ETIKA DAN UNDANG: BETULKAH KATA-KATA P. RAMLEE?


BEGINILAH NASIB DIRIKU YANG MALANG OH TUHAN....

Undang-undang dan tatasusila nampaknya di negara kita sering menjadi barang permainan, bila hendak di pakai, pakailah, dan bila hendak dicampakkan, campakkanlah saja.

Bila tiba musim perayaan, undang-undang menentukan bahawa kita tidak boleh membakar mercun, tetapi pada hari perayaan, raya orang Islam, Kristian Cina, India dan sebagainya, berdentum dentamlah orang membakar mercun.

Orang yang memandu kenderaan, ketika melihat lampu hijau berkelip-kelip untuk bertukar merah, atau telah bertukar merah, maka pada masa itulah dia akan memecut kenderaannya selaju mungkin untuk melintasi lampu isyarat itu.

Demikianlah yang berlaku kepada kamera jalan AES sekarang ini, ramai yang bukan hanya membuat bermacam-macam alasan supaya kamera itu tidak di pasang, malah terdapat pula orang yang menyimbah cat ke permukaan kamera itu supaya kamera itu tidak berfungsi.

Dan baru-baru ini kita membaca dalam akhbar, terdapat alat yang diimpot dari luar negara untuk dipasang di hadapan dan belakang kereta, supaya apa bila ternampak amaran kamera di hadapan, maka tekan butang, lalu dengan sekelip mata penutup plat nombor pendaftaran kereta itu akan turun menutup nombor kenderaan itu, platnya hanya kosong, tak ada nombor.

Hal ini melarat kepada tindakan dan perbuatan melanggar undang-undang yang lebih besar dan serius, pemerdagangan orang, pengedaran dadah, perniagaan pelacur, dan 1001 macam salah laku lain, yang seolah-olah membuktikan kepada dunia, bahawa orang kita, dan ditambah pula oleh kebanjiran orang dagang dari luar, yang berkelakuan seperti orang jakun dan orang hutan yang tidak bertamadun, tanpa undang-undang, tanpa etika dan moral.

Seorang pelancong dari Barat bertanya, benarkah Malaysia tidak membenarkan bermain mercun, jawabnya ya! Kalau ya, bagaimanakah mercun boleh dibawa masuk ke Malaysia, jawapannya bermacam-macam, mungkin penguat kuasa tak dapat kesan, atau mungkin dapat kesan, tetapi dibiarkan kerana sesuatu muslihat, atau mungkin barang itu turun dari langit pada waktu tengah malam ke halaman rumah-rumah orang yang bersedia untuk membakarnya! Wallah a'lam.

Pelancung itu tercengang, tak terkata apa-apa, dan kita pun tak terkata apa-apa. Pelancong itu hairan kerana nampaknya orang dari negaranya, di dalam negaranya, tidak terang-terang melanggar undang-undang, di negaranya kalau melanggar undang-undang maka orang itu merasa malu, tetapi di negara ini, nampaknya orang berbangga pula kalau dapat melanggar undang-undang!

Pelik dan ajaib sungguh...Kesian....Ya, kadang-kadang kesian sungguh terhadap nasib malang yang menimpa orang kita...seperti nyanian P. Ramlee "Beginilah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan, tak boleh bersenang lenang.......berehat sekejap isteri dah meradang, kerja berat takut reput tulang..(tak ingat dah lirik seterusnya..)

Jadi semua serba salah.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....