HARI KE-28 PUASA - 3. 7. 2016



Top of Form
DS Ahmad Husni Hanadzlah - Watak Berintegriti.

DS Ahmad Husni Hanadzlah, rakan di waktu dulu yang sering menyokong dan menghargai kerja saya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM 1992 - 2002). melalui catatannya dalam akhbar hari ini (3 Julai 2016) mengukuhkan lagi pengenalan saya dengan beliau, dan menguatkan lagi keyakinan saya tentang beliau sebagai seorang insan yang punya integriti.
Beliau menceburkan diri dalam sebuah syarikat, selepas bertugas sebagai banker, dengan niat bersih untuk membantu anak bangsa, tetapi terpaksa meninggalkannya dengan penuh hampa, semata2 kerana mempertahankan integriti, yang sedang dicerobohi oleh manusia yang tidak berintegriti...Lagi isu integriti sebagai falsafah hidup menghadirkan diri dalam kehidupan beliau..
Pada 27 Jun 2016 beliau mengambil keputusan mengundurkan diri dari politik, berpindah ke fasa seterusnya dalam hidup dan karier beliau, setelah kerjayanya, yang mungkin belum dapat diselesaikan dengan integriti juga, akan bertukar, pada pandangan saya secara peribadi. Dalam hal ini juga rasa saya, langkah ini terpaksa beliau ambil yang masih juga berhubung dengan sifat dan prinsip integriti.
Kesimpulan yang di buat beliau bahawa beliau mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk meneruskannya, mengingatkan saya kepada kisah Nabi Zakariyya yang ketika umurnya agak lanjut, dan isterinya yang tidak mampu lagi memberikan zuriat seterusnya, memohon kepada Allah SWT supaya memberikannya seorang pelapis untuk meneruskan misi dan visinya, dan Allah menyahut permohonannya dengan mengurniakan seorang anak yang bakal di beri nama Yahya.....
Sebelum Allah mentakdirkan bahawa Nabi Zakariyya akan di kurniakan seorang anak, Nabi Zakariyya sebenarnya telah melihat dengan penuh hampa tentang siapakan yang akan meneruskan tugasnya, kerana generasi yang berada di sekelilingnya, kelihatan tidak mampu mengambil tanggung jawab dan tugas berat baginda yang seharusnya di lakukan dengan penuh amanah, atau berintegriti menurut falsafah kita sekarang, sebab itulah Baginda berdoa kepada Allah supaya di lahirkan seorang pengganti nya yang berkualiti sepertinya..

Maka sebagai memakbulkan doanya itu, Allah telah memberikannya seorang anak yang bakal menjadi pewaris keluarga dan tugasnya, yang pada zaman ini kita sebut sebagai pelapis...
Semoga pelapis yang diharap-harapkankan akan dapat mewarisi integriti DS A.H. Hanadzlah itu akan segera hadir dengan penuh kewibawaan,,,. InsyaAllah


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....