Posts

Showing posts from February, 2013

DARUL ISLAM: ADAKAH MAKNANYA NEGARA ISLAM?

  DARUL-ISLAM: NEGARA  ISLAM                                            ISTILAH  ‘DARUL-ISLAM’ ADALAH DIGUNAKAN BAGI   NEGARA YANG TERTEGAK DI ATAS DASAR SYARIAT ISLAM DAN SISTEMNYA. ISTILAH MODEN OLEH AL-MAUDUDI DAN RASHID RIDHA :  “ ISLAMIC STATE” IAITU : OTORITI UTAMA IALAH PADA ALLAH SWT, KUASA MANUSIA ADALAH TERBATAS UNTUK MENGENDALIKAN NEGARA SESUAI DENGAN SYARA’ ADA PANDANGAN KEDUA TENTANG DARUL ISLAM, IAITU MAJORITI PENDUDUKNYA ADALAH ORANG ISLAM WALAU PUN SISTEM SYARIAT ISLAM TIDAK BERJALAN SEPENUHNYA (ABU ZAHARAH CENDERUNG KEPADA PANDANGAN INI YANG DIPETIK DARI ABU HANIFAH – AL-JARIMAH WAL-UQUBAH FI AL-FIQH AL-ISLAMI, TETAPI DIHARAPKAN SUPAYA UNDANG-UNDANG DARI AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DIJALANKAN  DAN DIAMALKAN S...

BISNIS AIR JAMPI?

2-PERLU AIR JAMPI, TAPI BUKAN UNTUK BERNIAGA BESAR! Saya baik demam masa kecil itu adalah campuran air Tok Hasan, bomoh kampung saya 5 - 6 dekad yang lalu, mandi air perigi selepas kebah demam, dan turunkan suhu badan kerana lumur asam jawa. Ada air jampi Tok Hasan, ditambah dengan ikhtiar berubat secara undang-undang alam ciptaan Allah juga, sama seperti api yang membakar, itu adalah undang-undang alam ciptaan Allah, kalau tak elak dari api, kita boleh jadi terbakar, tetapi dengan kehendak Allah, api itu tidak boleh membakar seperti yang dikehendaki Allah ketika Nabi Ibrahim dicampakkan kaumnya ke dalam api. Saya dapat air jampi itu dari Tok Hasan, bukan beli di pasar tanpa benar-benar mengetahui sumbernya, tanpa megetahui siapakah yang sebenarnya menjampi, malah mungkin hanya air sejuk biasa yang didakwa air jampi, dengan slogannya di jamin baik semua penyakit! Itu bukan caranya. Saya pun pernah dapatkan air jampi, tetapi dapat secara peribadi dari orang yang saya k...

APAKAH ERTINYA AIR JAMPI?

1-MACAM-MACAM AIR : TETAPI PERLUKAH AIR JAMPI? Masa saya kecil-kecil puluhan tahun dulu, kalau saya demam, badan panas, tak larat bergerak,  arwah bapa atau mak saya akan panggil bomoh kampung untuk berubat. Ada seorang bomoh bernama Tok Hasan yang seingat saya merupakan satu-satunya bomoh kampung kami yang terkenal. Dia lah yang selalu berubat orang kampung. Ketika saya atau adik beradik saya demam, panas badan, dia akan dipanggil datang. Biasanya dia datang lepas isyak, ketika suasana malam amat sunyi, keadaan di dalam rumah pun samar-samar, kegelapan saja, kerana cahaya yang ada hanyalah dari pelita minyak dua tiga yang di pasang di beberapa penjuru ruang rumah. Dia datang berkupiah puteh. Duduk sembang-sembang sekejap. Lepas itu dia mulai berubat. Ketika semua orang senyap sunyi, dia mulai istiadat dengan membaca sesuatu, mulutnya  terkumat kamit, terus membaca jampi dengan suara yang tidak jelas kedengaran, kemudian dia bertempik "piau-piau" mengejutkan sem...

WAJAH-WAJAH "PARA ULAMAK"?

