Posts

Showing posts from June, 2010
  AWASI GEJALA ASING DI NEGARA KITA Malaysia amat bergantung kepada pekerja asing untuk bekerja di negara kita. Kita juga memerlukan pelajar asing untuk mendidik mereka dengan acuan kita yang mementingkan ilmu dan sains teknologi bagi mereka menjadi tenaga pakar yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara mereka. Disamping itu kita juga menggalakkan pelancong asing melancong ke negara kita untuk melihat kemajuan dan keindahan negara ini, sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi kita. Tetapi dalam hal ini kita sering terperangkap dalam gejala negatif. Pelajar asing sering juga menyalah gunakan visa mereka untuk melakukan kerja maksiat, pelancong asing juga mengambil kesempatan untuk melakukan kerja rompakan, mencuri dan melakukan berbagai-bagai kesalahan undang-undang kita, demikian juga dengan pekerja asing. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan pihak polis bahawa terdapat orang asing yang berpakat dengan rakyat kita untuk menghidupkan kegiatan yang menentang undang-u...
    NASIHAT TUAN GURU YANG BERGUNA Saya gembira membaca berita dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin 14 Jun 2010 bertajuk "Nik Aziz tegur perwakilan persenda PM" kerana sikap beliau yang amat positif tentang beberapa kelakuan tidak baik perwakilan yang entah kerana taksub atau hilang sopan telah mengeluarkan kata-kata yang berbentuk "jenaka" tetapi pedas terhadap ketua negara Perdana Menteri. Saya percaya bahawa nasihat yang dikeluarkan itu bukanlah sahaja ditujukan kepada orang yang mencela PM sahaja, malah tentunya ditujukan juga kepada orang yang mencela sesiapa sahaja, terutamanya sesama umat Islam. Betullah kata beliau bahawa kalau hendak berseronok-seronok mengata orang memang bolehlah dengan kata-kata yang tidak bersopan dan menyakitkan hati itu, tetapi dari segi agama, kata-kata itu tidak langsung mencerminkan peribadi Muslim yang sebenarnya, dan jauh sekali dari mengikuti sunnah Nabi Muhammad SAW. Memang pun sekarang ini kita melihat dan mendengar ka...
  MUSAFIR KELANA SEORANG INSAN BEKELANA DI TENGAH GURUN PADANG PASIR SATU HARI DALAM MUSIM DINGIN KETIKA MENTARI MENYEMBUNYIKAN DIRI CUACA MANDUNG KEGELAPAN MALAM ANGIN KENCANG BERTIUP DERAS MEMBAWA BERSAMANYA PASIR DAN DEBU HITAM KEKUNINGAN UDARA DINGIN MENYELINAP KE SELURUH JASMANI MERESAP, KE RONGGA-RONGGA BADAN TULANG BELULANG DAN JANTUNG HATI MENGGIGIL MENGGELETAR BAGAI MENUNGGU SAAT-SAAT KEMATIAN, NAMUN ALLAH MAHA PENYAYANG DICIPTAKANNYA API YANG MEMANASKAN SELIMUT BULU YANG MENYAMANKAN KELANA BERLINDUNG DI DALAM KHEMAH TEBAL BERDIANG DAN BERSELUBUNG SEKUJUR BADAN BERSYUKUR KEPADA TUHAN YANG PENGASIH DAN PENYAYANG MENERUSKAN HIDUP BERKELANA MENUJU DISTINASI AKHIR   (2) SEORANG INSAN BERKELANA DI TENGAH GURUN PADANG PASIR SATU HARI DALAM MUSIM PANAS KETIKA MATAHARI MENYERLAH MENYINARKAN PANASNYA YANG MEMBAKAR ALAM TIDAK PUNYA AWAN LAGI UNTUK MENGHADANG KETERIKAN BAHANG SANG SURIA MEMANAH API KE UBUN-UBUN KEPALA SEKUJUR TUBUH MENJADI B...
WAJAH-WAJAH KERISIS DENGAN REGIM ISRAEL Alhamdulillah semua sukarelawan kita selamat di dalam misi mereka ke Gaza. Bagaimana pun malang sekali bagi sukarelawan yang gugur menghadapi kekejaman yang amat besar di dalam abad dan alaf ini. Kekejaman yang menggambarkan perilaku manusia yang tidak berperi kemanusiaan. Semoga pengorbanan mereka tidak sia-sia, malah akan mendorong dunia untuk meneruskan perjuangan mereka. Kejadian kejam yang dilakukan oleh tentera Zionis ada hikmahnya untuk dunia membuka mata terhadap gejala tidak berperi kemanusiaan yang dilakukan oleh kerajaan Yahudi itu. Harap kejadian ini juga akan menarik perhatian individu dan Kerajaan negara-negara tertentu yang selama ini menyokong Israel, atau mengambil sikap berkecuali terhadap negara kejam itu. Perbuatan membunuh orang-orang yang tidak bersenjata, orang-orang yang hanya ingin memberi makan kepada rakyat Gaza yang kelaparan, dan memberi bantuan perubatan kepada para pesakit yang terlantar di bumi Gaza, serta memberi ...

ISRAEL NAK TAKUT APA? Selama-lamanya orang Islam seluruh dunia hanya dapat berdemonstrasi, membakar bendera Yahudi, menyampaikan kata-kata cacian dan maki hamun kepada Israel dan kuncu-kuncunya, kerana itulah saja yang dapat kita buat, terutamanya bagi rakyat jelata dunia Islam, bukan Kerajaan negara Islam yang tertentu. Kerajaan Islam yang tidak terhutang budi kepada Israel, atau kuncu kuatnya Amerika Syarikat, dapat lantang bersuara mengutuk Israel kerana perbuatan jenayahnya membunuh dan mennakut-menakutkan sukarelawan berbagai bangsa dan benua di atas kapal bantuan ubat, makanan dan peralatan lain yang hendak disampaikan kepada rakyat Gaza yang selama ini tercekik oleh perbuatan Israel juga. Israel terang-terang menceeroboh, pertama kerana kapal yang sedang menuju ke Gaza itu bukanlah membawa senjata atau askar, kedua, pencerobohan itu berlaku di peraiaran antarabangsa, ketiga melakukan pembunuhan kepada orang yang tidak melawan dan orang awam yang tidak bertujuan untuk menyerang n...