ULAMAK DAN PRU
1-ULAMAK DAN PRU-13: APAKAH YANG DIHARAPKAN?
Orang yang disebut "ulamak" boleh masuk ke dalam sebarang medan dan bidang kerjaya. Ulamak sekarang telah masuk ke dalam dunia perniagaan, pendidikan, motivasi, media, hiburan dan dunia selebereti, imam muda, ustazah pilihan, jurujual dan pemasaran makanan tambahan dan ubat-ubatan "Islam" serta lain-lain lagi.
Oleh itu pengumuman bahawa ulamak akan memasuki Pilihan Raya Umum yang akan diadakan tidak lama lagi di negara kita ini pun telah dihebuh-hebuhkan secara besar-besaran. Berita ini menjadi berita besar, seolah-olah sebelum ini tidak ada ulamak yang pernah menceburkan diri di dalam dunia politik, atau menjadi wakil rakyat, menteri dan sebagainya.
Sebenarnya tidak menjadi masalah di dalam negara kita, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen ini , untuk sesiapa saja menyertai politik, malah selama ini banyak sekali orang-orang yang dulunya terkenal sebagai ustaz, ustazah, guru agama, alim ulamak atau imam yang terkenal dan tesohor , terutamanya apa bila ditonjolkan di dalam kaca TV sebagai penal forum dan penceramah agama yang amat petah dan pandai berbicara, maka kerana kemasyhuran itu, akhirnya mereka telah melangkah masuk ke dalam dunia politik, menjadi ahli politik yang aktif dan ternama, meneruskan karier mereka dalam bidang politik, bukan hanya selebereti tv.
Persoalannya apakah dengan kemasukan para ulamak ke dalam arena politik secara aktif akan menambah nilai dan mutu berpolitik di dalam masyarakat Muslim dan masyarakat Melayu di negara kita ini? Apakah dunia politik Malaysia akan menjadi bertambah matang dan aman dengan penyertaan orang-orang agama, yang terkenal sebagai ulamak itu?
Secara sepintas lalu kita melihat bahawa isu perbalahan dan perpecahan yang banyak berlaku di dalam masyarakat umat Islam di negara kita ini adalah berpunca dari isu agama, atau isu pentafsiran dan pandangan sarwa jagat atau world-view (tasawwur) Islam itu sendiri, yang kelihatannya amat banyak menimbulkan perselisihan dan pertikaian di antara para ulamak sendiri, yang kemudiannya mempengaruhi pandangan umum masyarakat Islam, atau mengakibatkan timbulnya persepsi yang salah tentang isu agama di kalangan para pengikut parti politik.
Slogan-slogan yang ditimbulkan oleh ahli politik Islam tentang gejala "taghut" "takfir" "jihad" termasuk istilah-istilah yang di salah ertikan seperti "sekularisme" "nasionalisme" dan sebagainya adalah merupakan beberapa isu agama yang ditimbulkan oleh ulamak politik yang kemudiannya menjalar menjadi duri dalam daging yang menyebabkan pergolakan dan menimbulkan kerisis pemikiran yang serius di dalam masyarakat umat Islam negara kita dan membawa kepada perpecahan umat yang amat ketara.
Jadi apakah dengan kemasukan ulamak yang lebih banyak di dalam arena politik negara kita ini maka segala kerisis politik dan pemikiran umat kita itu akan berkurangan dengan kebijaksanaan para ulamak politik untuk menyelesaikan isu-isu agama dan pemikiran politik agama di dalam masyarakat kita?
Atau dengan kemasukan lebih ramai lagi orang-orang yang dikenali sebagai ulamak ke dalam politik gelombang baru kita menjelang PRU ke-13 nanti, umat Islam akan bertambah keliru dan berkerisis kerana besar kemungkinan bahawa segala perselisihan pandangan dan pertikaian di antara para ulamak, terutamanya ketika mereka berada di pihak-pihak yang bertentangan, akan menjadi semakin parah lagi?
