HARI KE-30 PUASA - 5. 7. 2016
Dalam menyambut Hari Raya tahun lalu (2015) saya melakar ingatan dan harapan begini: "Demikianlah, satu hari lagi hari raya berlalu dalam kehidupan Muslimin Muslimat, dan satu hari lagi umur mereka bertambah, bermakna satu hari lagi juga umur mereka berkurang. Hari ini berlalu sudah, dan hari yang sama akan menjelma lagi pada tahun hadapan, cuma umur orang-orang yang berpisah dengan hari ini, pada tahun ini, adakah akan sempat menanti kembalinya lagi hari ini pada tahun yang akan datang...hanyalah Allah yang akan menentukannya... Alhamdulillah dengan menjelangnya hari terakhir puasa esok, menjalang Hari Raya pada 6 Julai 2016 maka insya' Allah kita sedang melangkah untuk menerima kembalinya Hari Raya tahun ini, sekiranya Allah memanjangkan umur kita satu hari lagi... Namun Hari Raya ini kembali dalam suasana yang luar biasa, ketika terdapat begitu banyak unsur dan ragam manusia yang tidak lagi mempunyai peradaban dan tamaddun, kerana beberapa buah negara Islam telah ...