Posts

Showing posts from April, 2012
MALAYSIA MEMASUKI LIPUTAN ANTARABANGSA Selalunya Malaysia tidak pernah di "tonjolkan" dalam berita antarabangsa dalam media asing seperti BBC, CNN dan AL-JAZIRAH. Malah sehinggakan berita cuaca pun KL jarang sangat mendapat liputan, apa lagi berita pasaran dan stock market,  pembangunan, ekonomi dan segala berita baik tentang kebajikan sosial, politik dan pembangunan positif negara ini, langsung tidak mendapat perhatian stesyen Media antarabangsa yang besar itu !.. Tetapi sehari dua ini, alhamdulillah (!), KL malah Malaysia, mendapat liputan berita yang agak dominan dalam berita asing itu, dan mungkin ramai yang gembira dengan liputan berita itu, kerana berita tersebut menceritakan tentang protes besar-besaran di KL, dengan segala keganasan dan kekerasannya, menentang negara Malaysia ini yang telah menjadi amat"buruk" dan "zalim" sekali ! Inilah berita sensasi yang mahu digambarkan oleh berita antarabangsa itu supaya semua dunia mengetahui bet...
PEMAIN BOLA DAN AHLI POLITIK Sukan yang paling popular di dunia sekarang ini ialah bola sepak , sama sajalah dengan permainan yang paling popular dalam dunia ini selain dari bola sepak ialah permainan politik.   Pasukan bola sepak mempunyai kategori dan mutu yang bermacam2, dan politik juga mempunyai pengamalnya yang terbahagi kepada beberapa kategori dan peringkat, kedua-dua permainan ini mempunyai  pemain yang bijak, yang kurang bijak dan yang lemah, yang pemarah, sabar, cah keting, sentiasa membantah keputusan pengadil, glamor, skandal, makan duit dan sebagainya....... Seperti bola sepak, maka permainan politik juga sentiasa mempunyai pasukan lawan, pakaian seragam yang berbeza, sentiasa membantah undang2, cuma kalau pemain bola sepak amat bergantung kepada kekuatan fizikal, otot2 kaki, dada dan kepala, maka pemain politik amat memerlukan kepada permainan lidah dan kerongkong, berkata2 dan berpidato, kadang2 seperti mesin gun, dan kadang2 seperti helilintar me...
PERSEPSI DAN REALITI Ketika bekas Presiden USA, Bush, hendak melakukan serangan ke atas Iraq lebih sepuluh tahun yang lalu, dia telah berjaya mempengaruhi pemikiran ramai penduduk dunia, terutamanya di Barat, bahawa dia perlu menghapuskan Saddam Husain dan menakluki Iraq keerana Iraq mempunyai senjata yang amat merbahaya, yang dinamakan Weapon of Mess Destruction (WMD). Malah alasan ini juga yang digunakannya untuk mempengaruhi PBB supaya memberikan restu kepadanya untuk menakluki Iraq, dan NATO juga bersetuju dengan teorinya itu, dengan alasan untuk menyelamatkan dunia dan manusia dari kehancuran WMD Iraq itu. Setelah menduduki Iraq dengan segala kemusnahan dan kehilangan nyawa rakyat serta pemimpin Iraq yang tidak berdosa, maka gerakan mencari senjata itu "kononnya" dilancarkan, akhirnya tidak kelihatan dan tidak dijumpai senjata itu, malah bayang2nya pun tidak ada. Ertinya kewujudan WMD itu hanyalah satu teori dan persepsi salah yang digambarkan sebagai satu rea...
PERTABALAN YDP AGONG 11 HARIBULAN APRIL 2012 MERUPAKAN HARI BERSEJARAH BAGI NEGARA KITA, KERANA PADA HARI TERSEBUT, SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DITABALKAN. SEJARAH INI MENJADI LEBIH PENTING KERANA SPB MERUPAKAN KETUA NEGARA YANG PERTAMA MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT BUAT KALI KEDUA, YANG MENEMPA SEJARAH TERSENDIRI BAGI NEGARA YANG MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DEMOKRATIK INI. PERLEMBAGAAN MENETAPKAN PROSEDUR INI, DAN PENETAPAN INI SEMESTINYA DIPATUHI DAN DILAKSANAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, MAKA APABILA TIBA GILIRANNYA SPB MENAIKI TAKHTA INI, MAKA SPB HARUSLAH DINOBATKAN SEBAGAI AGONG, DAN AMAT SELAYAKNYA DYMM SULTAN KEDAH YANG PERNAH MENJAWAT JAWATAN SPB YANG DI PERTUAN AGONG BUAT KALI PERTAMA DULU, KINI DITABALKAN SEMULA SEBAGAI SPB BUAT KALI KEDUANYA. INILAH ERTINYA KEKUATAN PERLEMBAGAAN NEGARA YANG SEHARUSNYA MENJADI TONGGAK PEMERINTAHAN KITA DAN PERLU DIHORMATI. SPB BERIKRAR SEMASA MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG, BAHAWA BAGINDA AKAN MEMPERTAHANKA...

CHARITY BEGINS AT HOME

Charity begins at home I received an e-mail message last week from my friend in Saudi Arabia that I would like to share with my friends Malaysians. This e-mail was forwarded to me as well as to hundreds of others all over the world. It is, indeed, an important message to the whole world, the world that is full of violence, wars and inhuman people. For you who did not receive this message, let us read it together as follows : “Subject : Imperfection.” “When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed ! Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don’t remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butte...