RAKYAT MALAYSIA PERLU RASIONAL
SELAMA DUA BELAS KALI PILIHAN RAYA UMUM, PARA PENGUNDI TELAH MEMBERIKAN UNDI MAJORITI YANG BANYAK KEPADA BARISAN PARTI-PARTI YANG SEDERHANA, TERBUKA DAN TIDAK BERSIFAT PERKAUMAN ATAU EKSTREM. KERANA ITULAH PARA PENGUNDI TELAH MEMILIH PARTI "PERIKATAN" PADA ZAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN, DAN KEMUDIANNYA KEPADA PARTI BARISAN NASIONAL. TETAPI DI DALAM PILIHAN RAYA YANG LEPAS "TREND" PENGUNDIAN INI TELAH BERUBAH, KERANA SATU PAKATAN TELAH BERLAKU DIANTARA PARTI-PARTI POLITIK YANG DULUNYA DIANGGAP EKSTREM, IAITU PAS DAN DAP, DENGAN DISOKONG KUAT OLEH PARTI KEADILAN, MAKA RAKYAT MEMILIH "PAKATAN" UNTUK MENERAJUI BEBERAPA BUAH NEGERI DAN MENAMBAHKAN BILANGAN KERUSI DI DALAM DEWAN RAKYAT DENGAN AMAT KETARA SEKALI. "TREND" INI BERLAKU KERANA KEDUA BUAH PARTI YANG DULUNYA "BERMUSUHAN" TELAH DAPAT MENGURBANKAN IDEOLOGI POLITIK MASING-MASING DAN SANGGUP UNTUK BEKERJASAMA BAGI MENDAPATKAN KUASA, WALAU PUN KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI WADAH PERJUANGAN YANG BERLAINAN DAN BERBEZA SAMA SEKALI, YANG SATU BERBENTUK PARTI SEKULAR, DAN YANG SATU LAGI MEMPERJUANGKAN NEGARA ISLAM. DULU KEDUA-DUA PARTI INI MEMPUNYAI PIMPINAN YANG BERKONFRANTASI, TETAP[I SEKARANG PUCUK PIMPINAN KEDUA-DUA PARTI ITU TELAH DAPAT DUDUK SEMEJA, MAKAN BERSAMA DAN TIDUR SEBANTAL TANPA MASALAH.
DENGAN ITU PARA PENGUNDI KEDUA-DUA PARTI ITU, DITAMBAH LAGI DENGAN PARA PENGIKUT PARTI KEADILAN TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN BULAT DAN PADU KEPADA PAKATAN RAKYAT DALAM PILIHAN RAYA YANG LEPAS. DARI SUDUT YANG LAIN, KELEMAHAN DAN KESILAPAN BARISAN NASIONAL TELAH DAPAT DIHIDU OLEH PARA PENGUNDI, TERMASUK AHLI-AHLI PARTI KOMPONAN BARISAN NASIONAL SENDIRI, TERUTAMANYA TENTANG SALAH LAKU BN, KESILAPAN PARA PIMPINANNYA, KELEMAHAM MEREKA DAN SEBAGAINYA, MAKA SEBAHAGIAN AHLI PARTI KOMPONAN BN SENDIRI MERASAKAN BAHAWA MEREKA HARUSLAH MEMBERI ISYARAT YANG KERAS KEPADA BN, IAITU DENGAN MENGUNDI PARTI PEMBANGKANG, ATAU MEROSAKKAN UNDI SEBAGAI TANDA PROTES, UNTUK MENYEDARKAN BN. MAKA DALAM PILIHAN RAYA YANG LALU, TERDAPAT UNDI PARA PENYOKONG BN YANG PERGI KEPADA PEMBANGKANG, DAN TERDAPAT BEGITU BANYAK "UNDI ROSAK" MENANDAKAN PERBUATAN YANG DISENGAJAKAN OLEH MEREKA UNTUK TIDAK MEMANANGKAN CALON BN, TANDA MARAH DAN INGIN MENYEDARKAN BN SUPAYA MEMBETULKAN DIRI MEREKA.
