Posts

Showing posts from January, 2015

INNA LILLAH

MALIK ABDULLAH YANG SAYA KENALI Inna lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un Raja Abdullah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Januari 2015 - 2 Rabi'ul Akhir 1436, meninggalkan negara Saudi yang menjadi pelindung dua buah Masjid suci, Al-Masjidul Haram dan Al-Masjidun-Nabawi. Ketika saya dilantik sebagai Duta Malaysia ke negara Saudi mulai 2005 hingga 2008, telah beberapa kali saya mengadap Raja Abdullah, dan pertemuan itu amat mesra kerana bahasa perantaraan Arab yang digunakan tidak memerlukan penterjemah. Satu perkara yang menjadi titah baginda setiap kali pertemuan ialah puji-pujian baginda terhadap urusan haji dan jemaah haji Malaysia "yang tertib, berpengetahuan serta beradab" mengikut titah baginda sendiri. Baginda menyedari tentang urusan jemaah haji yang tidak berlaku di mana-mana sahaja dunia Islam seperti yang dilakukan di Malaysia. Hal yang sama juga dibangkitkan oleh Menteri Haji pada setiap kali pertemuan ketika menentukan kuota ha...

JIMATKAN MINYAK KERETA

PANDU CERMAT MINYAK SELAMAT ... Ketika berlaku kerisis ekonomi, terdapat negara dunia yang segera menurunkan had laju kereta di atas jalan raya. Umpamanya di lebuh raya yang had laju maksimum ialah 110 km sejam, maka diturunkan kepada 100 km sejam, dan dikuatkuasakan dengan ketat sekali. Sesiapa yang bersedia untuk membayar denda, maka pandulah melebihi had laju itu. Tetapi di negara kita penguatkuasaan tentang had laju itu tidaklah dilaksanakan, kerana mungkin belum sangat terdapat kesedaran untuk menggesa orang ramai supaya menjimatkan perbelanjaan minyak kereta dengan memperlahankan kenderaannya ketika memandu. Malah mungkin tidak banyak orang yang sedar bahawa memandu dengan laju itu boleh menyebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak dibandingkan dengan orang yang memandu perlahan. Oleh itu dalam keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ini saya rasa kita sendiri haruslah berjimat cermat dengan kehendak diri sendiri dalam semua perbelanjaan, termasuk dalam menjima...

MENGHORMATI NABI DI PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

GUNAKAN KACA MATA YANG BETUL Berita perdana media antarabangsa yang dikuasai Barat sehingga hari ini masih memperojekkan keburukan "pengganas Islam" yang membunuh di Paris minggu lepas. Semua negara Barat telah menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama dengan negara Perancis dalam membantah dan mmelancarkan protes besar-besaran terhadap "keganasan" Islam itu. Alangkah baiknya kalau hal yang sama dilakukan terhadap Israel yang sering bertindak membunuh dengan penuh sistematik akan rakyat Palestin yang bertindak mempertahankan diri mereka dan mencuba sedaya mungkin dalam usaha yang sia-sia untuk mendapatkan kemerdekaan negara mereka sepenuhnya. Kita memang boleh membuktikan bahawa Islam tidak membenarkan pembunuhan yang dilakukan tanpa asas syariah. Dan kita juga mengakui bahawa dalam tindakan segelintir umat Islam membunuh orang-orang yang tidak bersalah adalah merupakan tindakan yang melanggar perintah Allah. Tetapi kita tidak mengakui bahawa per...

NASI LEMAK NESCAFE "O"

IMPIAN SEMALAM Saya dan isteri telah sedia berada dalam barisan di sebuah restoran KLIA sebelum jam 6 pagi tadi untuk membeli sarapan. Kami berdua berbicang sedikit tentang makanan yang hendak di makan. Nasi goreng, mee mamak, atau nasi lemak. Tiba-tiba seorang wanita separuh umur Cina depan kami tersenyum menoleh kepada kami, katanya dia memang pilih nasi lemak.  Kami pun menyahut tegurannya, kalau begitu nasi lemak jugalah. Beli satu kongsi berdua. Dia minta nescafe "O" kami minta nescafe dua (bersusu tentunya). Dia berkata lagi "kurang gula"...dan kami sambut dengan ketawa kecil.... Semasa minum dan makan nasi lemak, saya beritahu isteri saya, bahawa hal beginilah yang terjadi di dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita sekian lama. Keharmonian terjadi secara tabi'e. tanpa di ada-adakan dengan satu motif yang tertentu. Pernah saya tinggal di kampung kami lama dulu, semasa saya masih sekolah rendah, hanya terdapat satu keluarga Cina yang...