Posts

Showing posts from April, 2010
ARTI KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KECIL HULU SELANGOR Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diketahui. Pengundi telah membuat keputusan, dan yang tinggal bagi kita ialah mengambil iktibar dari keputusan tersebut. Seperti biasa saya percaya para pengikut parti yang taksub dan penuh emosi, yang calonnya kalah, akan membuat seribu alasan dan seterusnya akan melemparkan berbagai-bagai tuduhan dan tohmahan kepada parti yang menang. Parti yang menang pula akan mendabik dada dan melemparkan kepelbagaian celaan pula kepada parti lawan yang kalah. Tetapi dalam diam-diam saya berharap pengikut dan penyokong parti politik yang menang atau kalah, yang tidak fanatik dan tidak emosi, sebaliknya yang beersikap rasional, akan segera insaf di manakah duduknya mereka, dan lalu akur dengan kehendak rakyat majoriti, tanpa mencari alasan sendiri, dan tanpa menyalahkan orang lain. Dalam kempen yang berjalan dengan panas sebelum hari pengundian, berbagai-bagai tektik dan pengucapan telah dikeluarkan, ma...
AGAMA DAN POLITIK Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu. Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain. Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatu...
RAKYAT MALAYSIA PERLU RASIONAL SELAMA DUA BELAS KALI PILIHAN RAYA UMUM, PARA PENGUNDI TELAH MEMBERIKAN UNDI MAJORITI YANG BANYAK KEPADA BARISAN PARTI-PARTI YANG SEDERHANA, TERBUKA DAN TIDAK BERSIFAT PERKAUMAN ATAU EKSTREM. KERANA ITULAH PARA PENGUNDI TELAH MEMILIH PARTI "PERIKATAN" PADA ZAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN, DAN KEMUDIANNYA KEPADA PARTI BARISAN NASIONAL. TETAPI DI DALAM PILIHAN RAYA YANG LEPAS "TREND" PENGUNDIAN INI TELAH BERUBAH, KERANA SATU PAKATAN TELAH BERLAKU DIANTARA PARTI-PARTI POLITIK YANG DULUNYA DIANGGAP EKSTREM, IAITU PAS DAN DAP, DENGAN DISOKONG KUAT OLEH PARTI KEADILAN, MAKA RAKYAT MEMILIH "PAKATAN" UNTUK MENERAJUI BEBERAPA BUAH NEGERI DAN MENAMBAHKAN BILANGAN KERUSI DI DALAM DEWAN RAKYAT DENGAN AMAT KETARA SEKALI. "TREND" INI BERLAKU KERANA KEDUA BUAH PARTI YANG DULUNYA "BERMUSUHAN" TELAH DAPAT MENGURBANKAN IDEOLOGI POLITIK MASING-MASING DAN SANGGUP UNTUK BEKERJASAMA BAGI MENDAPATKAN KUASA, WALAU PUN KEDUA-DUANYA MEMP...
JANGAN TERBURU-BURU TENTANG JAWATANKUASA ANTARA AGAMA Keputusan Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama tidak seharusnya didebatkan secara terburu-buru. Dalam situasi sekarang banyak pihak di kalangan rakyat Malaysia yang merasa bimbang dan takut kehilangan hak, terutamanya dalam menentukan status dan kedudukan agama masing-masing. Orang bukan Islam sering merasakan bahawa layanan kepada agama mereka tidaklah seadil layanan yang diberikan kepada agama Islam, sedangkan orang Islam merasakan bahawa orang bukan Islam sering mengenakan tekanan sehingga mengancam kedudukan agama Islam di negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan sebagai agama Persekutuan. Dalam menghadapi situasi ini pihak Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa atau Penal Antara Agama yang bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman dan keharmonian di antara berbagai-bagai agama di Malaysia. Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil dari berbagai-bagai agama di Malaysia haruslah memahami fungsi ini, terutamanya...
  MENGATUR SESI DIALOG Dalam kegawatan politik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang menjalar masuk ke dalam masyarakat kita akhir-akhir ini, maka langkah terbaik pada pandangan saya ialah mengumpulkan pihak-pihak yang bertelagah dan bertikai itu dalam satu sesi dialog yang sihat, bertukar pandangan dengan kepala yang dingin, dan mengelakkan konfrontasi atau sikap keras kepala. Usaha mengadakan dialog ini adalah amat baik dalam menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit diantara beberapa pihak, dan meredakan ketegangan akibat dari kerisis yang timbul. Bagaimana pun, kaedah dialog ini dan konsepnya haruslah difahami dengan baik, dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian. Dialog tidaklah seharusnya menjadi satu perdebatan dalam cara dan matlamatnya yang berbeza-beza, sebaliknya dialog akan menjadi forum perbincangan dan pertukaran pandangan yang terbuka untuk mencari sesuatu penyelesaian yang baik bagi kepentingan umum. Pengalaman kita menunjukkan bahawa dal...