Posts

Showing posts from December, 2013

KENAIKAN HARGA BARANG BAH 2

GAMBARAN MASYARAKAT POLARISASI Memang agak sukar bagi orang yang mencuba untuk mengambil jalur pertengahan dalam sebuah masyarakat yang bersifat polarisasi, iaitu masyarakat "hitam-putih" tidak ada warna lain, masyarakat dua ekstrem, tidak ada pertengahan, wasatiyyah. Orang yang cuba mengambil jalan pertengahan ini akan dilebalkan dengan lebal yang negatif. Polarisasi berlaku dalam kaum, agama, tradisi, budaya. Dan negara kita mengalami polarisasi politik yang amat serius. Mentaliti polarisasi tidak selari dengan hikmah dan adab, membangun dan bertamadun, tetapi mentaliti stereo type, tipikal, menuju sehala tanpa kompromi.    Dalam isu kenaikan harga barang, ramai juga yang cuba mengambil sikap menyesuaikan diri dengan kenaikan itu, kompromi dengan perbelanjaan yang mungkin menjejaskan bajet biasa dengan langkah berjimat cermat dan berhemah, mengambil sikap positif bahawa harga barang dan perkhidmatan akan berubah dan meningkat dari dekad yang lalu, atau lima enam ta...

Kenaikan Harga Barang

ADA YANG PERLU DIBANGKANG Menjelang tahun baru 2014, banyak perkara yang menimbulkan bangkangan masyarakat terhadap kenaikan harga barang, letrik, tol, dan sebagainya.  Tetapi bukan semuanya yang perlu dibangkang, kerana sememangnya menjadi persepsi umum bahawa apa-apa sahaja yang hendak dinaikkan harganya oleh Kerajaan, maka kenaikan itu mestilah dibangkang. Jadi, bangkangan hanyalah disuarakan, diprotes dan dihebuh-hebuhkan ialah kerana kenaikan harga itu adalah dibuat oleh Kerajaan, maka bangkangan adalah semata-mata untuk membangkang Kerajaan. Dari segi ini mungkin agak tidak adil kalau semuanya yang dilakukan oleh Kerajaan itu seharusnya dibangkang. Rakyat seharusnya memberikan pertimbangan dan pemikiran yang saksama terhadap kenaikan harga barang sebelum bertindak membangkangnya. Kenaikan harga barang yang amat minimum seharusnya disambut dengan pemikiran yang terbuka. Umpamanya ketika kita pergi minum di restoran nasi kandar, atau kedai kopi, sering...

MEREALISASIKAN MUZAKARAH

MAMPUKAH MUZAKARAH MENJADI KENYATAAN? Saya telah agak lama membicarakan tentang dialog, perbincangan, wacana, diskusi dan sebagainya, yang merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan sebarang pertentangan fikiran, konflik diantara beberapa pihak, dan penyelesaian bagi sebarang pertikaian. Akhir-akhir ini barulah timbul istilah Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu bagi pengertian tersebut, iaitu istilah "muzakarah". Istilah ini timbul, terutamanya ketika dibicarakan tentang keperluan pihak parti Melayu terbesar di negara ini, iaitu UMNO dan PAS, mencari jalan bagi menyelesaikan pertikaian mereka dengan bermuzakarah. Muzakarah dilihat dari sudut nahu dan bentuk kalimat Arab membawa konotasi satu perbincangan yang melibatkan dua belah pihak, atau lebih.  Pihak-pihak yang terlibat di dalam muzakarah mestilah mengambil sikap terbuka, berlapang dada dan ikhlas untuk mencari penyelesaian yang bersesuain dengan dasar dan prinsip yang hendak ditegakkan, ia...

KEPENTINGAN MUZAKARAH PAS - UMNO

UNTUK APA KESATUAN PAS - UMNO? Saya merasakan bahawa matlamat muzakarah PAS dan UMNO haruslah jelas dan terang. Sebagai orang Islam yang memahami falsafah perjuangan Islam, kefahaman Islam yang jelas tentang konsep Islam sebagai agama yang menyeluruh, hubungan sesama Islam dan bukan Islam, tentu ramai yang tidak merasa selesa sekiranya matlamat muzakarah ini hanya untuk tujuan politik semata-mata, iaitu bagi merislisasikan kesatuan untuk melaksanakan hukum hudud sahaja apabila ahli Parlimen dari kedua buah parti ini mendapat dua pertiga suara dalam Parlimen untuk meminda Perlembagaan. Apakah hal itu merupakan tujuan utama ke arah penyatuan dua buah parti tersebut? Bagi saya kesatuan perjuangan umat Islam dalam negara kita dalam semua aspek dan bidang kehidupan mereka itulah yang amat mustahak dan penting sekali. Apakah umat Islam dapat mewujudkan kesinambungan pembangunan ilmu Islam yang mantap? Meningkatkan pembangunan ekonomi dan teknologi serta bidang tamadun lainnya yang pe...