HARI KE-25 PUASA - 30. 6. 2016
Modes operadi serangan yang dilakukan terhadap negara Turki dua tiga hari ini, nampaknya sama sahaja dengan yang dilakukan terhadap negara2 Islam lain, termasuk di beberapa buah negara Arab, dan yang masih mengganas sekarang ini di Syria.
Negara yang di serang itu pertama2nya akan mengalami ketidak setabilan ekonomi dan politik, walau pun sebenarnya berlaku di dalam keadaan yang aman.
Ketidak setabilan politik dan ekonomi sering mewujudkan kegelisahan rakyat dan keadaan sosial yang tidak tenteram, terutamanya bagi negara yang mengalami pengangguran yang agak tinggi, harga barang meningkat, sara hidup yang mulai meningkat, dan himpitan hidup yang di rasakan oleh rakyat berpendapatan rendah.
Maka dalam keadaan yang tidak setabil dan tidak menentu inilah berlakunya kerisis politik, etnik dan sering juga kerisis agama di antara penganut2 yang berbeza2 anutan agamanya, malah membawa kepada kegawatan mazhab di dalam agama itu sendiri.
Ketika inilah akan berlakunya keganasan, konflik bersenjata dan pertumpahan darah akibat dari pemberontakan rakyat dan kekerasan pemerintah menentang pemberontakan itu.
Hal ini yang sebenarnya berlaku sebulan dua ini, ketika Turki menyaksikan keganasan dan serangan anasir2 luar yang sengaja di cetuskan di tengah2 ketidak setabilan politiknya di antara golongan Islamik dan penentangnya, golongan Kurdish juga mengambil kesempatan untuk mengkucar kacirkan situasi politik yang berbentuk polarisasi kaum dan partisan melampau.
Strategi keganasan yang berlaku ialah dengan melemahkan ekonomi dan hasil negara, seperti pelancungan di negara Turki, yang terjejas dengan keganasan yang berlaku di pusat2 pelancongan, tempat bersejarah dan sebagainya..dan hal ini menjadikan negara itu berada di dalam keadaan yang lemah dan tertekan yang kadang2 memerlukan bantuan kuasa luar, terutamanya Amerika dan Eropah.
Hal ini memberi pelajaran dan iktibar yang terbaik bagi kita di Malaysia, kerana teori domino yang berlaku terhadap negara2 Islam, iaitu kejatuhan negara2 itu satu demi satu, akibat dari kekeliruan yang berlaku di dalam negara tersebut, yang juga berpunca dari anasir luar, seperti Daish, Isis dan lain2 lagi sering menjadi penyebab ketidak setabilan negara2 yang di sasarkan itu, dan hal ini tidak mustahil boleh berlaku terhadap negara kita.
Kerajaan dan rakyat yang berkonflik, polarisasi kaum dan agama yang nyata, konflik politik melampau yang berlaku sering menjadi pemangkin untuk kehadiran unsur2 perpecahan rakyat dan negara yang tertentu.
Hanya politik yang matang, dan pentadbiran pimpinan politik yang berhikmat dan berwawasan jauh, tanpa terlalu banyak kerisis politik perkauman dan ekonomi, kepincangan masyarakat dan jenayah, salah laku rasuah dan kebendaan melulu, rasuah dan salah guna kuasa, pemerintahan yang tidak bijaksana, sering membawa kepada kehancuran sebuah negara yang di serang itu, sama ada yang bermotifkan penjajahan baru, serangan psikologi terhadap agama dan budaya dan nilai2 budaya masyarakat di dalam negara itu sendiri.
Malaysia haruslah berhati2 dan mengambil pelajaran dari negara2 Islam yang berkerisis panjang itu, termasuk ketidak tentuan negara Turki akhir2 ini, sekiranya kita tidak mahu negara kita di ganggu gugat seperti negara2 Islam lainnya.
Comments
Post a Comment