PANDANG KE TIMUR
DARI KL KE KYOTO DAN TOKYO
Kapal terbang yang saya, dan isteri serta kawan-kawan lain dari UKM, naiki - MAS - mendarat di Osaka dan dari sana kami menaiki bas mini ke Kyoto, turun di hotel untuk bermalam di sana selama 4 malam 5 hari.
Kyoto Universiti memanggil kami menghadiri satu persidangan Tamadun - termasuk tamadun Islam - sempena pelancaran pembukaan Jabatan baru tentang peradaban Islam, dengan nama Hadhari, saudara kandung Institut Islam Hadhari UKM.
Prof Kosougi, seorang Muslim, pernah belajar di Universiti Al-Azhar, bersama-sama dengan rakan-rakannya, telah berusaha merintis jalan membuka Jabatan ini bagi mempelajari dan menyelidiki tentang peradaban dan tamadun Islam serta persoalan Islam umumnya secara saintifik yang membina dan membuka minda.
Kami secara spontan terikut-ikut cara dan gaya orang Jepun, tunduk menunduk tanda hormat, ucapan terimakasih sebagai arigatok ...dan berjalan dengan tertib tanpa menunjukkan sikap hairan atau protes terhadap orang lain, bercakap dengan suara yang rendah semasa dalam majlis atau ketika menghadapi jamuan....tetapi semuanya kelihatan amat tidak tabi'i bagi kita orang Malaysia, kerana terpaksa berbuat-buat......
Dalam Persidangan, kawan-l\kawan para sarjana Jepun yang tidak beragama Islam, turut membentangkan kajian tentang bidang Islam. Ada yang mengkaji tentang Wakaf, Al-Rahnu dan sebagainya, termasuk kajian kes di Singapura dan Brunei, yang nampaknya agak mendalam dan serius.
Seperti biasa apabila berkunjung ke Jepun, lalu lintas di bandar seperti Kyoto ini tidaklah terlalu sesak, pengangkutan awam agak mencukupi, malah Prof Kosougi, tidak mengambil lesen memandu, dia naik kenderaan awam dan basikal.
Ketika kami berjalan dengannya, dia menaiki basikal dengan kumpulan lain yang berbasikal. Berhenti di lampu merah dengan amat sabar. Kami fikir "dah tak ada kereta di atas jalan itu pedulikanlah lampu merah, lintaslah saja macam orang Malaysia buat! Ni tidak, tunggu sampai lampu hijau!!"
Malah yang amat menarik ialah ketika kami menaiki teksi. Teksi di sana kebanyakannya pintunya terbuka dengan sendiri, di kawal oleh pemandu. Namun dalam sekelip mata si pemandu teksi sudah tercegat di sebelah kita yang baru nak masuk ke dalam kereta, tolong menutup pintu teksi, dan meletakkan barang di dalam tempat barang di belakang...Lepas itu baru dia masuk semula ke tempatnya di hadapan dan memandu dengan amat perlahan mengikut lorong kiri sekali, kerana peraturan lalu lintas di sana samalah seperti kita, memandu di sebelah kiri.
Jemu juga kadang-kadang penumpang Malaysia di dalamnya dan merungut "potonglah kereta di depan tu, tekanlah minyak naik 100 km sejam, buat apa jalan macam semut, 60 - 70 km sejam??"
Akhirnya sampai ke distinasi, dia menghulurkan dulang kecil untuk kita letakkan wang tambang, tanpa dia menyentuhnya, supaya wang itu kita letakkan sepenuhnya di dalam dulang itu, kemudian barulah dia mengiranya dan memulangkan bakinya. Kali ini dia berlari keluar, di pintu teksi dan segera berdiri tercegat di pintu keluar teksi untuk mengiringi kita keluar dengan penuh mesra, tunduk berulang-ulang kali, dan berbicara dengan riang dalam bahasanya yang tidak kita fahami.... pada hal tanpa tip pun yang diberi...
Kembali ke dewan Persidangan, sistem dan kelengkapan persidangan telah disediakan dengan rapi. Para pelajar lelaki dan wanita yang bertugas, bekerja sambil berlari, pindah mikrofon, betulkan tanda nama, jaga lampu dewan ketika pembentangan yang menggunakan power point, malah membantu para pembentang dengan komputernya...
Tiba masa hidangan makanan, semua bekerja termasuk professor mereka, dan memastikan kepada kami bahawa makanan itu adalah Halal.
Habis sesi persidangan hari itu, terdapat beberapa orang pelajar yang berlari mendahului kami turun dengan lif. "Mungkin mereka dah lambat, nak balik cepat" fikir sesetengah dari kami orang Malaysia. Rupa-rupanya bukan nak berlari balik, tetapi berlari ke tepi jalan menahan teksi untuk kami, dan apabila teksi berhenti bergopoh gapah memberitahu pemandu nya akan didtinasi kami......"Berdosa menyangka buruk terhadap mereka..."
Itulah beberapa episod perjalanan di Jepun. Menghadiri Persidangan, tetapi cara hidup mereka, orang-orang Jepun, agak lain dan pelik .......
Banyak kisah "pelik" lain yang boleh diceritakan...lain kali....Patutlah Cik Det suruh buat polisi "pandang ke Timur"...zaman dulu tu...........

Comments
Post a Comment