DAH TIGA HARI PUASA?
PEMUDA PENGHUNI GUA: WATAK ANAK
MUDA
Ada orang merasakan bahawa masa
berjalan dengan cepat sekali, dan ada orang lain yang merasa amat lambat. Hal
ini semua terhenti kepada keadaan sekeliling dan perasaan dalaman mereka. Kalau
bagi orang pelarian perang Syria yang merasakan semuanya amat menyakitkan
perasaan dan fizikal mereka, maka mereka tentulah merasakan masa satu hari
berlalu seolah-olah hampir seminggu atau sebulan. Tetapi bagi orang Malaysia
yang banyak makan minum, tidak mengalami peperangan, happy go lucky pula, dia
tentulah merasakan masa ini berjalan agak biasa, malah kadang2 merasakan masa
berjalan amat cepat, tidak terasa telah berpuasa tiga hari
Namun tiga hari tetaplah tiga
hari, tak boleh di ubah2 lagi.
Para pemuda penghuni gua seperti
yang di ceritakan oleh Al-Quran sebagai Ashabul-Kahfi, tidur begitu lama,
tetapi bila terbangun mereka berselisih pandangan, ada yang kata mereka hanya
tidur sehari semalam, atau setengah hari saja, kata yang lain.
Menyebut kisah anak2 muda dalam
kisah ini, mereka melarikan diri ke gua sebenarnya ialah kerana tidak mahu
mengikut paksaan raja mereka supaya syirik kepada Allah, dan kerana perlu
menyelamatkan diri, malah tidak rela mengikut perintah raja yang syirik itu,
mereka merasakan lebih baik mencari jalan selamat, iaitu melarikan diri pergi
bersembunyi di dalam gua yang agak jauh, supaya raja dan pengampu2nya yang
taksub tidak dapt mengesan di manakah mereka berada, bukan dengan cara
membentuk ISIS atau Daesh, dan berjihad ....
Mereka memasuki gua dan Allah
melenakan mereka begitu lama, agar segala kekejaman hidup dan ancaman nyawa
terhadap mereka akan berakhir apa bila mereka terbangun kemnudian kelak.
Bacalah kisah mereka di dalam
Al-Quran, surah Al-Kahfi juzuk kelima belas, amat mengajaibkan, namun Allah
berfirman kepada Nabi Muhammad SAW bahawa walau sebagaimana ajaib sekali pun
kisah para pemuda ini, namun Al-Quran mengandungi banyak keajaiban yang lebih
lagi dari kisah ini, kerana kitab suci ini adalah merupakan mukjizat yang ulung
dari Allah kepada Nabi Muhammad dan umat Islam umumnya, namun mungkin orang
Islam sendiri yang tidak merasakan demikian, kerana tidak memahami rahsia
keseluruhannya.
Selama para pemuda yang mempunyai
sikap dan pendirian tersendiri, berbeza dari raja mereka yang zalim dan sesat
itu, mereka di pelihara Allah dengan perjalanan alam tabi'e ciptaan Allah,
iaitu mereka di kenakan cahaya matahari pada waktu siang, dan melindunginya
pada waktu malam, malah Allah menjadikan jasad mereka berpusing2 kekanan dan
kekiri, mungkin menelentang dan meniarap, supaya badan mereka tidak reput di
makan kuman dan tempat tidur yang keras...
Inilah sebenarnya sikap dan
pendirian anak2 muda yang rasional dan matang, walau pun umur mereka masih
muda, malah mereka merasakan dan yakin bahawa raja mereka adalah silap dan
salah, lalu mereka harus mengambil pendirian yang tersendiri, membuat keputusan
yang mereka yakin betul, tanpa dapat di paksa oleh golongan tua dan berkuasa..
Demikianlah mereka tidur selama
309 tahun di dalam gua itu, dan selamat bangun semula, ketika mereka merasakan
baru hanya tidur semalam, tetapi sebenarnya mereka telah tidur selama lebih
tiga abad....
Oleh itu kita tentulah tidak
merasakan bahawa puasa selama tiga hari itu telah cukup meletihkan
.
kita, tak dapat makan mee rebus dan minum air
batu campur, kerana sebulan dalam dua belas bulan bukanlah lama. Masa sebelas
bulan lagi masih ada..
Comments
Post a Comment