PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI LIMAU
KERANA PRK: MORAL TERGADAI
Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menyaksikan penglibatan majoriti pengundi Melayu beragama Islam. Terlalu banyak pengucapan dan perilaku yang dilakukan seolah-olah dalam "peperangan saraf" untuk mendapatkan undi maka segala pencabulan nilai moral dan akhlak boleh dilakukan.
Pepatah Melayu mengatakan tentang hal ini "baling batu sembunyi tangan" dan tektik perang saraf juga memberikan justifikasi untuk perbuatan itu, seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush untuk menyerang Iraq dengan mengatakan bahawa dalam negara tersebut terdapat banyak senjata weapon of mess destruction (WMD) iaitu senjata pemusnah besar-besaran, sedangkan ketika negara Iraq diduduki, ternyata bahawa senjata itu tidak pun wujud.
Tujuan Bush ialah supaya mata dunia dapat di rabunkan dengan teori kotornya itu agar PBB dan dunia umumnya mempercayainya. Maka demikianlah yang berlaku ketika kita menghadapi Pilihan Raya, terlalu banyak tektik kotor dan "persepsi" mengelirukan yang diketengahkan semata-mata untuk mendapatkan undi.
Penyelesaiannya sekarang ini, para pengundi sendiri seharusnya menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan mereka untuk mengundi, jauhkan segala persepsi yang sengaja dilontarkan oleh orang yang tidak bertanggung jawab, tektik kotor untuk mencemarkan pihak lawan, malah ada perangkap yang dibuat oleh sesetengah pihak kepada lawan secara reverse pyshology, iaitu membuat satu perkara, gambar dan seumpamanya, yang boleh menimbulkan kemarahan pengundi kepada pihak lawan, kononnya pihak lawanlah yang membuatnya.
Pengundilah dalam hal ini yang boleh menggunakan wisdom dan hikmah atau kebijaksanaannya dalam menentukan ke manakah undinya hendak disalurkan.
Comments
Post a Comment