HARI KE-26 PUASA - 1. 7. 2016




Tiga orang paling berkuasa di kampung zaman dulu, sebelum kemerdekaan, ialah Penghulu, Tok Imam dan Guru Besar. Tiga orang ini sebagai otoriti kampung. Pada ketika itu Penghulu menguasai satu Mukim, dan satu Mukim menggabungkan beberapa buah kampung kecil. Penghulu sebagai pengerusinya, Tok Imam pun menguasai seluruh kampung kerana masjid hanya satu sahaja, demikian juga Guru Besar, dan dia otoriti semua kampung di dalam mukim itu, kerana sekolah pun satu sahaja.

Tradisi ini amat berkesan untuk kesejahteraan kampung. Penghulu merupakan pucuk pimpinan mukim dan kampung. Kepemimpinan amat penting untuk kesejahteraan kampung dan para penghuninya, kerjasama, gotong royong, menjaga keamanan dan sebagainya.

Guru Besar mempunyai komitmen tentang pelajaran dan pendidikan di sekolah, mendisiplinkan pelajar dan menghubungi ibu bapa tentang kemajuan sekolah serta perilaku dan nilai moral anak2 sekolah, hingga orang kampung semua menyerahkan anak2 mereka kepada Guru Besar, ajar dan didiklah mereka, pukul lah kalau perlu, jangan patah riuk sudahlah.

Tok Imam pula mempunyai tanggung jawab untuk amalan agama dan kerohanian semua generasi kampung. Surau merupakan pusat pendidikan agama. Dia yang memberikan pelajaran agama dari asasnya lagi hingga ke peringkat yang lebih tinggi, dan menentukan bahawa sembahyang fardhu, terawih dan lain2 berjalan dengan sempurna.

Tiga personaliti inilah yang merupakan otoriti mukim dan kampung, dan mereka di patuhi tanpa berbelah bagi....mereka pula tahu batas2 dan tanggung jawab masing2...maka terbetuklah masyarakat Melayu berpaksikan Islam dan budayanya yang amat berpengaruh kepada generasi muda kampung.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....