Dunia antarabangsa sering membicarakan tentang agama dan para pengikutnya dalam dunia moden pada hari ini dari beberapa perspektif yang berbeza-beza. Kajian mereka tidak semestinmya betul, tetapi kesimpulannya menegaskan bahawa para pengikut dan para pemimpin agama dunia yang diberikan amanah untuk menguruskan agama masing-masiong nampaknya telah banyak melakukan penyelewangan yang menyebabkan bertambah tebal dan kukuhnya anutan golongan "atheist" iaitu golongan yang tidak percayakan Tuhan kepada ideologi "atheism" mereka.
Mereka menaganggap bahawa para pimpinan Islam yang telah menyelewengkan pemikiran penganut Islam, (mengikut persepsi mereka), sehingga penganut Islam sanggup melakukan keganasan melalui tindakan meruntuhkan menara kembar New York dalam peristiwa 16 September, juga pengeboman di London dalam tahun 2005 serta perbuatan ganas lain yang membunuh manusia tanpa sebab.
Golongan yang tidak percayakan Tuhan ini juga melihat para Padri Katholik pula yang telah bertindak mencabul kehormatan dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam gereja mereka, iaitu satu tindakan dan kelakuan yang amat mencemarkan agama para pendeta agama itu.
Disamping itu, konflik berdarah yang telah lama berlaku di Ireland Utara di antara Irish Republican Army (IRA) dan Kerajaan British atas nama agama Kristian mazhab Katholik juga telah menjejaskan agama dan para penganutnya, kerana kerisis dan konflik ini telah berlarutan puluhan tahun dan memakan korban ribuan nyawa.
Golongan yang tidak percayakan Tuhan ini juga melihat para Padri Katholik pula yang telah bertindak mencabul kehormatan dan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam gereja mereka, iaitu satu tindakan dan kelakuan yang amat mencemarkan agama para pendeta agama itu.
Disamping itu, konflik berdarah yang telah lama berlaku di Ireland Utara di antara Irish Republican Army (IRA) dan Kerajaan British atas nama agama Kristian mazhab Katholik juga telah menjejaskan agama dan para penganutnya, kerana kerisis dan konflik ini telah berlarutan puluhan tahun dan memakan korban ribuan nyawa.
Maka dengan itu golongan yang tidak percayakan agama dan Tuhan mulai merasakan bahawa golongan mereka adalah berada di pihak yang benar kerana agama yang dikatakan sebagai panduan untuk umat manusia menciptakan kesejahteraan dan tamadun, nampaknya semakin hari semakin berkembang menjadi pendorong kepada kehancuran dan kejatuhan peradaban manusia sendiri !! Mereka mendapat gambaran bahawa segala penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pemimpin agama dan otoritinya sendiri, tidak lagi komited kepada ajaran agama mereka. Oleh itu golongan atheis ini, yang telah sedia tidak mempercayai agama, menjadi semakin kuat pegangan dan prinsip kekufurannya, sehingga menjadi manusia yang terlalu individulistik, tidak perlu lagi bergantung kepada pihak berkuasa atau otoriti untuk membuat sebarang keputusan, terutamanya yang sering dirujukkan kepada agama.
Sungguh pun keadaan masyarakat Islam di negara kita ini tidak mengalami kerisis pemikiran yang begitu serius dan keritikal seperti yang berlaku di Barat, malahan keimanan dan komitmen kita kepada agama masih tebal dan kukuh, namun mungkin secara tidak kita sedari, pemikiran untuk tidak bergantung kepada otoriti agama dan para ulamaknya telah mulai meresap ke dalam sanubari dan pemikiran beberapa golongan anak-anak muda kita sendiri akibat dari pergisiran dan konflik yang berlaku dalam masyarakat kita ekoran dari isu-isu agama yang tidak pernah mendapat penyelesaian secara majmuk dari ahli agama sendiri.