KALAU DITIMBANGKAN DENGAN RASIONAL DAN HIKMAH, SIKAP PENGUNDI YANG DITUNJUKKAN DI DALAM PILIHAN RAYA YANG LALU SEBENARNYA TIDAK BANYAK MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA BANGSA DAN NEGARA KITA, MALAH DARI SEGI AGENDA "MAINSTREAM" AGAMA PUN MAKA "TREND" PENGUNDIAN PILIHAN RAYA YANG LALU NAMPAKNYA MERUGIKAN "PERJUANGAN ISLAM" YANG SEBENARNYA, IAITU DENGAN KEHADIRAN BANYAK WAKIL SEKULAR DI DALAM DEWAN RAKYAT DAN DEWAN NEGARA. PARTI ISLAM YANG SELAMA INI DAPAT DIANGGAP SEBAGAI PARTI PENDESAK YANG TERKUAT MENENTANG ALIRAN SEKULAR ATAU "ANTI AGAMA" DI NEGARA INI TELAH TERJUN BERSAMA DENGAN PARTI SEKULAR, MAKA PERJUANGAN ISLAM ITU TIDAK LAGI MENJADI TAJAM, MALAH TIDAK KELIHATAN LAGI BISANYA.
OLEH ITU SAYA RASA PARA PENGUNDI KITA HARUSLAH MEMBUAT PERHITUNGAN SEMULA DALAM MENENTUKAN SIKAP MEREKA KETIKA MEMILIH WAKIL MEREKA, IAITU HARUS MEMIKIRKAN SEMULA ELEMEN KESEDERHANAAN DAN PEMILIHAN BERDASARKAN AGENDA NEGARA KITA DALAM MEMPERJUANGKAN SEGALA SESUATU YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA KITA OLEH PERLEMBAGAAN, IAITU TENTANG KEDUDUKAN AGAMA, BAHASA, KEISTIMEWAAN BANGSA DAN SEBAGAINYA, DAN MENINMBANG DENGAN SEMASAK-MASAKNYA, SIAPAKAH YANG DAPAT MEMPERJUANGKAN HAL INI SEMUA, ADAKAH PARTI YANG MENGAMALKAN DASAR EKSTREM, ATAU PARTI YANG SEDERHANA DAN TERBUKA.
RAKYAT JUGA HARUS MEMBERIKAN KEUTAMAAN DALAM MENGUNDI, UNDI PROTES TIDAK MENGUNTUNGKAN, DAN UNDI PROTES HANYA MENGHILANGKAN PELUANG PERJUANGAN SENDIRI. RAKYAT HARUSLAH MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA PELUANG YANG TELAH DIBUKA UNTUK MEREKA MENYATAKAN HASRAT MEREKA DENGAN BAIK DAN BERADAB, KERANA DASAR KITA MASIH TERBUKA, DEMOKRATIK DAN MENGUTAMAKAN RAKYAT. RAKYAT HARUSLAH SEGERA KEMBALI KEPADA SIKAP KESEDERHANAAN, DAN BERFIKIR SECARA RASIONAL DALAM MENENTUKAN WAKIL MEREKA. MEMILIH KERAJAAN BUKAN SEPERTI BERMAIN BOLA SEPAK, TAK KIRA SIAPA MENANG ATAU KALAH. TETAPI MEMILIH KERAJAAN ADALAH MERUPAKAN PILIHAN UNTUK KITA DAN ANAK CUCU KITA YANG AKAN DATANG, UNTUK MENENTUKAN KALAH MENANGNYA KITA DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA. OLEH ITU JANGANLAH MEPERJUDIKAN HAK DAN TANGGUNG JAWAB INI MENGIKUT EMOSI DAN SELERA SENDIRI SAHAJA.
Comments
Post a Comment