ISU TEGUR MENEGUR
Oleh kerana Islam menggesa umatnya supaya berpadu dan bersatu, bermuafakat dan sentiasa bermusyawarah sesama mereka, maka Rasulullah SAW memberikan panduannya supaya sesiapa yang menyaksikan kemungkaran berlaku di tangan sesiapa pun di dalam masyarakatnya, hendaklah ada pihak yang mencuba untuk membetulkan hal itu, dengan tujuan menghentikan kemungkaran yang sedang berlaku. Cara memberikan teguran dan percubaan untuk membetulkan kesalahan itu boleh lah dilakukan melalui tangannya (perbuatan,kuasanya) perkataan dan pengucapan serta penulisan umpamanya, atau dengan bantahan atau mengingkari akan perbuatan yang salah itu hanya di dalam hatinya sahaja, bergantung kepada kemampuan pihak yang mahu membetulkan kemungkaran itu.
Hal tegur menegur dan percubaan membetulkan sesuatu perbuatan salah inilah yang saya rasakan berlaku di dalam masyarakat Islam sekarang ini, yang amat sukar difahami oleh umat Islam sendiri tentang perlaksanaannya dan sikap serta falsafah tegur menegur itu, terutamanya apa bila hal ini menjadi isu partisan dan taksub kumpulan atau peribadi melulu yang sering membawa kepada perpecahan yang serius.
Lebih merbahaya lagi ketika dilakukan percubaan untuk menyelesaikan konflik dan perselisihan, terdapat kalangan yang akan menyelesaikannya dengan menggunakan kekerasan, mengangkat senjata, menumpah darah di antara pihak-pihak yang bertikai di dalam masyarakat Islam sekarang ini. Inilah yang sebenarnya berlaku di dalam dunia Islam di bumi para anbiya' dan para Rasulnya sekarang ini.
Yang menegur merasakan ada perkara salah yang perlu ditegur dan dibetulkan, mengikut fakta dan hakikat yang ada padanya, maka sepatutnya dalam keadaan ini, pihak yang ditegur haruslah menghalusi dan memusatkan perhatiannya kepada perkara yang ditegur itu. Perhatikan kepada pokok persoalan yang di tegur, dan pertimbangkan sebaik-baiknya apakah teguran itu mempunyai asas atau tidak, hendaklah dia dengan secara ikhlasnya mengakui kesalahannya jika ia benar-benar melakukan kesalahan itu, kemudian bertindaklah untuk melakukan pembaikan, malah mengakui kesilapan itu. Kita hanya akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah sekiranya kita dapat mengenal pasti masalah itu, dan menyedari akan wujudnya masalah tersebut.
Apabila telah dikenal pasti masalah dan kesalahan atau keterlanjuran seseorang itu, maka orang yang tidak kena mengena dengan si pelaku kesalahan itu janganlah bertindak melulu untuk membersihkan kesalahan orang yang melakukan kesalahan itu. Walau pun orang yang dituduh itu amat baik, tetapi pembelaan hanya boleh dilakukan tentang kebaikannya, janganlah kerana dia baik dalam banyak perkara, maka perkara yang salah itu pun di anggap tidak berlaku. Umpamanya dia itu bersih dalam perkara A, B. C dan D. Memang eloklah. Tetapi yang ditegur itu umpamanya ialah tentang kesalahannya dalam perkara E dan F, janganlah dua kategori ini juga hendak dipadamkan kesalahannya, kerana dia bersih dalam A,B,C dan D itu, lalu orang ramai yang menyokongnya akan mengatakan bahawa orang sokongannya tidak bersalah dalam semua tindakan yang dilakukannya, lalu terus meneriak ke sana sini bahawa orang itu tidak bersalah, dan "kami tetap menyokongnya"
Menyokong dalam beberapa hal dan aspek, tetapi tidaklah seharusnya menyokong itu secara am, secara total, sehingga orang yang melakukan kesalahan itu akan merasa dia tidak bersalah, sedangkan dia dan Allah saja yang mengetahui akan kesalahannya. Orang ramai banyak yang tidak tahu..
Menyokong dalam beberapa hal dan aspek, tetapi tidaklah seharusnya menyokong itu secara am, secara total, sehingga orang yang melakukan kesalahan itu akan merasa dia tidak bersalah, sedangkan dia dan Allah saja yang mengetahui akan kesalahannya. Orang ramai banyak yang tidak tahu..
Inilah kelemahan yang wujud di dalam masyarakat kita sekarang ini. Banyak perkara yang tersembunti, banyak persepsi yang dianggap sebagai kenyataan, kerana terlalu ramai orang taksub yang menyebarkan persepsi yang salah...
Kenapakah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membetulkan kesilapan dan kemungkaran? Jawapannya kerana banyak orang yang melakukan kemungkaran tetapi tidak akan mengaku kesalahannya, malah mempengaruhi orang awam pula supaya menyokongnya dengan mengatakan bahawa dia tidak bersalah....Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai ajaran akhlak dan prinsip syariah agama kita sendiri....
Kenapakah Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membetulkan kesilapan dan kemungkaran? Jawapannya kerana banyak orang yang melakukan kemungkaran tetapi tidak akan mengaku kesalahannya, malah mempengaruhi orang awam pula supaya menyokongnya dengan mengatakan bahawa dia tidak bersalah....Hal ini bertentangan dengan nilai-nilai ajaran akhlak dan prinsip syariah agama kita sendiri....
Comments
Post a Comment