Posts

Showing posts from June, 2014

PUASA HARI KEDUA 1435

STRES......STRES Stres atau tekanan jiwa merupakan pengalaman yang dirasakan oleh sesiapa saja selagi dia masih hidup. Orang yang masih hidup sahaja yang mengetahui segala-segala yang berlaku kepadanya, persekitaran di sekelilingnya, dan dunia lain. Kita merasa stres ketika berada di jalan raya. Kesesakan lalu lintas ketika seorang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa menjadikan dia stress. Kerja pejabat yang dibuatnya bersungguh-sungguh tetapi tidak dihargai orang, terutamanya bos sendiri, menjadi dia stress. Pendeknya stress boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja..Mengenang masa lepas dan masa yang akan datang juga dia merasa stress... Hal ini berlaku kerana dia manusia, masih hidup, dan masih sedar akan segala-galanya yang terjadi kepadanya dan di sekelilingnya, dan hal ini juga berlaku kerana dia mempunyai perasaan, emosi dan naluri, juga pemikiran dan minda. Namun stress sekiranya dibiarkan berlarutan maka dia akan menjadi k...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1435

RAMADHAN DATANG LAGI Buat kesekian kalinnya, Ramadhan datang lagi, kali ini bermula pada hari Ahad 29 Jun 2014. Kedatangan awal Ramadhan 1435 pada hari Ahad merupakan satu rahmat bagi keluarga kecil dan besar, kerana pada umumnya para pegawai dan pekerja Kerajaan dan swasta bercuti, yang membolehkan keluarga berkumpul untuk bersama-sama berbuka puasa, malah sebelumnya iaitu pada dinihari awal Ramadhan telah dapat bersahur bersama, satu kenikmatan yang amat besar bagi umat Muslimin. Anak menantu dan sanak saudara yang tinggal berjauhan akan melakukan perjalanan jauh pada petang hari Jumaat, atau pagi Sabtu untuk bersama keluarga di kampung, dan amat beruntung bagi anak-anak yang masih mempunyai ibu dan ayah,dapat melepaskan kasih sayang, bersahur dan berbuka puasa bersama-sama pada hari pertama berpuasa tahun ini. Hal ini pun sudah cukup memberikan pengertian kepada kita bagaimana kedatangan  Ramadhan telah dapat membawakan rahmat dan nikmat kepada kita, tanpa membic...

ESOK PUASA

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK Seolah-olah bulan puasa baru saja meninggalkan kita, dan kini tiba-tiba Ramadhan datang lagi...Amat cepatnya masa berlalu, seperti pesawat terbang yang membelah awan, tiba-tiba ribuan KM perjalanan telah kita lalui, dan kini kita telah sampai ke distinasi perjalanan kita, lalu Ramadhan pun tiba-tiba telah berada lagi di ambang pintu kita. Demikianlah perjalanan masa, dan masa sebenarnya berlalu mengikut peredaran mata hari dan cakarwala lain yang telah ditentukan Allah, sehari, seminggu, sebulan dan setahun. Lambat cepat peerjalanannya adalah hanya dalam gambaran manusia, kerana seminggu tetaplah berjumlah tujuh hari dan setahun tetaplah dua belas bulan, kita saja yang merasa cepat dan lambat perjalanannya. Kalau orang yang dihimpit kesusahan, dia marasakan bahawa masa ini terlalu lama perjalanannya.  Kalau orang yang demam atau mengalami sakit, pada waktu siang mungkin dia merasakan waktu berjalan seperti biasa, tetapi pada waktu m...

PANDANG KE TIMUR

DARI KL KE KYOTO DAN TOKYO Kapal terbang yang saya, dan isteri serta kawan-kawan lain dari UKM, naiki - MAS - mendarat di Osaka dan dari sana kami menaiki bas mini ke Kyoto, turun di hotel untuk bermalam di sana selama 4 malam 5 hari. Kyoto Universiti memanggil kami menghadiri satu persidangan Tamadun - termasuk tamadun Islam - sempena pelancaran pembukaan Jabatan baru tentang peradaban Islam, dengan nama Hadhari, saudara kandung Institut Islam Hadhari UKM. Prof Kosougi, seorang Muslim, pernah belajar di Universiti Al-Azhar, bersama-sama dengan rakan-rakannya, telah berusaha merintis jalan membuka Jabatan ini bagi mempelajari dan menyelidiki tentang peradaban dan tamadun Islam serta persoalan Islam umumnya secara saintifik yang membina dan membuka minda. Kami secara spontan terikut-ikut cara dan gaya orang Jepun, tunduk menunduk tanda hormat, ucapan terimakasih sebagai arigatok ...dan berjalan dengan tertib tanpa menunjukkan sikap hairan atau protes terhadap orang lain, b...