2-MANY FACES OF ULAMAKS AND USTAZS... Ungkapan ini bukan saya yang kata, tetapi inilah satu dua komen balas yang saya terima hasil dari entri saya tentang Ulamak dan Pru-13. Saya tidak setuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa banyak ulamak dan ustaz yang hendak masuk PRU ini hanya untuk mencari glamor dan berharap akan mendapat jawatan dalam Kerajaan, sama ada menjadi pembangkang atau pemerintah. Tetapi itulah yang dikatakan oleh sebahagian kecil orang yang memberi komen itu. Bagi saya ulamak atau ustaz, teknokrat atau profesional, dan yang lain-lain juga, sememangnya bebas untuk memasuki politik, tetapi mereka itu hendaklah benar-benar asli dan "ori" bukan orang celupan atau saduran saja, kerana dalam zaman yang terlalu banyak persaingan dan perlumbaan mencari "branding" ini, maka banyaklah pula yang akan lahir sebagai ulamak, atau profesional, malah ada yang menjadi selebereti pun nak masuk politik kepartian sedangkan politik itu adalah merupakan s...

ULAMAK DAN PRU

1-ULAMAK DAN PRU-13: APAKAH YANG DIHARAPKAN? Orang yang disebut "ulamak" boleh masuk ke dalam sebarang medan dan bidang kerjaya. Ulamak sekarang telah masuk ke dalam dunia perniagaan, pendidikan, motivasi, media, hiburan dan dunia selebereti, imam muda, ustazah pilihan, jurujual dan pemasaran makanan tambahan dan ubat-ubatan "Islam" serta lain-lain lagi. Oleh itu pengumuman bahawa ulamak akan memasuki Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tidak lama lagi di negara kita ini pun telah dihebuh-hebuhkan secara besar-besaran. Berita ini menjadi berita besar, seolah-olah sebelum ini tidak ada ulamak yang pernah menceburkan diri di dalam dunia politik, atau menjadi wakil rakyat, menteri dan sebagainya. Sebenarnya tidak menjadi masalah di dalam negara kita, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ini , untuk sesiapa saja menyertai politik, malah selama ini banyak sekali orang-orang yang dulunya terkenal sebagai ustaz, ustazah, guru agama, alim ulamak at...

PUISI NABI ISA DAN MUKJIZATNYA

'ISA DAN MUKJIZATNYA ALLAH MAHA AGONG BERFIRMAN : “WAHAI ‘ISA ANAK MARYAM KENANGKANLAH NIKMATKU KEPADA MU DAN IBUMU KETIKA AKU MENGUATKAN KAMU DENGAN RUHUL-QUDUS ” NABI ‘ISA MENDAPAT KEKUATAN DARI ALLAH: DAPAT BERKATA-KATA KETIKA MASIH BAYI DALAM BUAIAN SAMA SEPERTI BERBICARA KETIKA DEWASA, ALLAH MENGAJARNYA MEMBACA, MENULIS, DAN MENGAJAR HIKMAT PENGETAHUAN, MENGAJAR KITAB TAURAT DAN INJIL. ALLAH MENGINGATKAN NABI ‘ISA  SUPAYA MENGENANGKAN KEBESARAN-NYA KETIKA NABI ‘ISA DAPAT MEMBENTUK LEMBAGA YANG MENYERUPAI BURUNG DARI TANAH LALU MENJELMA SEEKOR BURUNG BERTERBANGAN SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH. ALLAH MENGINGATKAN NABI ‘ISA LAGI, BAHAWA DENGAN IZIN-NYA JUGA “WAHAI ‘ISA, ENGKAU DAPAT MENYEMBUHKAN ORANG BUTA, ORANG SOPAK, ENGKAU MENGHIDUPKAN ORANG YANG TELAH MATI, SEMUANYA DENGAN IZINKU” PERINGATAN ALLAH KEPADA NABI ‘ISA DITERUSKAN: BAHAWA  “AKU MENGHALANG BANI ISRAEL KETIKA MEREKA AKAN MEMBUNUHMU KETIKA EN...