MENDIDIK UMAT
MEDIA DAN PENDIDIKAN
Kita maklum bahawa salah satu tugas media, iaitu media cetak, elektronik dan sosial, ialah untuk mendidik pendengar, pembaca dan penonton. Oleh itu amatlah diharapkan bahawa para pengamal media dan semua yang terlibat dengannya hendaklah perihatin dengan tugas ini, dan seharusnya menguasai kaedah dan cara penyampaian pendidikan ini dari segi emosi, psikologi, kepercayaan, adat resam, budaya dan sebagainya.
Ketepatan maklumat dan keikhlasan para pengamal media dan yang terlibat dengannya dari segi mendidik orang ramai haruslah dijadikan matlamat akhir dari saluran pendidikan ini, terutamanya yang berhubungan dengan kesihatan jasmani dan rohani, akal dan minda, emosi dan naluri kumpulan sasarnya.
Pagi tadi semasa dalam perjalanan saya ke satu tempat, saya sempat mendengar satu saluran radio yang dipancarkan ke seluruh negara menyiarkan satu rancangan tajaan tentang satu produk berasaskan Islam, yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit, untuk bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua.
Penaja rancangan ini menyatakan bahawa produk keluarannya telah menjadi rebutan orang ramai sehingga tidak sempat dikeluarkan setiap hari dengan jumlah yang besar, dan ramai orang yang sembuh dengan produk ini.
Saya sememangnya tidak mengatakan bahawa penerangnnya ini tidak betul. Tetapi cara dia mengemukakan kenyataannya sungguh amat luar biasa dan nampaknya amat yakin dan penuh dengan fakta yang mungkin tidak perlu dipersoalkan lagi.
Selain dari keraguan yang mungkin timbul dari produk ini iaitu sama ada telah mendapat pengesahan dari para pengamal perubatan yang berotoriti, atau mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan untuk mengesahkan khasiatnya, maka saya merasa ragu-ragu juga dengan penampilan "ustaz" yang menjaja ubat tersebut, yang nampaknya telah mengeluarkan beberapa Hadis dan ayat al-Quran (dengan terjemahan Melayu sahaja) untuk menyokong bahawa produknya ini memang selari dengan kebaikan ramuannya dari sumber Hadis dan Al-Quran.
Memang apa-apa yang dikatakannya itu adalah betul, iaitu tentang khasiat buah tamar, kismis, lada hitam, minyak zaitun dan beberapa ramuan lain lagi yang disebutkannya dalam bahasa Arab, dan sebagainya. Namun kesahihan bahawa produknya telah diramu mengikut kaedah yang betul, dan kandungannya sememangnya benar-benar mengandungi segala herba itu, haruslah disahkan oleh pihak farmasi Kementerian Kesihatan setelah dijalankan ujian.
Inilah yang saya maksudkan sebagai satu pendidikan yang haruslah diteliti ketika kita cuba mendidik masyarakat tentang penjagaan kesihatan. Malah sekiranya segala produk itu sememangnya diakui tentang kesannya seperti yang dikemukakan itu, maka hal ini dapatlah diterima, dan terhentilah kepada para pendengar untuk membelinya atau tidak.
Yang seharusnya dielakkan ialah penonjolan produk ini yang dipengaruhi sepenuhnya dengan dalil-dalil agama bagi menarik perhatian umat Islam yang mendengarnya, terutamanya tentang penekanan produk "halalan tayyiban", maka hal ini haruslah difikirkan dengan sebaik-baiknya, terutamanya oleh para pembeli yang mungkin amat terpengaruh dengan iklan itu.
Kita tidak menafikan fakta tentang perubatan Islam, malah jenis perubatan ini haruslah digalakkan dengan cara dan kaedah yang sewajarnya, bukan hanya menjadi iklan yang mengelirukan sahaja.
Media sememangnya mempunyai pengaruh yang besar kepada orang ramai. Oleh itu penggunaannya hendaklah dilakukan dengan amat beretika dan ikhlas, supaya media tidak menjadi satu saluran pendidikan yang salah kepada orang ramai, terutamanya ketika orang berlumba-lumba mengaut keuntungan pada masa kini.
Media tidak seharusnya mengorbankan prinsip dan matlamat pendidikannya yang betul semata-mata kerana ingin mendapatkan penajaan yang yang menguntungkan. Malah dasar utama yang seharusnya dipentingkan bahawa segala iklan dan sebagainya janganlah cuba memperalat atau mengeksploitasikan agama sebagai wadahnya.

Comments
Post a Comment