HARI KE-27 PUASA - 2. 7. 2016



Bapa saya di lantik sebagai Penghulu mukim Pinang Tunggal entah bagaimana caranya tidak saya ketahui...Saya sedar2 bapa saya telah menjadi penghulu mukim, iaitu mukim Pinang Tunggal, yang mengandungi kampung Matang Berangan, Kampung Jawa, Pinang Tunggal dan mungkin ada satu kampung yang lain.

Bapa menjadi Penghulu di bawah YTM Tunku Putra katanya, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra, yang ketika itu menjadi Pegawai Daerah Kuala Muda, yang mukim Pinang Tunggal ini termasuk di dalam kawasan Tunku.

Dia selalu juga menceritakan kepada kami anak2nya, bahawa Tunku itu amat baik, lembut dan tidak mengira pangkat serta keturunannya ketika berhubungan dengannya. 

Sebagai Penghulu bapa saya mempunyai kuasa yang agak besar dalam mengendalikan mukim dan kampung2 di bawahnya. Ada satu orang keluarga Cina yang tinggl di kampung Matang Berangan, sering memberikan buah limau dan kueh bakul kepada kami anak beranak ketika menyambut tahun baru Cina.

Ada satu hari, seorang ketua keluarga Cina ini pergi memburu babi hutan di dalam kampung. Dia dapat bunuh seekor babi hutan yang agak besar, lalu di bawa pulang ke rumahnya dengan basikal.

Ketika melalui kawasan kampung Melayu, Cina itu di minta oleh beberapa orang Melayu supaya di berhentikan basikalnya kerana  mereka ingin melihat babi hutan itu dari dekat.

Mereka melihat dari jarak yang tertentu, dan Cina inilah yang menunjukkan kepala dan kaki haiwan itu, taring dan giginya, serta bulu2 telinga dan badannya.

Orang2 Melayu ini merasa puas dapat melihat babi ini dari dekat, kerana selalunya haiwan ini hanya berlari dengan laju ketika melintasi kampung2 Melayu.

Hal ini menunjukkan sikap bertolak ansur dan harmoni di antara orang2 kampung yang terdiri dari pada minoriti Cina dan majoriti Melayu. Masing2 sefahaman dan amat toleransi tanpa di berikan sebarang arahan..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....