa dan pengaruhnya, apa lagi ketika kedengarann suara-suara yang lahir dalam sokongan secara total bahawa perilaku pimpinannya adalah benar belaka.

Jalan untuk surut ke belakang, dan kembali kepada sifat luhur hati dan rohani, kebenaran dan kejujuran yang sebenarnya, masih terbuka, kerana yang dipertahankan dalam kegawatan ini bukanlah peribadi atau personaliti yang tertentu, bukan kuasa dan kemenangan parti politik, tetapi yang seharusnya di jaga ialah maruah dan kedudukan negara serta kekuatan Islam itu sendiri di dalam satu-satunya negara Islam dunia yang masih dapat bertahan dengan baik, ketika umat Islam dan agamanya mengalami kehancuran di dalam negara-negara Islam yang lain.

Apakah ertinya Perlembagaan dan Parlimen, Bahasa dan Bangsa, sekiranya Perlembagaan itu di abaikan, malah di kebelakangkan, ketika orang Melayu dan Islam kehilangan kuasa bagi mempertahankan negara, agama dan bangsanya, yang sekarang sedang berada di pinggir telaga yang hanya menantikan keruntuhannya sahaja...Apakah kita sanggup merosakkan masa depan kita dan anak cucu kita sendiri dalam memperjudikan kedudukan kita di dalam keadaan yang merbahaya dan gawat sekarang ini..??

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....