JIMATKAN MINYAK KERETA
PANDU CERMAT MINYAK SELAMAT ...
Ketika berlaku kerisis ekonomi, terdapat negara dunia yang segera menurunkan had laju kereta di atas jalan raya. Umpamanya di lebuh raya yang had laju maksimum ialah 110 km sejam, maka diturunkan kepada 100 km sejam, dan dikuatkuasakan dengan ketat sekali. Sesiapa yang bersedia untuk membayar denda, maka pandulah melebihi had laju itu.
Tetapi di negara kita penguatkuasaan tentang had laju itu tidaklah dilaksanakan, kerana mungkin belum sangat terdapat kesedaran untuk menggesa orang ramai supaya menjimatkan perbelanjaan minyak kereta dengan memperlahankan kenderaannya ketika memandu. Malah mungkin tidak banyak orang yang sedar bahawa memandu dengan laju itu boleh menyebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak dibandingkan dengan orang yang memandu perlahan.
Oleh itu dalam keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ini saya rasa kita sendiri haruslah berjimat cermat dengan kehendak diri sendiri dalam semua perbelanjaan, termasuk dalam menjimatkan minyak kereta dengan pemanduan yang berhimat.
Sekarang ini adat memandu kenderaan di negara kita ialah pertama sekali tergesa-gesa nak cepat, walau pun dalam keadaan yang biasa, iaitu ketika pemandu tidak perlu bergegas menuju ke suatu tempat, kerana telah menjadi adatnya, iaitu memandu dengan laju.
Untuk memenuhi kehendak ini kebanyakan pemandu akan memandu laju, potong kiri kanan tanpa peraturan, langgar lampu isyarat, potong barisan, mencelah dengan seberapa pantas ketika orang lain memandu dengan mematuhi peraturan dan sebagainya.
Setiap hari banyak mangsa yang meninggal dunia atau tercedera, sama ada parah atau ringan, kerana berlaku kemalangan jalan raya. Hal ini bukan hanya menjadi adat penunggang motosikal atau kenderaan ringan, malah mernjadi kebiasaan pemandu kenderaan berat, termasuk pemandu lori balak, lori pasir, lori tangki minyak dan lori sampah, pemandu bas yang membawa ramai penumpang. malah pemandu truck lain, yang semuanya kelihatan berkejar-kejar di atas jalan raya biasa dan lebuh raya dua atau tiga lorong, masing-masing tidak mahu mengalah, malah berlumba-lumba memotong sesiapa sahaja yang ada di hadapan-nya..
Oleh itu terserahlah kepada sesiapa yang hendak menjimatkan minyak untuk mengambil inisiatif sendiri ketika memandu. Malahan ramai juga para pemandu yang perihatin telah memberikan beberapa tips untuk menjimatkan minyak ketika memandu, iaitu memandu dengan agak perlahan sentiasa, tanpa menekan minyak berlebihan ketika memandu.
Diantara petunjuk yang pernah diberikan dalam pemaduan berhimat dan cermat ialah :
1. Perlahan kereta ketika hampir dengan lampu isyarat ketika lampu merah untuk mengelakkan brek yang mengejut, kerana perbuatan menekan brek, apa lagi brek yang mengejut, menyebabkan kereta memakan minnyak yang lebih.
Tambahan pula ketika sedang memandu ke arah lampu merah itu, mungkin pemandu tidak perlu menekan brek dan berhenti, iaitu ketika lampu isyarat akan bertukar hijau.
2. Ketika berhenti kereta kerana lampu isyarat atau lain-lain, pemandu hendaklah meletakkan gearnya di kedudukan free, atau P/N, sehinggalah ketika akan berjalan semula, barulah di tukar gear untuk bergerak ke hadapan
3. Ketika berjalan semula, janganlah menekan minyak secara yang agresif dengan niat untuk memotong orang lain, atau hendak terus memecut laju, tetapi tekanlah menyak secara perlahan-lahan mengikut kemampuan kereta untuk bergerak, tanpa dipaksa secara melampau
4. Ketika memandu janganlah tergesa-gesa dan memandu dengan laju tanpa sebab, kerana seperti yang disebutkan di atas, memandu laju lebih banyak minyak akan digunakan jika dibandingkan dengan orang yang memandu perlahan dan sederhana
5. Memandu di atas jalan raya dua atau tiga lorong, sentiasalah berada di lorong yang paling kiri, supaya kereta yang akan memotong akan dapat memotong dengan selamat di sebelah kanan kita, dan kita pun tak perlu berjalan laju kerana kereta di belakang sering mengekori kita dengan amat dekat, seolah-olah hendak menyondol kita di belakang, lalu kita terpaksa berjalan dengan laju sebelum masuk ke lorong kiri
6. Memandu perlahan dan sederhana merupakan satu tindakan yang selamat, malah orang yang terburu-buru memandu dengan laju itu kadang-kadang tidak akan sampai ke mana ketika melalui jalan yang sesak, atau bertemu dengan lampu isyarat, kerana sering juga kita bertemu dengan mereka semua di lampu isyarat atau terlekat di dalam kesesakan lalu lintas, sedangkan merekalah yang tadinya memotong kiri kanan dengan laju tanpa disiplin lagi. Akhirnya mereka tidak sampai ke mana juga.
Itulah beberapa tips yang pernah diberikan orang untuk kita memandu bagi menjimatkan minyak, terutamanya panduan ini amat berguna ketika kita menghadapi dugaan Allah yang merampas sedikit kemewahan kita dalam kerisis ekonomi negara ini.....dan ketika semua orang pastinya akan menggunakan kenderaan yang memerlukan minyak....
Comments
Post a Comment