Ulamak-ulamak yang bercakaran mungkin lebih banyak muncul dari kalangan ulamak yang berpihak, sama ada yang berpolitik secara aktif, yang menjadi pengikut atau pemimpin parti politik, termasuk ulamak yang tidak memakai lambang politik dari kalangan lain yang banyak bertaburan di dalam masyarakat. Malah ulamak yang sepatutnya menjaga akhlak dan emosi mereka nampaknya sering juga muncul sebagai manusia yang kurang nilai-nilai peradabannya.
Shaikh Mustafa Luthfi Al-Manfaluthi, seorang pujangga dan pemikir Mesir yang ulung, telah menulis tentang persoalan : Mengapa Ulamak Besar Tidak Mahu Menyertai Politik, dan telah menjelaskan permainan kotor politik, terutamanya di dalam dunia Islam, yang menyebabkan para ulamak besar menjauhkan diri dari dunia politik (Entri saya dalam Blog ini pada 28 Februari 2011, telah menyiarkan pandangan beliau hasil terjemahan Datuk Abd. Manaf Hj. Ahmad).
Oleh itu, saya beranggapan bahawa berita penyertaan ulamak dalam PRU nanti menjadi besar ialah kerana mungkin umat Islam di Malaysia amat mengharapkan bahawa para ulamak politik yang semakin ramai dan berimbang mengambil bahagian dalam politik negara, adalah diharapkan penyertaan mereka ini akan dapat meredakan sedikit kerisis dan konflik umat Islam dalam isu-isu agama akibat dari kerisis politik kepartian yang berlaku sekarang ini..
Namun mungkin ramai juga orang yang akan berfikir sebaliknya, bahawa semakin ramai para ulamak kita melibatkan dirinya dalam politik kepartian, maka semakin kacau bilau keadaan umat Islam di negara kita dan semakin rumit lagi kerisis pemikiran dan pentadbiran agama negara dari keadaan yang sedia ada pada hari ini. Hal ini mungkin berlaku kerana pada umumnya para aktivis dan pemimpin politik sering menciptakan teori dan perlaksanaan sesuatu agenda, termasuk agenda agama dan pengajarannya, berdasarkan anutan dan ideologi parti politik mereka sendiri.
Di sinilah timbulnya fikiran golongan umat Islam lain yang beranggapan bahawa dalam keadaan sekarang ini, masyarakat sebenarnya amat memerlukan jalur pertengahan dari kalangan ulamak kita supaya aktif bergiat dalam masyarakat di luar kotak politik kepartian bagi membetulkan pemikiran dan pengurusan sistem negara dalam semua aspek pembangunannya, terutamanya dalam bidang agama, dengan penuh berilmu dan berhikmah, bukan dengan sentimen, taksub dan emosi....
Alternatifnya mungkin, bolehlah para ulamak secara beramai-ramai menyertai politik dalam kepelbagaian parti, tetapi apa bila tercetusnya isu agama yang serius, yang menyentuh akidah dan kesejahteraan ummah, maka mereka hendaklah mengambil jalan politik yang matang dan bertamadun, berdialog dengan penuh hikmah, untuk mencapai kata sepakat dalam isu-isu yang boleh memecah belahkan ummah sendiri, iaitu dengan merujuk kepada ajaran Islam yang hakiki dan sejati dengan penuh jujur dan ikhlas....bukan dengan wahyu politik partisan yang melampau...Tetapi apakah hal ini yang kita harapkan akan berlaku??
Alternatifnya mungkin, bolehlah para ulamak secara beramai-ramai menyertai politik dalam kepelbagaian parti, tetapi apa bila tercetusnya isu agama yang serius, yang menyentuh akidah dan kesejahteraan ummah, maka mereka hendaklah mengambil jalan politik yang matang dan bertamadun, berdialog dengan penuh hikmah, untuk mencapai kata sepakat dalam isu-isu yang boleh memecah belahkan ummah sendiri, iaitu dengan merujuk kepada ajaran Islam yang hakiki dan sejati dengan penuh jujur dan ikhlas....bukan dengan wahyu politik partisan yang melampau...Tetapi apakah hal ini yang kita harapkan akan berlaku??
Comments
Post a Comment