Posts

Showing posts from May, 2017

KENANGAN DI HARI KE 5 BERPUASA

Bulan puasa sering juga membawa ingatan kita kepada ibu bapa yang telah pergi meninggalkan kita, sama ada baru atau lama. Ingatan kita sering kembali ketika kita masih kecil, baru belajar puasa, atau hanya baru bersekolah rendah, iaitu satu kenangan lama yang selalu kita ingat. Bagi saya, ingatan itu kembali ke satu era yang lama, ketika kehidupan di kampong tanpa api letrik dan air paip, hanya pelita minyak dan air perigi. Bapa saya sering memandikan kami adik beradik di perigi di waktu petang, bersedia untuk buka puasa, dan emak kadang2 menjemur padi di tengah panas, kemudian panggil Cin Kelam untuk upah tumbuk padi dengan menggunakan lesong kaki. Anak2 zaman ini tidak faham semuanya ini, kerana suasana dan kerja2 ini hanya di fahami oleh orang2 dulu, ketika zaman lama, dan ketika orang2 kampung hidup serba ada saja, namun kehidupan zaman itu agak sejahtera dan bahagia. Bapa saya menjawat jawatan Penghulu masa itu, satu jawatan besar di dalam kampong, yang sama kedudukanny...

RENUNGAN UNTUK HARI KE-4 BERPUASA

Al-Quran memberikan pengajaran kepada hamba2 Allah bahawa mereka mempunyai daya pemikiran dan kehendak hati untuk di ikutinya…Dua orang wanita yang menjadi isteri Nabi Allah, iaitu isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh, sepatutnya menjadi orang yang soleh kerana suami mereka adalah Nabi Allah, namun seperti yang di terangkan oleh Allah di dalam Surah Al-Tahrim ayat 10 ; “…mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba2  Kami,  dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing2, maka kedua2 suami mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah…” Sebaliknya, isteri Fir’aun  tidak pun terjejas imannya walau pun menjadi isteri Fir’aun yang jelas kekufurannya, seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah Al-Tahrim ayat 11…. “…Allah mengemukakan satu misalan perbandingan kepada orang2 Mukmin, iaitu hal isteri Fir’aun ketika ia berkata ‘Wahai Tuhanku, binalah untuk ku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam s...

DAH TIGA HARI PUASA?

PEMUDA PENGHUNI GUA: WATAK ANAK MUDA Ada orang merasakan bahawa masa berjalan dengan cepat sekali, dan ada orang lain yang merasa amat lambat. Hal ini semua terhenti kepada keadaan sekeliling dan perasaan dalaman mereka. Kalau bagi orang pelarian perang Syria yang merasakan semuanya amat menyakitkan perasaan dan fizikal mereka, maka mereka tentulah merasakan masa satu hari berlalu seolah-olah hampir seminggu atau sebulan. Tetapi bagi orang Malaysia yang banyak makan minum, tidak mengalami peperangan, happy go lucky pula, dia tentulah merasakan masa ini berjalan agak biasa, malah kadang2 merasakan masa berjalan amat cepat, tidak terasa telah berpuasa tiga hari Namun tiga hari tetaplah tiga hari, tak boleh di ubah2 lagi. Para pemuda penghuni gua seperti yang di ceritakan oleh Al-Quran sebagai Ashabul-Kahfi, tidur begitu lama, tetapi bila terbangun mereka berselisih pandangan, ada yang kata mereka hanya tidur sehari semalam, atau setengah hari saja, kata yang lain....

2 RAMADAN 1438

Pada permulaan puasa, rupa2nya Malawi City di Filipina mengalami pembunuhan yang di dakwa dilakukan oleh golongan ISIL atau ISIS dan yang amat gawat sekali ialah terdapat berita yang mengatakan bahawa beberapa orang pejuang itu adalah terdiri dari rakyat Malaysia. Namun sekiranya tidak melibatkan pejuang Malaysia sekali pun, tetapi lokasi kejadian amat membimbangkan kita, kerana sayap keganasan itu nampaknya mulai mehampiri daerah kita. Selama ini kita tidak pernah menduga bahawa besar kemungkinan anak-anak muda kita akan turut terlibat dengan gerakan pembunuhan dan kekacauan ini. Malah kita  merasa bangga bahawa akhir2 ini, sejak berlakunya kesedaran yang amat besar tentang penghayatan agama, termasuk kanak2 yang di ajar membaca ayat2 Al-Quran doa dan zikir, melakukan ibadat Solat, dan menghadiri kelas2 tahfiz yang menambahkan keimanan dan keperibadian sebagai Muslim di negara kita, semuanya itu menunjukkan bahawa pelajaran agama telah di berikan perhatian oleh peme...

AWAL RAMADHAN 1438

Hari Sabtu 27 Mei 2017 umat Islam mulai berpuasa tahun ini..Puasa datang dan pergi kesekian kalinya, dan umat Islam meneruskan ibadat ini selagi dunia masih belum kiamat. Hari ini seperti biasa, umat Islam negara kita sekali lagi memulakan ibadat ini dengan setianya. Malah ibadat puasa memerlukan kesetiaan dan keikhlasan. Tanpa ikhlas, hamba Allah boleh berpuasa kerana tujuan lain, bukan kerana menunaikan ibadat yang di tuntut Allah dan untuk mencari keredaan Allah. Sebab itulah setiap ibadat dalam Islam memerlukan NIAT, dan niat nya ialah kerana Allah yang memerintahnya, maka hamba Allah mestilah patuh kepada perintah Allah. Kebiasaan rutin hamba Allah di luar Ramadan ialah makan dan minum tanpa mengira waktu. Kalau di pejabat, selepas bersarapan, maka pada jam 10 perlukan kelepasan untuk minum, dan kelepasan makan tangah hari berikutnya, kemudian dalam jam tiga perlu ke kanteen lagi. Namun apa bila seseorang itu berniat untuk puasa hari berikutnya, maka dia tidak akan m...